Skip to main content

Maafkan anakmu Ibu......

Buat Bonda RODZIYAH BINTI HASHIM

Maafkan anakmu ibu....
Tetiba sejak pagi lagi hati saya dipagut pilu.  Saya rasa sangat tertekan dengan kerja yang berlambak dan perlu disiapkan pada waktu yang sangat suntuk.  Tambahan Raya haji cuma tinggal sehari aje lagi (yang kebetulan jatuh pada hari jadi ibu).  Saya jarang dapat meraikannya, secara personaly dengan ibu.  Sedangkan saat itu sangat saya harap dan dambakan.  Hati menjadi walang kerana kali ini harijadi ibu juga akan cuma saya raikan dengan pemberian hadiah tanpa sambutan untuk ibu.  Alangkah zalimnya saya....

Maafkan anakmu ibu,
Saya amat sayangkan ibu dan saya ingin tahu ibu adalah segalanya bagi saya.  Tanpa jasa ibu saya tidak akan berjaya sebegini.  Tanpa doa ibu saya tidak akan berada dalam lingkungan ini.  Tanpa kasih ibu, saya tidak akan sampai ke tahap ini.  Tanpa restu ibu, saya tidak akan menjadi insani.  Besarnya jasa ibu.... Jasa yang hanya mampu dibalas oleh saya dengan kiriman hadiah di ulang tahun kelahiran ibu.....  Zalimkah saya???

Maafkan anakmu ibu,
Saya teringin sekali untuk meluangkan masa yang banyak bersama ibu.  Tapi apa yang kini mampu saya lakukan??  Setiap kali pulang ke rumah ibu, saya hanya mampu mendengar keluh kesah ibu tanpa mampu menatap wajah ibu.  Kerana bagi saya itu sahaja masa yang saya ada untuk membaca berita di ruangan akhbar.  Setiap kali pulang ke rumah ibu, saya hanya mampu mengirimkan cucu untuk tidur menemani ibu.  Tapi itu semua cuma alasan yang ibu pun fahami (nak minta tolong ibu tengokkan mereka sebenarnya).  Setiap kali pulang ke rumah ibu, saya hanya mampu membawakan makanan yang berbungkus, yang telah siap bermasak tapi bukan dari hasil tangan saya.  Maaf ibu, betapa masa begitu cemburukan saya.... Walaupun selalunya saya belikan dalam bungkusan yang banyak tapi saya masih belum mampu untuk betul-betul memasak bagi menjamu ibu.  Setiap kali pulang ke kampung, saya hanya mampu menemani malam ibu dengan mata dan tangan di komputer riba, kerana itulah saatnya yang ada untuk saya menyiapkan segala tugasan yang tertangguh dan juga tugasan pengajian saya.  Biarpun sebenarnya saya amat ingin mengurut kaki ibu, membelai rambut ibu dan menyapukan losyen yang berbau harum ditubuh ibu.  Setiap kali pulang ke rumah ibu, saya hanya mampu meluangkan masa bersama ibu dengan agak terhad sekali.  Betapakah masa amat mencemburui saya..... terlalu banyak masa yang perlu saya habiskan dengan perkara-perkara lain.  Setiap kali pulang ke rumah ibu, saya hanya mampu melakukan tugasan yang paling mudah sahaja, seperti mencuci pinggan di sinki atau membasuh baju (itupun menggunakan mesin).  Sedangkan saya amat ingin merubah rumah ibu, menjadi kediaman yang paling indah dan harmoni sekali.  Setiap kali pulang ke rumah ibu, saya hanya mampu mengatakan tidak bila ibu mengajak saya menemaninya ke rumah sanak saudara.  Kerana bagi saya, kepulangan saya ke rumah ibu adalah untuk beristirehat dan melepaskan lelah.

