Keterujaan dalam mengikuti episod
kembara para pelajar ke perkampungan orang asli menyebabkan persiapan barangan
saya menjadi serba tak kena. Cukup tak
cukup? Lengkap tak lengkap? Perlu tak perlu? segalanya menyebabkan beg kembara saya hampir
6-7 kali saya kemaskini. Paling merisaukan adalah berkenaan dengan kemudahan tandas. Kemudahan asas yang amat penting terutamanya
ketika dalam keadaan darurat. Penulisan ini, saya buat dalam waktu
senggang dalam perjalanan ke sana, masih di atas perut bas. 117 pelajar dan 8 org pensyarah dari UiTM
Pulau Pinang berserta 4 buah bas. Agenda aktiviti termasuklah beramah mesra
dengan penduduk perkampungan orang asli, memberi sumbangan dan membersihkan
kawasan sekitar yang telah dipilih terlebih awal.
Bas yg dikatakan akan bertolak jam 8.00
pagi menghadapi sedikit masalah akibat salah faham pengisian borang permohonan
kenderaan. Ini membolehkan saya dan
peserta yang lain bersarapan terlebih dahulu kerana kebetulan food court
terletak berdekatan sahaja. Akhirnya bas
dapat juga bertolak seperti yang dirancang dan kami sampai di jeti Tasik Banding
ketika jam menghampiri 11.00 pagi. 3
buah boat house ditempah untuk program ini.
Setelah memasuki boat house, kebimbangan saya dengan kemudahan tandas
berkurangan kerana terdapat 2 tandas di dalam setiap boat house. menyusuri tasik buatan ini membuatkan lelah
kerja hilang, minda terasa ringan dan mata tetiba terasa cerah terlebih
zat. suatu pelarian juga buat saya,
kerana negara waktu ini masih lagi dilanda masalah jerebu yang tidak tahu turun
naik tahap kualiti pencemarannya.
Perancangan utama hari ini adalah
menyelusuri denai hutan ke air terjun dan penempatan pokok bunga raflesia. hujan renyai tidak mematahkan semangat para
pelajar untuk meredah hutan; walaubagaimanapun hujan yang kemudiannya bertukar
lebat membuatkan aturcara terpaksa dibatalkan dan diganti dengan acara
BBQ. Aturcara ini akan ditunda dan
diselitkan untuk tentatif esok hari.
cadangan untuk acara santai, mandi manda agak mengejutkan saya. Petugas boat house mengatakan ia perkara
biasa untuk pengisian aktiviti peserta.
Hati terasa lega bila cadangan tidak mendapat sambutan. Bukan apa, agak risau kerana hari beransur
gelap dan hujan masih membasahi bumi. Untuk
mengisi masa terluang kami menonton tv channel thailand, dan ada juga yg
berkaroake. Selesai makan, mata menjadi
berat dan hujan seolah menjemput kami untuk terus beradu.
Saya
tidur agak awal mlm ini kerana badan terasa letih dgn aktiviti seharian. Kepala terasa berat dan mata terasa
layu. 2 buah boat sahaja yg kelihatan
setakat ini. Seperti biasa saya bangun
begitu awal dari kebiasaan. Bilik air sentiasa mempunyai penghuni. Setelah 2-3 kali menjengukkan muka melihat
peluang utk menggunakan bilik air. Akhirnya saya akur untuk turut duduk menunggu
giliran bersama pelajar yg lain. Hari kedua, malam akibat tidur terlalu
awal daripada kebiasaan, saya terjaga pukul 4 pagi. Dalam fikiran ingin terus sahaja mandi, tapi
rupanya saya bukan merupakan orang yang terawal berbuat demikian; rupanya telah
ada kumpulan pelajar yang menunggu giliran untuk mandi. Akhirnya hampir jam 7.00 pagi baru saya
berpeluang untuk mandi, menjadi orang yang kedua terakhir mandi pagi hari
ini. Selesai bersarapan, kami ke pos
pengawal penempatan orang asli untuk sesi taklimat aktiviti. lama rasanya tidak mendaki cerunan bukit
kerana itu bukannya merupakan aktiviti kegemaran; terasa sedikit lelah bila
sampai ke puncak bukit. Setelah pecahan
kumpulan dibuat terdapat 3 aktiviti lawatan yang akan kami selesaikan mengikut
giliran kumpulan.
Aktiviti pertama kumpulan saya adalah
melawat ke penempatan chalet di pulau berhampiran dengan menaiki bot
kecil. Cantik pemandangan di chalet ini
malahan bagi saya masih banyak yang boleh dimaju dan terdapat insfraktstruktur
yang perlu dibuat penambahbaikan.
terdapat kurang dari 10 chalet untuk family, kurang 5 buah berbentuk kun
yang amat sesuai untuk 2 orang. tandas
yang besar tetapi agak tersorak ke atas, gelap, kelam dan agak tidak begitu
mengujakan untuk ke sana. Beberapa kemudahan
untuk tapak perkhemah (siap disediakan ruang berbumbung), ruang solat, gazebo
atau wakaf, dapur terbuka, kawasan untuk kemudhan bbq, ruang pejabat pengurusan
dan bilik solat. Bilik solat terdapat di
bangunan pejabat, kelihatannya terlalu kecil hanya boleh memuatkan 2 orang
untuk sekali penggunaan.
