Kisahnya, kepala duk pening. Pening yang dicari, so takdelah sakit ati. Pening sesangat sebab dua tiga menjak nie, kepala teman asyik terbayang pisang aje. Tidur pisang, makan pisang, main pisang, makna katanya pisang ajelah. Disebabkan asyik terkenangkan pisang dua tiga menjak nie, so teman terfikirkan sesuatu. Terfikir nak buat innovasi makanan berasaskan pisang. So sesapa yang nak share idea, dipersilakanlah. Bolehlah nanti kita majukan pisang untuk negara.
So apa keistimewaan tempat nie, marilah kita sharekan bersama (untung-untung lepas nie teman pulak yang dilantik sebagai Duta Perak).
Ia terletak di bandaraya bersejarah Ipoh, Perak je. Kalau dalam perjalanan dari utara nak ke Kuala Lumpur tu, bolehlah singgah kat tempat nie. Lost World of Tambun menyediakan tempat riadah yang amat menarik untuk seisi keluarga dengan taman tema airnya (ada untuk kanak-kanak, dewasa dan campuran), tempat rekreasi seperti yang terdapat di sebelah gambar nie, ada taman haiwan (haiwan yang comel-comel sangat macam saya ahak....). Kawasan untuk menjamu selera, kolam air panas dan berbagai hiburan lagi yang for sure anda takkan terasa masa berjalan dengan pantas.
Taman tema ini telah dibuka since 2004, so dah agak lamalah jugak. dibka dari 12.00 tengahari sehingga 7.00malam (hari bekerja) dan pada hujung minggu ia dibuka lebih awal 10.00 pagi. Bayaran masuknya usah cerita, dulu rasanya cuma RM21.00 untuk dewasa dan RM16.00 untuk kekanak. Tapi saya pergi baru-baru nie, dah kena charge RM45.00 untuk dewasa dan kanak-kanak (aramak! lupalah pulak)
Sekali-sekala nak enjoy bolehlah datang sini. Kalau selalu, kopak juga poket dibuatnya. Makanan tidak dibenarkan dibawa masuk, pemeriksaan rapi akan dikenakan pada pengunjung ketika anda melepasi kaunter masuk. Memang teliti betul dia orang periksa, habis ceruk beg digodek dia orang. Maklumat lanjut:
Waktu operasi:
Isnin - Jumaat : 12.00 pagi - 6 petang
Hujung minggu dan cuti sekolah atau pun public holiday akan dibuka pukul 10.00 pagi.
Operasi Ditutup:
Setiap hari selasa kecuali cuti sekolah dan public holiday
Harga tiket:
Dewasa: RM45.00
Kanak-kanak (bawah 12 tahun): RM38.00
Orang tua: RM38.00
Kanak-kanak (ketinggian kurang 90cm): Percuma
Ha! okaylah, anda layanlah tengok gambar-gambar nie. Saya nak sambung memikir mengenai pisang balik. Emmm.... sedapnya balik karang kalau dapat goreng pisang atau jemput-jemput pisang. Nak up sikit ki ta gi Baskin Robin, minta dia sediakan Aiskrim yang meriah tu "Banana Split"... Kopak duit lagi....
Comments
Post a Comment