Maafkan anakmu ibu,
Saya tidak ingin semua itu berlaku.  Saya tahu hati ibu terguris.  Tapi hanya itu yang mampu saya lakukan.  Saya tidak berdaya, maafkan saya.  Ibu tidak pernah mengecewakan saya.  Tidak pernah sama sekali.  Ibu sentiasa menceriakan hidup saya.  Walau ada waktunya saya tahu ibu ingin menangis sekuatnya.  Ibu sentiasa mendahulukan saya, walau saya tahu ada perkara lain yang ibu patut laksanakan.  Ibu sentiasa memenuhkan katung poket saya, walau saya tahu ada waktunya ibu tidak makan di tempat kerja.  Ibu sentiasa bercerita dengan saya, walau ada waktunya ibu sudah lelah dan bosan bercerita pada saya.  Ibu sentiasa ingin saya kelihatan cantik, walau ada waktunya baju yang ibu sarungkan ke tubuh ibu adalah lebih murah dari baju ibu.  Ibu selalu ingin saya kekenyangan, walau ada waktunya ibu terpaksa menjerut perut menahan lapar.  Ibu sentiasa ingin melihat saya sihat sejahtera, walau ada waktunya ibu sendiri menderita kesakitan.

Maafkan anakmu ibu,
Saya tidak mampu membalas semua yang telah ibu curahkan pada saya.  Walaupun saya berusaha untuk membalasnya sejuta kali.  Saya tidak mampu membalas kasih ibu, walaupun saya kirimkan bibik untuk menemani ibu.  Saya tidak mampu membalas sayang ibu, walau saya longgokkan wang ringgit pada ibu.  Saya tidak mampu membalas jasa ibu, walau saya mengabadikan seumur hidup saya pada ibu.  Saya tidak mampu membalas derita ibu, walau saya saluti ibu dengan sutera agung.  Saya tidak mampu membalas peluh keringat ibu, walau saya membanting tulang seumur hidup di sawah bendang.  Saya tidak mampu mengatasi ibu..... Ibu amat besar jasamu.

Maafkan anakmu ibu,
Saya mengimpikan ulangtahun ibu akan saya bawa ibu mengelilingi dunia.  Tapi saya tidak mampu melakukannya.  Saya mengimpikan ulangtahun ibu, saya buatkan satu jamuan yang mana saya menyediakan segalanya.  Tapi saya tidak punya waktu untuk melakukannya.  Saya mengimpikan ulangtahun ibu, saya hadiahkan dengan kejutan.  Tapi saya tidak berdaya melaksanakannya.  Saya mengimpikan ulangtahun ibu, saya temani ibu buat selamanya.  Tapi saya juga tidak dapat melaksanakannya.  Saya mengimpikan uangtahun ibu, saya buatkan ibu tersenyum gembira.  Tapi saya tidak cukup waktu untuk merealisasikannya. 

Maafkan anakmu ibu,
Untuk sekian kalinya ulangtahun ibu kali ini akan saya susuli dengan kiriman hadiah tanpa sebarang jamuan atau sambutan.  Saya berusaha melakukannya sepertimana yang ibu lakukan pada saya.  Saya ingin ibu tahu, untuk sekian kalinya saya amat menyayangi ibu.  Terima kasih ibu atas segala jasa dan pengorbananmu.  Maafkan anakmu untuk sekian kalinya, maafkan anakmu zahir dan batin.  Maafkan anakmu yang telah menguris hati kecilmu.  Maafkan anakmu yang terlalu nakal dizaman kecilnya.  Maafkan anakmu ibu yang telah sering membuatkan tidurmu bersulam air mata.  Maafkan anakmu ibu yang tidak pernah mampu menyempurnakan mahumu.  Maafkan anakmu ibu yang terlalu banyak dosanya padamu. 

Maafkan anakmu ibu,
Untuk terakhir kalinya.  Ibu "selamat menyambut ulangtahun kelahiranmu".  Saya mendoakan dan sentiasa mendoakan yang terbaik buat ibu.  Saya berjanji akan berusaha menjadi anak yang soleh.  Dengan iringan kasih sayang "SELAMAT ULANG TAHUN IBU".  Maafkan anakmu atas segala kekurangannya.  Saya sayang ibu......

