Skip to main content

Jus anti oksidan dari buahan tempatan

Jus kaya bahan antioksidan

Oleh Mohd Sabran Md Sani
Harian Metro
Perkongsian ilmu ini, moga akan memberi manfaat kepada kita semua, amin.
Antioksidan adalah elemen penting diperlukan badan untuk menghalang dan melindungi sel daripada kerosakan ‘oksidatif’ akibat paras radikal bebas yang tinggi dalam darah.   Bahan antioksidan ba–nyak ditemui dalam produk jus berasaskan manggis, pelbagai beri seperti acai berry, cran berry, blackberry dan teh hijau, namun penyerapannya dalam tubuh mengambil masa lama.

Menyedari kepentingan antioksidan terhadap kesihatan tubuh, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) membangunkan produk jus buah-buahan yang kaya bahan antioksidan ringkas atau asid fenolik.  Produk ‘Just Great’ atau Nutrima-Jus dihasilkan Pegawai Penyelidik Prinsipal Pusat Penyelidikan Makanan MARDI Dr Suri Roowi menggunakan buah-buahan campuran seperti durian belanda, mangga dan limau kasturi bersama madu tulen.
Kajian itu memenangi lapan anugerah termasuk Anugerah Emas Berganda bagi Anugerah Istimewa di British Invention Show (BIS) 2012.  Menariknya, kajian penyelidikan Dr Suri menunjukkan kandungan asid fenolik bebas dalam jus berkenaan adalah lebih tinggi berbanding pelbagai produk import.   Kesan positif lain termasuk penurunan sel darah putih, penstabilan enzim dalam hati, penurunan kadar kolesterol serta boleh meningkatkan enzim antioksidan dalam otak.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/04

Comments

Popular posts from this blog

Bahagia Kasihmu

  Sebuah karya cinta yang telah diadaptasikan ke layar perak. Cerita berkisar tentang seorang gadis bernama Tasnim yang telah melalui zaman remaja di dalam sekolah Tunas Bakti, sebuah sekolah pusat pemulihan akhlak bagi wanita. Bila telah keluar dari sekolah tersebut Tasnim berazam untuk merubah corak kehidupannya yang suram kepada sebuah kehidupan yang lebih baik. Liku hidup baru yang ingin dicorakkannya tidak seindah yang dibayangkan. Banyak halangan dan rintangan yang terpaksa dilalui. Menarik cerita ini bagi bacaan santai anak muda.

Career vs rumahtangga

Career vs rumahtangga Ceramah Fiq tanyalah ustazah, Dewan besar 2, tingkat 3,  laman perdana. UiTM P.Pinang. Sinonim wanita dengan dapur, sumur dan bilik tidur (sorry lupa sebutan si penceramah).   Zaman firaun, menjadi hamba nafsu.   Kedatangan Islam memberi sinar kepada kaum wanita.   Allah menyuruh kaum wanita menutup aurat kerana faktor yang jelas, demi keselamatan kaum wanita, mengelakkan berlakunya maksiat, menutup aurat yang boleh menimbulkan ghairah kaum lelaki.   Juga mengelakkan fitnah. Dah kelaut sebenarnya saya nie,    Maaf saya malas nak menulis tangan, ada bawa buku nota dan pen, tapi disebabkan saya yakin dan percaya tulisan saya tu semulajadinya ke laut, jadi baiklah saya menaip je isi ceramah tu.   Apa salahnya wanita bekerjaya? Apa silapnya wanita bekerjaya.   Menurut penceramah carear women tu adalah bukan sekadar wanita yang bekerja untuk menyara hidup, tetapi lebih kepada wanita bekerjaya yang mempun...

Pedassssss.... biasa......

Ini tak tipu punya pedas Saya dah terjebak, anda bila lagi.  Kalau yang tak tahan pedas baik jangan dicuba-cuba kudapan ini.  Saya yang meminati kudapan ini pun hampir menangis dibuatnya.  Ini betul-betul pedas.  Jom bagi panas...