Skip to main content

Anak dunia akhir zaman

Petikan akhbar dari harian metro, 23hb. 8.2011.

Anak gadis pukul ibu OKU kerana hidang makanan tak sedap

Ya! Allah..... apa nak jadi dunia sekarang nie????  membaca tajuk berita ini sahaja membuatkan saya terpana.  Belum lagi membacanya, bila membaca hati beristirafar panjang.  Moga anak saya tidak akan terdorong bersikap sebegini.  Moga anak kita tidak sebegini......  Inilah petanda dunia akhir zaman, hilang rasa hormat; bila hamba melahirkan tuan..... 

Mengikut cerita yang disampaikan dalam petikan akhbar terbabit (METRO), dalam kejadian itu, ibu malang berusia 46 tahun berkenaan dikatakan menyediakan makanan untuk keluarganya seperti biasa sebelum anak gadisnya berusia 16 tahun menjamah makanan terbabit. Setelah merasa masakan ibunya, gadis terbabit mengamuk dan memaki-hamun ibunya sambil mengatakan makanan terbabit tidak sedap.  Udahlah bukan si anak yang memasak, dah dibagi makan tak tahu pulak nak bersyukur.  Entah apa yang merasuk fikiran dan akal si anak ini agaknya?.

Menurut sumber, suspek kemudian mencapai cawan plastik yang berada berdekatan lalu menghentak kepala ibunya berkali-kali sambil memaki-hamun.  Ibu malang ini tidak dapat mempertahankan dirinya berikutan keadaannya yang berkerusi roda dan lemah.  Lebih mendukacitakan apabila anak gadis beliau sanggup melemparkan kata-kata kesat terhadap ibunya hanya kerana tidak berpuas hati dengan masakannya. 

Apalah nasib si ibu ini?.  Saya mengharapkan si ibu tidak selamanya didera perasaan sebegini.  Moga suatu waktu nanti, si anak akan berubah.  Menjadi lebih baik dari hari kejadian, lebih baik dari hari ini, lebih baik dari semalam dan akan lebih baik untuk selamanya.  Buat kita yang masih mempunyai ibubapa, kasih dan sayangi mereka selagi ada.  Tiada dua tiada tiga ibu bapa kita di dunia ini.  Tapi jangan hingga memakan diri, berkorban apa sahaja, sehingga diri sendiri merana (Islam juga tidak menggalakkan sedemikian).  Buat ibu bapa, kasih anak jangan dibezakan.  Yang pertama, yang tengah atau si bongsu, kasihnya mesti sama rata.  Jangan membeza-bezakan kasih pada anak.  Kerana ingin melihat si bongsu hidup senang lenang; anak yang lain didera fizikal mental.  Ada..ada... masih ada ibu bapa yang sedemikian.  Sampai anak yang lain berhutang keliling pinggang, bekerja separuh nyawa, untuk memenuhi tuntutan ibu bapa yang ingin melihat kebahagiaan si bongsu.  Wajarkah sedemikian????  renung-renungkanlah...... masing-masing kita mempunyai keluarga dan tanggungjawab.







Comments

Popular posts from this blog

Bahagia Kasihmu

  Sebuah karya cinta yang telah diadaptasikan ke layar perak. Cerita berkisar tentang seorang gadis bernama Tasnim yang telah melalui zaman remaja di dalam sekolah Tunas Bakti, sebuah sekolah pusat pemulihan akhlak bagi wanita. Bila telah keluar dari sekolah tersebut Tasnim berazam untuk merubah corak kehidupannya yang suram kepada sebuah kehidupan yang lebih baik. Liku hidup baru yang ingin dicorakkannya tidak seindah yang dibayangkan. Banyak halangan dan rintangan yang terpaksa dilalui. Menarik cerita ini bagi bacaan santai anak muda.

Career vs rumahtangga

Career vs rumahtangga Ceramah Fiq tanyalah ustazah, Dewan besar 2, tingkat 3,  laman perdana. UiTM P.Pinang. Sinonim wanita dengan dapur, sumur dan bilik tidur (sorry lupa sebutan si penceramah).   Zaman firaun, menjadi hamba nafsu.   Kedatangan Islam memberi sinar kepada kaum wanita.   Allah menyuruh kaum wanita menutup aurat kerana faktor yang jelas, demi keselamatan kaum wanita, mengelakkan berlakunya maksiat, menutup aurat yang boleh menimbulkan ghairah kaum lelaki.   Juga mengelakkan fitnah. Dah kelaut sebenarnya saya nie,    Maaf saya malas nak menulis tangan, ada bawa buku nota dan pen, tapi disebabkan saya yakin dan percaya tulisan saya tu semulajadinya ke laut, jadi baiklah saya menaip je isi ceramah tu.   Apa salahnya wanita bekerjaya? Apa silapnya wanita bekerjaya.   Menurut penceramah carear women tu adalah bukan sekadar wanita yang bekerja untuk menyara hidup, tetapi lebih kepada wanita bekerjaya yang mempun...

Pedassssss.... biasa......

Ini tak tipu punya pedas Saya dah terjebak, anda bila lagi.  Kalau yang tak tahan pedas baik jangan dicuba-cuba kudapan ini.  Saya yang meminati kudapan ini pun hampir menangis dibuatnya.  Ini betul-betul pedas.  Jom bagi panas...