Skip to main content

Mengantuknya......

Gara-gara kepinginkan coffee, saya membancuh secawan coffee yang betul2 kaw semalam.  Walaupun tidak meneguknya sekaligus, kesannya amat ketara.  Semalaman saya tidak dapat melelapkan mata.  Terkebil2 dibuatnya, terpaksalah melayan kebisingan yang dibuat oleh jiran rumah atas.  Orang kata kalu xleh tidur memalam; boleh dikira baik untuk orang seperti saya; sebabnya banyak menda boleh dilaksanakan.  Tetapi camne nak melaksanakannya kalau badan keletihan dan kepenatan Cam banyak tul benda yang dibuat kat rumah seharian semalam....).

At least saya memasak didapur, menyiang udang dan ketam.  Apa menunya?? Pagi cucur ikan bilis.  Tengahari Masak lemak pucuk ubi bersama udang, nasi lemak lemuni (berwarna hitam nasi lemaknya), sambal sardin kesukaan anak lelaki, lala masak kantan, sambal dan ulaman.  Malam, mengharapkan cik abang menghabiskan masakan tengahari tadi.  Tapi tak dilayannya, mentang-mentanglah kebetulan malam nie ada open house di kawasan kejiranan saya; hasil masakan saya dipandang sepi. 


Nak baca novel.  Oh!! tidak, baru aje sebuah novel saya habiskan membacanya.  pening kepala bersimpang siur jalan cerita.  Banyak tul putar belit jalan ceritanya.... Kata adik, buku tu best dan wajib kena baca.  Bila dah baca, hingga ke helaian terakhir saya masih memikirkan kat manalah bestnya cerita buku nie.  Tolonglah... kepada sesiapa yang nak mengarang buku novel, janganlah buat cerita yang bersimpang siur; sakit kepala nak memikirkannya. 

Akibatnya hari nie... menjadi hari blurr dan mengantuk saya.  Nasib baik kena jaga practical exam (membantu teman) kalu tidak masuk opis jer dah mula menganyam mimpi.  Petang nie ada class terakhir yang harus saya selesaikan.  Moga berjaya.... 

Comments

Popular posts from this blog

Bahagia Kasihmu

  Sebuah karya cinta yang telah diadaptasikan ke layar perak. Cerita berkisar tentang seorang gadis bernama Tasnim yang telah melalui zaman remaja di dalam sekolah Tunas Bakti, sebuah sekolah pusat pemulihan akhlak bagi wanita. Bila telah keluar dari sekolah tersebut Tasnim berazam untuk merubah corak kehidupannya yang suram kepada sebuah kehidupan yang lebih baik. Liku hidup baru yang ingin dicorakkannya tidak seindah yang dibayangkan. Banyak halangan dan rintangan yang terpaksa dilalui. Menarik cerita ini bagi bacaan santai anak muda.

Career vs rumahtangga

Career vs rumahtangga Ceramah Fiq tanyalah ustazah, Dewan besar 2, tingkat 3,  laman perdana. UiTM P.Pinang. Sinonim wanita dengan dapur, sumur dan bilik tidur (sorry lupa sebutan si penceramah).   Zaman firaun, menjadi hamba nafsu.   Kedatangan Islam memberi sinar kepada kaum wanita.   Allah menyuruh kaum wanita menutup aurat kerana faktor yang jelas, demi keselamatan kaum wanita, mengelakkan berlakunya maksiat, menutup aurat yang boleh menimbulkan ghairah kaum lelaki.   Juga mengelakkan fitnah. Dah kelaut sebenarnya saya nie,    Maaf saya malas nak menulis tangan, ada bawa buku nota dan pen, tapi disebabkan saya yakin dan percaya tulisan saya tu semulajadinya ke laut, jadi baiklah saya menaip je isi ceramah tu.   Apa salahnya wanita bekerjaya? Apa silapnya wanita bekerjaya.   Menurut penceramah carear women tu adalah bukan sekadar wanita yang bekerja untuk menyara hidup, tetapi lebih kepada wanita bekerjaya yang mempun...

Pedassssss.... biasa......

Ini tak tipu punya pedas Saya dah terjebak, anda bila lagi.  Kalau yang tak tahan pedas baik jangan dicuba-cuba kudapan ini.  Saya yang meminati kudapan ini pun hampir menangis dibuatnya.  Ini betul-betul pedas.  Jom bagi panas...