Skip to main content

Bahagia yg dicari, jgn sampai nyusahkan orang.....

Hati memang tengah membara..... entahlah, mungkin sebab titik hitam masih wujud dalam diri.  Saya masih cuba untuk mengikhlaskan diri tapi tak berjaya.   Perlakuan insan tersebut amat menyakitkan hati saya.  Marah, geram, sakit hati bercampur menjadi satu.  Adakah ini tandanya hati saya masih tidak bersih????  Biar Allah yang menentukan, sebagai manusia saya juga punya kesilapan, punya perasaan yang kadangkala tidak dapat dikawal perasaannya.  Apa yang menyebabkan saya rasa cam nak jadi ribut taufan plus puting beliung, biarlah menjadi rahsia.  Tak baik nak citer kat sini.....

Hari nie saya membuat marathon membaca semua report Latihan industri yang dihantar ke meja saya.  Masih ada lagi yang belum menghantar dan baru nak menghantar.  Membaca hasil kerja orang nie memerlukan fokus yang tinggi sebabnya; nak memahami apa yang cuba mereka perkatakan bukanlah sesuatu yang mudah.  Ada juga pelajar yang plagiat hasil kerja.  Tak tahu siapa yang bersalah, tapi hukuman mandatorinya adalah siapa yang meniru dan memberi keizinan hasilnya untuk ditiru adalah dua2 diandaikan bersalah.  Mudah kerja bagi saya, sebabnya tak payah nak baca kesemuanya sekali.  Ada pula yang hantar cam seumur hidup tak pernah membuat assignment.  Very frustrated.... ini ke hasil kerja pelajar yang dah nak tamat belajar??? Rasa cam nak campak buang dan nak koyak-koyakkan je report tersebut.  Tapi apa pun masih banyak yang berjaya membuat dengan baik report Latihan Industri ini sebenarnya.

Kepala pun dah clear sikit, tak serabut cam pagi tadi sebab saya dah siapkan kesemua tugasan untuk hari ini, cumanya mata semakin layu dan goreng pisang bersama kopi panas seolah melambai.  Harap-harap balik karang ada goreng pisang dijual oleh peniaga tepi jalan.

Comments

Popular posts from this blog

Bahagia Kasihmu

  Sebuah karya cinta yang telah diadaptasikan ke layar perak. Cerita berkisar tentang seorang gadis bernama Tasnim yang telah melalui zaman remaja di dalam sekolah Tunas Bakti, sebuah sekolah pusat pemulihan akhlak bagi wanita. Bila telah keluar dari sekolah tersebut Tasnim berazam untuk merubah corak kehidupannya yang suram kepada sebuah kehidupan yang lebih baik. Liku hidup baru yang ingin dicorakkannya tidak seindah yang dibayangkan. Banyak halangan dan rintangan yang terpaksa dilalui. Menarik cerita ini bagi bacaan santai anak muda.

Career vs rumahtangga

Career vs rumahtangga Ceramah Fiq tanyalah ustazah, Dewan besar 2, tingkat 3,  laman perdana. UiTM P.Pinang. Sinonim wanita dengan dapur, sumur dan bilik tidur (sorry lupa sebutan si penceramah).   Zaman firaun, menjadi hamba nafsu.   Kedatangan Islam memberi sinar kepada kaum wanita.   Allah menyuruh kaum wanita menutup aurat kerana faktor yang jelas, demi keselamatan kaum wanita, mengelakkan berlakunya maksiat, menutup aurat yang boleh menimbulkan ghairah kaum lelaki.   Juga mengelakkan fitnah. Dah kelaut sebenarnya saya nie,    Maaf saya malas nak menulis tangan, ada bawa buku nota dan pen, tapi disebabkan saya yakin dan percaya tulisan saya tu semulajadinya ke laut, jadi baiklah saya menaip je isi ceramah tu.   Apa salahnya wanita bekerjaya? Apa silapnya wanita bekerjaya.   Menurut penceramah carear women tu adalah bukan sekadar wanita yang bekerja untuk menyara hidup, tetapi lebih kepada wanita bekerjaya yang mempun...

Pedassssss.... biasa......

Ini tak tipu punya pedas Saya dah terjebak, anda bila lagi.  Kalau yang tak tahan pedas baik jangan dicuba-cuba kudapan ini.  Saya yang meminati kudapan ini pun hampir menangis dibuatnya.  Ini betul-betul pedas.  Jom bagi panas...