Skip to main content

Jangan ngadap Tv lama-lama

Usah lebih dua jam tonton TV

Harian Metro

Orang yang menghabiskan masa berjam-jam di hadapan televisyen mempunyai risiko untuk mati, menghidap diabetes dan penyakit jantung, demikian menurut kajian di Amerika Syarikat.

Cats_Watching_Cats_On_TV_08.jpg
Setiap hari, penduduk Amerika Syarikat menghabiskan purata lima jam menonton televisyen manakala Australia dan beberapa negara Eropah, antara tiga hingga empat jam sehari, kata penyelidik Sekolah Kesihatan Awam Harvard, Frank Hu.  Mengurangkan kembali menonton televisyen adalah satu cara yang penting untuk mengurangkan tingkah laku yang tidak aktif dan mengurangkan risiko kencing manis dan penyakit jantung,” katanya.  Orang yang duduk di hadapan televisyen bukan saja kurang bersenam, mereka memakan makanan yang tidak sihat.

Banyak kajian mendapati ia mempunyai hubungan kuat kepada obesiti. Satu laporan pada 2007 mendapati, menghabiskan banyak masa dengan televisyen dikaitkan dengan tekanan darah tinggi pada kanak-kanak yang gemuk.  Kajian pada tahun sama mendapati, kanak-kanak berlebihan berat badan yang menonton iklan makanan cenderung menggandakan pengambilan makanan mereka.

Kajian baru yang disiarkan dalam jurnal Persatuan Perubatan Amerika menyaksikan Hu dan pasukannya menyiapkan lapan kajian yang menyelidik hubungan antara televisyen dan penyakit ke atas lebih 200,000 orang dan purata umur antara tujuh hingga 10 tahun.  Menonton televisyen selama dua jam, risiko diabetes akan meningkat 20 peratus manakala risiko penyakit jantung meningkat 15 peratus.  Setiap dua jam, risiko kematian meningkat sebanyak 13 peratus.

Berdasarkan keputusan itu, Hu membuat kesimpulan, jika masa menonton televisyen dikurangkan dua jam sehari, ia mampu menghalang 176 kes baru diabetes, 38 kes penyakit kardiovaskular maut dan 104 kematian bayi pramatang setiap tahun.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/07

Comments

Popular posts from this blog

Bahagia Kasihmu

  Sebuah karya cinta yang telah diadaptasikan ke layar perak. Cerita berkisar tentang seorang gadis bernama Tasnim yang telah melalui zaman remaja di dalam sekolah Tunas Bakti, sebuah sekolah pusat pemulihan akhlak bagi wanita. Bila telah keluar dari sekolah tersebut Tasnim berazam untuk merubah corak kehidupannya yang suram kepada sebuah kehidupan yang lebih baik. Liku hidup baru yang ingin dicorakkannya tidak seindah yang dibayangkan. Banyak halangan dan rintangan yang terpaksa dilalui. Menarik cerita ini bagi bacaan santai anak muda.

Career vs rumahtangga

Career vs rumahtangga Ceramah Fiq tanyalah ustazah, Dewan besar 2, tingkat 3,  laman perdana. UiTM P.Pinang. Sinonim wanita dengan dapur, sumur dan bilik tidur (sorry lupa sebutan si penceramah).   Zaman firaun, menjadi hamba nafsu.   Kedatangan Islam memberi sinar kepada kaum wanita.   Allah menyuruh kaum wanita menutup aurat kerana faktor yang jelas, demi keselamatan kaum wanita, mengelakkan berlakunya maksiat, menutup aurat yang boleh menimbulkan ghairah kaum lelaki.   Juga mengelakkan fitnah. Dah kelaut sebenarnya saya nie,    Maaf saya malas nak menulis tangan, ada bawa buku nota dan pen, tapi disebabkan saya yakin dan percaya tulisan saya tu semulajadinya ke laut, jadi baiklah saya menaip je isi ceramah tu.   Apa salahnya wanita bekerjaya? Apa silapnya wanita bekerjaya.   Menurut penceramah carear women tu adalah bukan sekadar wanita yang bekerja untuk menyara hidup, tetapi lebih kepada wanita bekerjaya yang mempun...

Pedassssss.... biasa......

Ini tak tipu punya pedas Saya dah terjebak, anda bila lagi.  Kalau yang tak tahan pedas baik jangan dicuba-cuba kudapan ini.  Saya yang meminati kudapan ini pun hampir menangis dibuatnya.  Ini betul-betul pedas.  Jom bagi panas...