Comments

Popular posts from this blog

Bila kerja bertimpa-timpa

  Beberapa minggu lagi saja (mungkin lagi 2 minggu rasanya) sesi kuliah akan membuka tirai. Maknanya bagi saya dan rakan yang lain dalam 1-2 bulan ini berbagai amanah tugas perlu diselesaikan, terutamanya berkaitan pendokumentasian bahan-bahan kerja dan pencapaian pada semester lepas. Pada masa ini juga, berbagai bengkel bagi pemantapan kerjaya akan diadakan oleh pihak berkaitan.    Pada masa yang sama kena pandai-pandai cari masa untuk menulis bahan penulisan ilmiah (atau dalam bahasa mudah journal). Kadang nampak luaran macam santai saja kerjaya pensyarah ini, tapi hakikatnya banyak beban tugasan yang perlu dilaksanakan disamping amanah hakiki mengajar anak bangsa. Untuk mingu ini saya baru sahaja menyiapkan tugasan E-TP, E-CF, OBE, dan bahan mengajar bagi semester hadapan. 4 kelas tutorial dan 1 kelas amali.    On going sedang menyiapkan QBS template. Sudah ini dinamakan amanah, jom kita enjoy dengan apapun tugasan yang diamanahkan pada kita. Mo...

Pekan Rabu, Kedah

Saya sukakan Pekan Rabu yang terdapat di negeri Kedah (eh! tempat lain ada pekan rabu ke ekk?). dari kecil, remaja, anak dara, mak dara sampai bila-bilapun Pekan Rabu tetap di hati. Actually Pekan Rabu cuma merupakan sebuah bangunan yang didirikan untuk para peniaga tempatan (terutama Melayu, memang majoriti Melayu pun) berniaga, memasarkan hasil jualan mereka. Kebanyakkan hasil jualan adalah terdiri daripada makanan, seperti kuih-muih lama (traditional), ikan pekasam (famous di sini), jeruk buah-buahan, baju melayu (jahitannya sangat kemas), baju kurung, barangan kraftangan dan pelbagai lagi. Hem! bak kata pepatah baru, "macam-macam ada!". Bercerita tentang kepuasan hati pelanggan. Sebagai pelanggan yang sangat cerewet (sayalah tu...). Bagi makanan traditional, dodol yang dijual adalah yang terbaik bagi saya (bagi zon utara). Lemak santannya, manis gula kabungnya, lembut teksturnya, memang tak boleh nak lawan. Kuih-muih traditional yang lain pula seperti putu beras, ba...

citer hari ke 6 raya 2011

Masih dalam mood raya lagi ke?? Jujur raya kali ini saya cuma merasakan kemeriahan raya pada malam raya sahaja, di mana dikala itu suara takbir raya kedengaran sayu diperdengarkan di stesen2 TV dan radio.  Bila pulang ke kampung (ala... sepelaung je dari rumah saya, adalah dalam anggaran 45 minit jauh perjalanan dari umah saya ke kampung).  Memang terasa pilu, sebabnya sepanjang perjalanan kami melewati kawasan perumahan, jalan utama (highway) dan kemudiannya menyusuri kawasan perkampungan (yang dah tentunya siap terpasang lampu2 panjut dan ada surau dan masjid yg mengalunkan takbir); peh! time tu memang rasa cam naak meraung menyembah kaaki ayahbonda. Keesokkan harinya, di pagi raya, kemeriahan itu semakin terhakis.  Don't know why? padahal rumah ibu di kampung seberang jalan aje, tersergam masjid.  Sepatutnya kemeriahan itu amat terasa.  Tapi tidak, tidak bagi saya.  Sebab pertamanya ialah biarpun masjid cuma seberang jalan aje dari rumah saya, suar...