Skip to main content

Nugget Kerabu....,

Kerabu Snek tanpa pengawet

Oleh Ruhaiza Rusmin
Harian Metro. 
Saya kongsikan bersama anda idea food innovation yang amat menarik ini. 



Kesedapan dan keenakan nasi kerabu memberi idea kepada tiga sahabat mencipta Kerabu Snek.  Mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi Pemakanan, Universiti Sains Islam Malaysia yang terdiri daripada Mohammad Faiz Mat Ruzi, Muhammad Zaid Zainuddin dan Tajul Ariffien Othman, hanya mengambil masa dua bulan mencipta makanan segera warisan terkenal negeri Cik Siti Wan Kembang itu.
Rasa produk tetap sama seperti nasi kerabu, namun didatangkan dalam bentuk mudah dibawa, senang dimasak dan harga berpatutan.  Ramuannya hanya menggunakan bahan asas seperti ikan kembung, ulaman pegaga, halia, daun sup, selum dan bawang, kelapa serta serbuk roti.  Produk seperti nuget ini melalui proses pembuatan yang tidak memerlukan teknologi tinggi.

Proses pembuatan dimulakan dengan mencampurkan semua bahan asas yang dikisar hingga hancur,  dibentuk seperti nuget dan disejuk beku dalam tempoh semalaman dengan suhu rendah. Ia hanya mampu bertahan selama tiga bulan manakala proses masakannya juga tidak boleh menggunakan api terlalu panas, hanya kira-kira 40 saat dan perlu diangkat.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/04

Comments

Popular posts from this blog

Bahagia Kasihmu

  Sebuah karya cinta yang telah diadaptasikan ke layar perak. Cerita berkisar tentang seorang gadis bernama Tasnim yang telah melalui zaman remaja di dalam sekolah Tunas Bakti, sebuah sekolah pusat pemulihan akhlak bagi wanita. Bila telah keluar dari sekolah tersebut Tasnim berazam untuk merubah corak kehidupannya yang suram kepada sebuah kehidupan yang lebih baik. Liku hidup baru yang ingin dicorakkannya tidak seindah yang dibayangkan. Banyak halangan dan rintangan yang terpaksa dilalui. Menarik cerita ini bagi bacaan santai anak muda.

Career vs rumahtangga

Career vs rumahtangga Ceramah Fiq tanyalah ustazah, Dewan besar 2, tingkat 3,  laman perdana. UiTM P.Pinang. Sinonim wanita dengan dapur, sumur dan bilik tidur (sorry lupa sebutan si penceramah).   Zaman firaun, menjadi hamba nafsu.   Kedatangan Islam memberi sinar kepada kaum wanita.   Allah menyuruh kaum wanita menutup aurat kerana faktor yang jelas, demi keselamatan kaum wanita, mengelakkan berlakunya maksiat, menutup aurat yang boleh menimbulkan ghairah kaum lelaki.   Juga mengelakkan fitnah. Dah kelaut sebenarnya saya nie,    Maaf saya malas nak menulis tangan, ada bawa buku nota dan pen, tapi disebabkan saya yakin dan percaya tulisan saya tu semulajadinya ke laut, jadi baiklah saya menaip je isi ceramah tu.   Apa salahnya wanita bekerjaya? Apa silapnya wanita bekerjaya.   Menurut penceramah carear women tu adalah bukan sekadar wanita yang bekerja untuk menyara hidup, tetapi lebih kepada wanita bekerjaya yang mempun...

Pedassssss.... biasa......

Ini tak tipu punya pedas Saya dah terjebak, anda bila lagi.  Kalau yang tak tahan pedas baik jangan dicuba-cuba kudapan ini.  Saya yang meminati kudapan ini pun hampir menangis dibuatnya.  Ini betul-betul pedas.  Jom bagi panas...