Skip to main content

Communication- Figure model of good listener

Berita harian

Petikan ini saya ambil untuk dikongsikan bersama.


by tun dr mahathir mohamad the malays have a saying which inter alia ...Baru-baru ini Kunta Kinte makan tengah hari dengan Tun Dr Mahathir 'The Wizard' Mohamad. Walaupun Kunta Kinte kenal Dr Mahathir sejak 1964, Kunta Kinte terus takjub dengan luasnya pengetahuan dan minat dia.   Dr Mahathir tidak tunjuk pandai atau potong cakap orang. Apabila kita cerita sesuatu kepadanya, dia dengar. Sama ada dia percaya atau tidak, setuju atau tidak, itu hal lain. Yang jelas dia dengar.  Orang putih kata, a good listener. Lepas kita habis bercakap baru dia balas. Dia jarang kata dia tidak setuju atau tidak percaya cakap kita. Apatah lagi kata hujah kita bodoh.      
Sebaliknya dia akan bagi pendapat dia, dia jawab dengan serius dan bernas. Daripada situlah kita dapat kesan dia setuju atau tidak setuju dengan kita.

Ramai tak tahu, Dr Mahathir bukan saja suka dengar pendapat orang cerdik dan orang pangkat tinggi, tapi dia pun suka dengar pandangan orang biasa – orang kampung, pekerja dan pemimpin bawahan.

Comments

Popular posts from this blog

Bila kerja bertimpa-timpa

  Beberapa minggu lagi saja (mungkin lagi 2 minggu rasanya) sesi kuliah akan membuka tirai. Maknanya bagi saya dan rakan yang lain dalam 1-2 bulan ini berbagai amanah tugas perlu diselesaikan, terutamanya berkaitan pendokumentasian bahan-bahan kerja dan pencapaian pada semester lepas. Pada masa ini juga, berbagai bengkel bagi pemantapan kerjaya akan diadakan oleh pihak berkaitan.    Pada masa yang sama kena pandai-pandai cari masa untuk menulis bahan penulisan ilmiah (atau dalam bahasa mudah journal). Kadang nampak luaran macam santai saja kerjaya pensyarah ini, tapi hakikatnya banyak beban tugasan yang perlu dilaksanakan disamping amanah hakiki mengajar anak bangsa. Untuk mingu ini saya baru sahaja menyiapkan tugasan E-TP, E-CF, OBE, dan bahan mengajar bagi semester hadapan. 4 kelas tutorial dan 1 kelas amali.    On going sedang menyiapkan QBS template. Sudah ini dinamakan amanah, jom kita enjoy dengan apapun tugasan yang diamanahkan pada kita. Mo...

Pekan Rabu, Kedah

Saya sukakan Pekan Rabu yang terdapat di negeri Kedah (eh! tempat lain ada pekan rabu ke ekk?). dari kecil, remaja, anak dara, mak dara sampai bila-bilapun Pekan Rabu tetap di hati. Actually Pekan Rabu cuma merupakan sebuah bangunan yang didirikan untuk para peniaga tempatan (terutama Melayu, memang majoriti Melayu pun) berniaga, memasarkan hasil jualan mereka. Kebanyakkan hasil jualan adalah terdiri daripada makanan, seperti kuih-muih lama (traditional), ikan pekasam (famous di sini), jeruk buah-buahan, baju melayu (jahitannya sangat kemas), baju kurung, barangan kraftangan dan pelbagai lagi. Hem! bak kata pepatah baru, "macam-macam ada!". Bercerita tentang kepuasan hati pelanggan. Sebagai pelanggan yang sangat cerewet (sayalah tu...). Bagi makanan traditional, dodol yang dijual adalah yang terbaik bagi saya (bagi zon utara). Lemak santannya, manis gula kabungnya, lembut teksturnya, memang tak boleh nak lawan. Kuih-muih traditional yang lain pula seperti putu beras, ba...

citer hari ke 6 raya 2011

Masih dalam mood raya lagi ke?? Jujur raya kali ini saya cuma merasakan kemeriahan raya pada malam raya sahaja, di mana dikala itu suara takbir raya kedengaran sayu diperdengarkan di stesen2 TV dan radio.  Bila pulang ke kampung (ala... sepelaung je dari rumah saya, adalah dalam anggaran 45 minit jauh perjalanan dari umah saya ke kampung).  Memang terasa pilu, sebabnya sepanjang perjalanan kami melewati kawasan perumahan, jalan utama (highway) dan kemudiannya menyusuri kawasan perkampungan (yang dah tentunya siap terpasang lampu2 panjut dan ada surau dan masjid yg mengalunkan takbir); peh! time tu memang rasa cam naak meraung menyembah kaaki ayahbonda. Keesokkan harinya, di pagi raya, kemeriahan itu semakin terhakis.  Don't know why? padahal rumah ibu di kampung seberang jalan aje, tersergam masjid.  Sepatutnya kemeriahan itu amat terasa.  Tapi tidak, tidak bagi saya.  Sebab pertamanya ialah biarpun masjid cuma seberang jalan aje dari rumah saya, suar...