Skip to main content

Apa hukumnya makanan yang kita makan

Apakah anda sedar yang selama ini setiap molekul makanan francais dari barat mengandungi sistem Dajal?  Perasankah anda, ibu bapa anda lebih taat pada atuk dan nenek anda jika dibanding dengan anda.   Setelah berkeluarga dan mempunyai anak (alhamdulilah), saya sering mempersoalkannya di dalam hati.  Kenapa sukar benar hendak mendidik anak2 zaman sekarang, tidak seperti di zaman saya dahulu. 

Tahukah makanan apa yang anda sediakan untuk keluarga anda setiap hari?  Saya suka memasak, tetapi bila mempunyai kelapangan.  Dan pastinya saya amat yakin dan percaya surirumah, ibu2 berkerjaya hampir sependapat dengan saya.  Sama ada kita sedar ataupun tidak sebenarnya kita jauh lebih beremosi berbanding ibu dan bapa kita sewaktu mereka sebaya kita, Hem! kenapa yea?  Anda adalah hasil dari apa yang anda makan...Itu jawapan yang paling tepat.  Saya baru teringat, secara kebetulan semalam ketika melayan anak makan tengahari di kedai makan yang ada di salah sebuah kompleks belibelah, saya didatangi oleh seorang wanita muda.  Saya agak teruja dengan sapaan wanita muda ini.  "Kak! maaf saya mengganggu, saya ingin tahu makanan di sini benar2 halal atau tidak, sebabnya saya menjadi was-was bila melihat pekerjanya tiada yang muslim (semuanya pendatang)?".  Dalam keadaan yang masih tergamam dan terkejut saya menjawab, "Maaf untuk mengatakan halal atau haram makanan yang terdapat di sini, akak pun kurang pasti dan kurang arif mengenainya, tapi adik mungkin boleh pastikannya dengan memastikan bentuk makanan yang adik hendak makan itu bagaimana? Cara penyediaannya bagaimana?  pekerjanya pulak bagaimana?  Sebab itu jika adik lihat, anak akak sekarang cuma makan makanan daripada kedai yang totally pekerjanya muslim.  Ini akak pasti sebab salah seorang pekerjanya adalah bekas pelajar akak, dan akak bertanya padanya terlebih dahulu tentang isu ini". 

Oh!  sebenarnya amat kesian kepada kita semua.  Kita memang patut dikasihani, kerana biarpun berada di dalam sebuah negara Islam; permasalahan halal haram makanan yang dijamah masih membelenggu diri kita.  Kasihan diri kita dan kasihan pada generasi kita.  Dan tidak mustahil sebenarnya jika molekul2 dalam makanan barat dari sistem kawalan dajal telah memasuki fizikal anda semakin hari semakin mencengkam jiwa.  Info yang ingin saya kongsikan bersama ini saya ambil daripada pembacaan saya di dalam sebuah blog dan ditambah dengan sedikit ilmu yang saya ada.  Moga ianya menjadi satu ibadah buat saya, berkongsi ilmu dengan anda semua.

Berbalik kepada wanita muda tadi.  Saya amat kagum pada insan muda ini, yang sanggup membuang rasa ego dan malu demi untuk memastikan hukum makanan yang ingin dijamah.  Ini sebenarnya pengalaman pertama saya ditegur dan ditanya soalan sebegini.  Tahniah pada gadis muda tadi..... moga hidupmu dirahmati olehNya.  yang bersepah tanpa muka malu, memang ramai..... amat bangga bila dapat melanggar hukum Allah.  Makan di waktu siang pada bulan puasa, makan di kedai yang dimiliki oleh bukan Islam, makan makanan yang amat dikhuatiri status halal-haramnya, makan makanan yang memang disahkan status haramnya.  Nauzubillah, sangat ramai atas dasar "ini baru ikut trend".  Moga kita dan generasi kita dihindari dari semua ini.

Comments

Popular posts from this blog

Bahagia Kasihmu

  Sebuah karya cinta yang telah diadaptasikan ke layar perak. Cerita berkisar tentang seorang gadis bernama Tasnim yang telah melalui zaman remaja di dalam sekolah Tunas Bakti, sebuah sekolah pusat pemulihan akhlak bagi wanita. Bila telah keluar dari sekolah tersebut Tasnim berazam untuk merubah corak kehidupannya yang suram kepada sebuah kehidupan yang lebih baik. Liku hidup baru yang ingin dicorakkannya tidak seindah yang dibayangkan. Banyak halangan dan rintangan yang terpaksa dilalui. Menarik cerita ini bagi bacaan santai anak muda.

Career vs rumahtangga

Career vs rumahtangga Ceramah Fiq tanyalah ustazah, Dewan besar 2, tingkat 3,  laman perdana. UiTM P.Pinang. Sinonim wanita dengan dapur, sumur dan bilik tidur (sorry lupa sebutan si penceramah).   Zaman firaun, menjadi hamba nafsu.   Kedatangan Islam memberi sinar kepada kaum wanita.   Allah menyuruh kaum wanita menutup aurat kerana faktor yang jelas, demi keselamatan kaum wanita, mengelakkan berlakunya maksiat, menutup aurat yang boleh menimbulkan ghairah kaum lelaki.   Juga mengelakkan fitnah. Dah kelaut sebenarnya saya nie,    Maaf saya malas nak menulis tangan, ada bawa buku nota dan pen, tapi disebabkan saya yakin dan percaya tulisan saya tu semulajadinya ke laut, jadi baiklah saya menaip je isi ceramah tu.   Apa salahnya wanita bekerjaya? Apa silapnya wanita bekerjaya.   Menurut penceramah carear women tu adalah bukan sekadar wanita yang bekerja untuk menyara hidup, tetapi lebih kepada wanita bekerjaya yang mempun...

Pedassssss.... biasa......

Ini tak tipu punya pedas Saya dah terjebak, anda bila lagi.  Kalau yang tak tahan pedas baik jangan dicuba-cuba kudapan ini.  Saya yang meminati kudapan ini pun hampir menangis dibuatnya.  Ini betul-betul pedas.  Jom bagi panas...