Skip to main content

Tahun baru yang haru

Saya tidak menjangkakan sebarang sambutan, pengharapan dan persediaan untuk tahun baru.  Tidak seperti ketika zaman kanak-kanak, tahun baru saya dipenuhi dengan berbagai azam dan semangat.  Ialah tahun baru bagi kanak-kanak amat berbeza kerana ianya disambut dengan persekolahan setelah sekian lama bercuti di akhir tahun dan bukan itu sahaja mereka juga akan bertukar kelas ke tingkatan yang lebih tinggi mengikut usia dan keputusan peperiksaan akhir tahun.  Bertemu rakan baru, cikgu baru dan pembelajaran baru.  Bagi yang telah berumur seperti saya (ops! saya masih muda lagi tau....; umur je yang semakin berganjak tapi teman still muda kay.....).   Tiada sebarang tarikan pada kedatangan tahun baru.

Dalam leka tidak membuat sebarang persediaan, saya terlupakan sesuatu.   Saya lupa nak periksa baju sekolah anak-anak.  Nasib secara kebetulan semalam, sehari sebelum sekolah bermula saya terlintas menyuruh anak-anak mencuba semula baju sekolah lama mereka.  Hasilnya, anak perempuan saya yang comel itu, 4 baju putih sekolahnya sudah tidak muat lagi.  Rasa macam nak pitam pun ada.  Empat baju sekolah dah tak muat..... mana nak cari ganti, esok ajepun sekolah dah nak mula.  Niat hati nak suruh saja dia pakai baju tersebut ke sekolah buat sementara waktu, tetapi bila melihatkan rupa anak yang kelat dan ketidak selesaan pada baju tersebut ketika disarungkan pada tubuhnya (dah rupa sarung nangka) saya tergelak dalam hati.  Nasib baik masih ada 3 pasang baju sekolah yang sengaja saya buat extra besar sebagai tambahan baju sekolah lama yang masih boleh diguna pakai.  Pengajarannya di sini, dalam minggu ini saya harus ke kedai kain mencari kain baju sekolah untuk ditempah, tidak boleh tidak kerana tiada saiz baju yang dijual di pasar raya yang muat pada tubuh anak gadis saya ini.  Oh! bukan itu sahaja, dengan wajah nakal, anak gadis turut membuat laporan yang kasut sekolah dia 2 pasang sudah ketat di kakinya yang semakin melebar.  Nasib baik saya paksa dia pilih sepasang kasut sekolah ketika di pasar raya 2 hari lepas.  Itu pun paksa rela, si kecil nie tak mahu kerana risau duit ibunya nanti habis.  Siap nak nangis-nangis lagi kat shopping complex tu, so terpaksalah saya menggunakan kuasa veto saya untuk memaksa si comel nie mencuba kasut sekolah di kedai.

Saya juga telah ke sekolah transit anak-anak (2 orang aje pun) untuk menguruskan pembayaran bil tahunan dan bulanan mereka.  Kesemuanya RM600.00, hu..hu... nie baru anak 2.  mahalnya! hati memberontak, tapi apakan daya tangan terpaksa juga menghulur duit pada pekerja di transit yang dah duk tersenyum-senyum nak ngambil duit di tangan saya.  Inilah yang perlu dilalui oleh generasi Y, di mana duit menjadi raja, duit untuk segala...... Saya tak sanggup untuk berjimat, membiarkan anak-anak tinggal di rumah setelah habis sesi persekolahan sedangkan pekerjaan saya suami isteri menuntut kami bekerja hingga lewat malam.  Zaman sekarang tiada apa yang dapat dijangkakan, manusia bertopengkan "syaitan" ada di mana-mana, saya tidak mahu menyesal dan menangis di kemudian hari.  Kemudiannya, sibuk membawa mereka ke shopping complex untuk membeli peralatan sekolah, cuma membeli seluar kecik si abang, singlet, kasut sekolah dan seluar sukan ranap RM300.00.  tetiba ada lagi permintaan luar kawal, lupa! birthday suami.  Terpaksa secara tergesa-gesa membuat pakatan sulit projek "XYZ" untuk membuat sambutan hubbie.  Kek 4 slices lain perisa dan jenis, hadiah (setelah 2-3 kali round shopping malls) dan sambutan makan2 (sudah semestinya... dari seafood restaurant ke Pizza Huts atas permintaan si abang; cam dia punya birthdaykan).  Jumlahnya..... biarlah rahsia.  Seperti biasa, dan agak luar biasa tempahan makanan lain dari yang terbiasa.   Sampaikan kek yang dibeli tak tersentuh.