Seterusnya kami ke perkampungan oraang
asli dengan menaiki bot kecil. Kelam,
kusam, hapak, menyapa penglihatan dan deria hidu. Hanya terdapat beberapa buah rumah orang asli
di sini yang kebanyakkannya mempunyai hubungan kekeluargaan. Tempat terakhir yang dituju juga merupakan sebuah penempatan orang asli yang kelihatannya agak moden dari yang lain. Ruang rumah biarpun dari sumber yang sama,
tapi kelihatannya besar, kemas, bersih dan agak selesa untuk dihuni. Walaubagaimanapun seperti rumah yang lain
masih tidak mempunyai tingkap. para
pemuda orang asli kelihatannya telah mendapat pengaruh dari luar jika dilihat
dari potongan rambut mereka. Di sini
terdapat sumbr tanaman kecil disekitar rumah mereka seperti ubi kayu, terung,
kunyit dan cili. Terdapat juga ayam
dipenempatan ini walau tidak dalam jumlah yang banyak. Kelihatan disetiap penjuru rumah tergantung
plastik sampah menunjukkan mereka agak pembersih.
Badan dan kaki terasa sakit, mungkin
telah lama tidak beriadah; kami mengakhiri kunjungan ilmiah ini dengan memberi
sumbangan yang dibawa. Pulang ke Boat
house dan team memasak memulakan tugasan mereka. Yang lain bergilir membersihkan badan untuk
bersolat, dan ada yang mengambil kesempatan untuk melelapkan mata. Pukul 2.00 petang aktiviti disambung dengan
lawatan ke tapak air terjun dan penempatan bunga raflesia. Dalam sekitar waktu sebegini kelihatan
bebrapa orang anak orang asli berlari turun dari kawasan bukit untuk bermain
dan mandi air tasik tanpa pengawasan orang dewasa. Setelah agak lama berendam di dalam tasik,
mereka naik semula ke kawasan bukit dimana penempatan mereka berada. Alangkah seronoknya kehidupan mereka, agaknya
beginilah kehidupan datuk nenek kita dahulu.
Hari ini aktiviti agak santai. Kami
hanya akan mengunjungi sebuah tempat perkelahan air terjun dan kemudiannya akan
membuat gotong royong membersihkan jeti sebelum beransur pulang kemudiannya. Telah hampir 1 jam lebih
kini perjalanan kami ke kawasan kelah.
Perjalanan terasa begitu mengujakan kerana pemandangan yang sangat indah
seolah mengamit mesra kedatangan kami.
Tiada unsur pemodenan, pencemaran, pencerobohan hasil guna tanah dan
segalanya nampak terlalu sempurna buat kami biarpun sekadar disajikan dengan
panaroma yang hampir sama sahaja sepanjang perjalanan ini. Kata pengusahasa boat house, di sana terdapat
ikan koi atau kelah. Saya membayangkan
sangkar ikan seperti yang terdapat di Langkawi hanya sekadar di kawasan sungai
yg landai tapi rupanya kami perlu mendaki lerengan bukit yg agak berliku,
berselut dan tebingannya agak mengugat kekuatan fizikal dan mental saya. Lelah berbayar bila dijamu dengan pemandangan
indah air terjun. Terdapat beberapa
kumpulan lain yang juga turut serta menjadikan suasana sangat meriah.
Akibat membayangkan lerengan bukit yang
agak kecil, dan licin akibat selut hajat untuk turut serta yang lain untuk
bermandi manda saya pendamkan. dalam 20
minit saya keluar dari kumpulan untuk kembali semula ke boat yang setia menanti
di hujung sungai. bimbang jika berada
dalam kumpulan dalam keadaan semuanya basah kuyup, akan ada yang terjerumus
gelincir nanti. dalam perjalanan ke boat
house saya mengambil peluang untuk berkongsi cerita dengan pemandu boat. dalam usia yang agak muda beliau telah
memiliki boat house beserta beberapa perniagaan lain. Siapa kata Melayu tak hebat. Bau cucur ikan bilis mengapung di
sekitar ruang udara boat house ini.
Terasa seolah dikampung pula.
Sekembalinya ke boat house, perut terasa lapar dengan bau masakan cucur
ikan bilis. Hebat betul pelajar-pelajar
ini, dalam memenuhi kesemua aktivit yang telah diatur, masih sempat lagi mereka
memasak untuk minum petang. Boat house bergerak meninggalkan tempat persinggahan menuju ke jeti utama.
Comments
Post a Comment