Skip to main content

Ibu sakit...


Seminggu setelah majlis perkahwinan adik bongsuku berlangsung, rumah keluargaku menjadi sunyi kembali. Sunyi sepi tanpa hiruk-pikuk kami adik beradik bergebang dan melawak, senyi sepi seperti azali; seperti selalu...

Inilah yang paling dirasai apabila masing-masing telah meningkat dewasa, zaman kanak-kanak kami lewati bersama, kemudiannya berpisah kerana aku dan abangku masuk ke asrama, kemudian bertemu semula apabila aku menamatkan persekolahan dan menantikan keputusan SPMku. Abang cuma sekejap sahaja di kampung, kerana kemudiannya selepas tamat belajar diperingkat SPM abang menyambung pelajarannya kembali. Kemudiannya aku menyusuli meniggalkan keluarga kerana mengikut jejak abang. Sesekali berjumpa ketika cuti semester, tamat belajar aku terus bekerja (result final exam pun tak sempat keluar). Rumah menjadi sunyi kembali. Kemudiaanya masing-masing sibuk dengan kehidupan yang dilalui, meniti alam dewasa dan berkahwin; jurang makin terasa....

Bila sesekali berkumpul dan pulang ke kampung, seperti tidak cukup hari dibuatnya. Urusan didapur aku dan adik perempuan akan uruskan, abang membeli barangan adik lelaki ke kebun membantu mama dan papa. Cuti kali ini adik perempuanku bercuti hampir sebulan (takpelah, dia bos dia kuli....) aku bercuti hampir seminggu lebih, abang dan adik bongsuku bercuti seminggu. Itupun rasanya tak terlampias rindu dihati, tak banyak yang dapat dikongsi dan dibualkan bersama.

Ibu ditimpa sakit setelah semua anak-anaknya kembali meneruskan kehidupan masing-masing. Mungkin sakit rindu... mungkin sakit tidak berpantang makan (kerana kebetulan terlalu banyak kenduri kahwin yang perlu diziarahi) atau mungkin juga kerana sakit kepenatan. Kematian kucing peliharaan pun mungkin juga memberi kesan. Kerana akhirnya rumah yang ditinggalkan terpaksa ibu kemaskan seperti sedia ada. 2 hari terlantar, aku tetap orang yang terakhir yang tahu (biarpun tinggal berdekatan dan sememangnya paling hampir dengan ibu). Itupun Lin (adik perempuanku yang memberitahu.... ). Sentiasa menjadi yang terakhir, sepertimana ketika nenek meninggal (ibu terlupa menghubungiku....).


Setelah melakukan pemeriksaan doktor. Tiada penyebab kepada sakit ibu dapat ditemui, tekanan darah normal, gula dalam darah normal, sakit yang dialami yang tak normal. Aku merasakan tahap kolesterol ibu mungkin bertambah. Kerana ibu menggalami penig kepala, terasa hendak pitam dan kebas-kebas dibeberapa anggota badan. Kesan lanjut darinya adalah pesakit boleh terkena strok atau yang seangkatan dengannya. Ibu pula ketika dikunjungi tidak mahu mengambil sebarang ubat kerana merasakan beliau tidak sakit. Ubat penahan sakit mungkin penyelamat dalam keadaan terdesak, tetapi pengambilan dan amalan pemakanan yang betul, mengambil ubat HYPOCOL (ubat menurun atau menstabilkan tahap kolestrol) dan paling penting mesti tahu do and don't dalam pemakanan bagi yang mempunyai kolestrol tinggi. Antaranya elakkan pengambilan seafood yang berlebihan (kerang, udang), elakkan memakan ketam, daging (terutama kambing) dan cendawan.


Buat ibu.... doa sentiasa mengiringimu. Ibu perlu menjaga kesihatan dengan baik kerana kasih dan perhatian ibu masih kami anak-anak ibu dambakan.


Comments

Popular posts from this blog

Bahagia Kasihmu

  Sebuah karya cinta yang telah diadaptasikan ke layar perak. Cerita berkisar tentang seorang gadis bernama Tasnim yang telah melalui zaman remaja di dalam sekolah Tunas Bakti, sebuah sekolah pusat pemulihan akhlak bagi wanita. Bila telah keluar dari sekolah tersebut Tasnim berazam untuk merubah corak kehidupannya yang suram kepada sebuah kehidupan yang lebih baik. Liku hidup baru yang ingin dicorakkannya tidak seindah yang dibayangkan. Banyak halangan dan rintangan yang terpaksa dilalui. Menarik cerita ini bagi bacaan santai anak muda.

Career vs rumahtangga

Career vs rumahtangga Ceramah Fiq tanyalah ustazah, Dewan besar 2, tingkat 3,  laman perdana. UiTM P.Pinang. Sinonim wanita dengan dapur, sumur dan bilik tidur (sorry lupa sebutan si penceramah).   Zaman firaun, menjadi hamba nafsu.   Kedatangan Islam memberi sinar kepada kaum wanita.   Allah menyuruh kaum wanita menutup aurat kerana faktor yang jelas, demi keselamatan kaum wanita, mengelakkan berlakunya maksiat, menutup aurat yang boleh menimbulkan ghairah kaum lelaki.   Juga mengelakkan fitnah. Dah kelaut sebenarnya saya nie,    Maaf saya malas nak menulis tangan, ada bawa buku nota dan pen, tapi disebabkan saya yakin dan percaya tulisan saya tu semulajadinya ke laut, jadi baiklah saya menaip je isi ceramah tu.   Apa salahnya wanita bekerjaya? Apa silapnya wanita bekerjaya.   Menurut penceramah carear women tu adalah bukan sekadar wanita yang bekerja untuk menyara hidup, tetapi lebih kepada wanita bekerjaya yang mempun...

Pedassssss.... biasa......

Ini tak tipu punya pedas Saya dah terjebak, anda bila lagi.  Kalau yang tak tahan pedas baik jangan dicuba-cuba kudapan ini.  Saya yang meminati kudapan ini pun hampir menangis dibuatnya.  Ini betul-betul pedas.  Jom bagi panas...