Skip to main content

Bila guruh berdentum

"Dan guruh itu bertasbih dengan memuji Allah, (demikian pula) para malaikat kerana takut kepada-Nya."

Doa di atas merupakan satu doa yang dibaca oleh Abdullah bin az-Zubair ketika mendengar guruh.  "Apabila beliau mendengar guruh, beliau akan meninggalkan percakapan dan menyebut: "Subhana allazi yusabbihu ar-ro'du bihamdihi wal malaikatatu min khifatih," yang bermaksud : "MAha suci bagi guruh yang bertasbih memuji-Nya," kemudian beliau berkata, "Ini adalah peringatan yang dahsyat kepada ahli bumi."

Saya mencoretkan ingatan ini ketika hujan masih renyai di luar jendela.  Hujan masih turun, mata makin layu; apatah lagi bila perut telah kenyang terisi.  Tapi hujan dan guruh yang berlaku di luar jendela sana mengamit saya pada petikan ayat doa dan ingatan ini (yang saya perolehi dari bahan bacaan saya yang berjudul Tuhan masih mencintaiku).  Elok rasanya saya kongsikan bersama agar dapat menjadi panduan dan ingatan kepada kita semua.

Siapa peduli pada hujan? pada petir? pada dentuman guruh di langit?.  Alangkah bongkaknya kita hamba-Nya yang akhir zaman ini.  Padahal bukan tiada musibah yang berlaku bila berlakunya ketiga-tiga kejadian alam ini.  Kemalangan di jalan raya semasa hujan, banjir atau bah yang disebabkan oleh hujan, lalu lintas yang menjadi tergendala akibat hujan.  Petir yang menyambar sekujur tubuh hamba-Nya, petir yang meranapkan gagah berdiri sepohon pokok menimpa rumah, petir yang menyebabkan kita sering merasa seriau atau takut.  Guruh mengakibatkan anak kecil berlari ketakutan mencari pelindung, guruh yang menyebabkan kerancakkan dunia seakan terhenti.  Bukan itu peringatan yang perlu kita perhalusi?.

Tapi apa yang sering kita perlakukan di saat itu?  Ingatan secepat kilat mengibau kenangan di kampung. Oh! alangkah bagusnya bila hujan, petir dan guruh ini disulami dengan secangkir kopi panas yang harumnya menebar udara dengan bau wangi kopi yang membangkitkan rasa.  Ditemani kopi tersebut dengan sepinggan cucur panas atas goreng pisang panas atau dengan sepinggan ubi kayu rebus yang dicicah dengan sambal Johor.  Em...... sedapnya....  Dan sering juga kita melayan diri, "bila hujan begini sedapnya tidur sahaja".  Pernahkah kita terfikir untuk mengingati-Nya disaat itu?  Ingat! bila hujan mula menggila, bila petir tidak mahu berhenti panahannya dan bila guruh diluar sana semakin menggila.... Saya menginsafi diri, saya juga antara yang ramai sering terleka.

Comments

Popular posts from this blog

Bahagia Kasihmu

  Sebuah karya cinta yang telah diadaptasikan ke layar perak. Cerita berkisar tentang seorang gadis bernama Tasnim yang telah melalui zaman remaja di dalam sekolah Tunas Bakti, sebuah sekolah pusat pemulihan akhlak bagi wanita. Bila telah keluar dari sekolah tersebut Tasnim berazam untuk merubah corak kehidupannya yang suram kepada sebuah kehidupan yang lebih baik. Liku hidup baru yang ingin dicorakkannya tidak seindah yang dibayangkan. Banyak halangan dan rintangan yang terpaksa dilalui. Menarik cerita ini bagi bacaan santai anak muda.

Career vs rumahtangga

Career vs rumahtangga Ceramah Fiq tanyalah ustazah, Dewan besar 2, tingkat 3,  laman perdana. UiTM P.Pinang. Sinonim wanita dengan dapur, sumur dan bilik tidur (sorry lupa sebutan si penceramah).   Zaman firaun, menjadi hamba nafsu.   Kedatangan Islam memberi sinar kepada kaum wanita.   Allah menyuruh kaum wanita menutup aurat kerana faktor yang jelas, demi keselamatan kaum wanita, mengelakkan berlakunya maksiat, menutup aurat yang boleh menimbulkan ghairah kaum lelaki.   Juga mengelakkan fitnah. Dah kelaut sebenarnya saya nie,    Maaf saya malas nak menulis tangan, ada bawa buku nota dan pen, tapi disebabkan saya yakin dan percaya tulisan saya tu semulajadinya ke laut, jadi baiklah saya menaip je isi ceramah tu.   Apa salahnya wanita bekerjaya? Apa silapnya wanita bekerjaya.   Menurut penceramah carear women tu adalah bukan sekadar wanita yang bekerja untuk menyara hidup, tetapi lebih kepada wanita bekerjaya yang mempun...

Pedassssss.... biasa......

Ini tak tipu punya pedas Saya dah terjebak, anda bila lagi.  Kalau yang tak tahan pedas baik jangan dicuba-cuba kudapan ini.  Saya yang meminati kudapan ini pun hampir menangis dibuatnya.  Ini betul-betul pedas.  Jom bagi panas...