Masih dalam mood raya lagi ke?? Jujur raya kali ini saya cuma merasakan kemeriahan raya pada malam raya sahaja, di mana dikala itu suara takbir raya kedengaran sayu diperdengarkan di stesen2 TV dan radio. Bila pulang ke kampung (ala... sepelaung je dari rumah saya, adalah dalam anggaran 45 minit jauh perjalanan dari umah saya ke kampung). Memang terasa pilu, sebabnya sepanjang perjalanan kami melewati kawasan perumahan, jalan utama (highway) dan kemudiannya menyusuri kawasan perkampungan (yang dah tentunya siap terpasang lampu2 panjut dan ada surau dan masjid yg mengalunkan takbir); peh! time tu memang rasa cam naak meraung menyembah kaaki ayahbonda.
Keesokkan harinya, di pagi raya, kemeriahan itu semakin terhakis. Don't know why? padahal rumah ibu di kampung seberang jalan aje, tersergam masjid. Sepatutnya kemeriahan itu amat terasa. Tapi tidak, tidak bagi saya. Sebab pertamanya ialah biarpun masjid cuma seberang jalan aje dari rumah saya, suara takbir yang dilaagukan tidak kedengaran sesangat. Memang tidak pernah (sepengetahuan saya) takbir dilaungkan dengan tone tinggi dari suara yang keluar dari corong pembesar. Itu baru rumah berdepan dengan masjid, kalau yang jauh sikit ke dalam kampung, entah apa citer pulakkan. Suara takbir itu dirosakkan lagi dengan suara dari tv yang terpasang di rumah. Memang saya yang memasang tv tersebut kerana kecewa tidak mendengar suara takbir dari masjid. Jadi bila ada takbir dari tv saya kuatkan volume suaranya. Puas hati eden nie ha........
Lepas berkisah dengan persiapan untuk sarapan pagi raya, menyiapkan kuih muih, ketupat rendang dimeja makan keluarga dan meja makan tetamu; saya jeling adik dan adik jeling saya. Eh! terlupa...kami belum mandi lagi rupanya. Patutlah bau ketupat rendang semacam je, rupanya ada tambahan bau masam dari kami berdua. Bila kenalan kampung datang bertandang, kami berdua seperti anak dara pingitan terkulat-kulat lari masuk bilik. Nampak line clear, cepat-cepat masuk ke tandas. Adik untunglah, sebab biliknya dilengkapi tandas yang saya, terpaksa terintai-intai. Setelah bersiap dengan sepersalinan baju raya, baru terasa cam awak sorang je yang cantik jelita. Hu..hu.. tak sedar awak tu dah tua.
Aktiviti seterusnya, stand by di dapur, melihat juadah dan air yang disediakan di meja hidangan. Bila ada yang terkurang atau luak, muka kami dua oranglah yang menambahnya. Untungnya anak dah besar, dah boleh suruh buat keje. Jadi dia orang dilatih sebagai spy, untuk melihat perkembangan di meja hidangan. Roger and out, depalah yang bawa bekas ke dapur dan depa jugaklah yang akan membawa bekas yang telah terisi ke meja hidangan. Dalam kesibukkan itu, mulut tak renti mengunyah sambil menonton siaran tv. Kekadang terfikir cam bibik je (ish! kasi up sikit, cam cinderrela je kat dapur nie....). Selepas solat zohor, saya sekeluarga bergegas ke Ipoh ke rumah ibu mertua. Tinggallah si adik menjadi si cinderrela di dapur.....
Tapi kemeriahan itu masih tidak dapat saya rasai. Tiada kanak2 yang melaungkan "Assalamualaikum! makcik....pakcik.... kami datang nak raya". Cuma ada sekumpulan bebudak je yang datang.... yang lain (entah ke mana agaknya bebudak kampung nie di pagi raya??). Dah lama duk memikir saya merasakan 2 perkara menyebabkan kemeriahan raya itu tidak saya rasai adalah kerana saya tidak bershopping raya dan woi...... ini isu sensitif, umur semakin meningkat. Raya kemeriahannya hanya untuk kanak2 je, yang dah tua tu bawa-bawalah menginsafkan diri. Jangan duk ikut join meloncat dengan anak2, kanak2 atau anak2 saudara main kat punjut api atau main bunga api. Amaran keras "main bunga api ke mercun ke atau yang sama waktu dengannya look like you burning your pocket money, tiada gantian pada duit yang dibakar itu".
Comments
Post a Comment