Sampai sahaja dirumah, si comel montel dah datang dengan senyum lawa dia.  "Ibu! kek tu kita nak makan bila ek?", Ha! tak kenyang-kenyang lagi.... ingatkan dah penat berjalan dan makan, balik nak tidur aje.  No! no! and no....... untuk tahun baru "kita kurangkan makan........". 

Comments

Popular posts from this blog

Bila kerja bertimpa-timpa

  Beberapa minggu lagi saja (mungkin lagi 2 minggu rasanya) sesi kuliah akan membuka tirai. Maknanya bagi saya dan rakan yang lain dalam 1-2 bulan ini berbagai amanah tugas perlu diselesaikan, terutamanya berkaitan pendokumentasian bahan-bahan kerja dan pencapaian pada semester lepas. Pada masa ini juga, berbagai bengkel bagi pemantapan kerjaya akan diadakan oleh pihak berkaitan.    Pada masa yang sama kena pandai-pandai cari masa untuk menulis bahan penulisan ilmiah (atau dalam bahasa mudah journal). Kadang nampak luaran macam santai saja kerjaya pensyarah ini, tapi hakikatnya banyak beban tugasan yang perlu dilaksanakan disamping amanah hakiki mengajar anak bangsa. Untuk mingu ini saya baru sahaja menyiapkan tugasan E-TP, E-CF, OBE, dan bahan mengajar bagi semester hadapan. 4 kelas tutorial dan 1 kelas amali.    On going sedang menyiapkan QBS template. Sudah ini dinamakan amanah, jom kita enjoy dengan apapun tugasan yang diamanahkan pada kita. Mo...

Pekan Rabu, Kedah

Saya sukakan Pekan Rabu yang terdapat di negeri Kedah (eh! tempat lain ada pekan rabu ke ekk?). dari kecil, remaja, anak dara, mak dara sampai bila-bilapun Pekan Rabu tetap di hati. Actually Pekan Rabu cuma merupakan sebuah bangunan yang didirikan untuk para peniaga tempatan (terutama Melayu, memang majoriti Melayu pun) berniaga, memasarkan hasil jualan mereka. Kebanyakkan hasil jualan adalah terdiri daripada makanan, seperti kuih-muih lama (traditional), ikan pekasam (famous di sini), jeruk buah-buahan, baju melayu (jahitannya sangat kemas), baju kurung, barangan kraftangan dan pelbagai lagi. Hem! bak kata pepatah baru, "macam-macam ada!". Bercerita tentang kepuasan hati pelanggan. Sebagai pelanggan yang sangat cerewet (sayalah tu...). Bagi makanan traditional, dodol yang dijual adalah yang terbaik bagi saya (bagi zon utara). Lemak santannya, manis gula kabungnya, lembut teksturnya, memang tak boleh nak lawan. Kuih-muih traditional yang lain pula seperti putu beras, ba...

citer hari ke 6 raya 2011

Masih dalam mood raya lagi ke?? Jujur raya kali ini saya cuma merasakan kemeriahan raya pada malam raya sahaja, di mana dikala itu suara takbir raya kedengaran sayu diperdengarkan di stesen2 TV dan radio.  Bila pulang ke kampung (ala... sepelaung je dari rumah saya, adalah dalam anggaran 45 minit jauh perjalanan dari umah saya ke kampung).  Memang terasa pilu, sebabnya sepanjang perjalanan kami melewati kawasan perumahan, jalan utama (highway) dan kemudiannya menyusuri kawasan perkampungan (yang dah tentunya siap terpasang lampu2 panjut dan ada surau dan masjid yg mengalunkan takbir); peh! time tu memang rasa cam naak meraung menyembah kaaki ayahbonda. Keesokkan harinya, di pagi raya, kemeriahan itu semakin terhakis.  Don't know why? padahal rumah ibu di kampung seberang jalan aje, tersergam masjid.  Sepatutnya kemeriahan itu amat terasa.  Tapi tidak, tidak bagi saya.  Sebab pertamanya ialah biarpun masjid cuma seberang jalan aje dari rumah saya, suar...