Tanah orang Melayu RM2b kini milik ceti
Oleh Faridzwan Abdul Ghafar
faridzwan@bharian.com.my
2011/11/24
Waris Pulau Pinang tumpang tanah sendiriMembaca tajuk beritanya saja sudah membuatkan hati saya merasa sayu. Mengikut apa yang dikatakan oleh saudara Faridzwan, sebanyak 252 lot tanah dianggarkan bernilai RM2 bilion membabitkan kediaman dan dusun, yang kebanyakan milik orang Melayu Pulau Pinang dirampas oleh Chettiar atau ceti sebagai gantian cagaran pinjaman nenek moyang mereka beberapa dekad lalu tanpa disedari waris sekarang. Kebanyakkannya terletak di 13 mukim dalam daerah Barat Daya. Kini kesemuanya sudah bertukar hak milik kepada 543 individu daripada golongan berkenaan yang kini dipercayai menetap di India. Dalam hati sempat berbicara, "entahkan kaum kerabat Chettiar ini pun mungkin tak sedar yang mereka mempunyai warisan tanah di Pulau Pinang.
Gadaian tanah berlaku berikutan kegagalan melunaskan pinjaman, ceti mengambil alih tanah itu tanpa disedari, orang Melayu menumpang di tanah mereka sendiri dan ia diteruskan oleh waris mereka sehingga ke hari ini. Sedihnya, apa lagi yang tinggal pada Melayu Pulau Pinang. Difahamkan, antara lot tanah itu terletak di kawasan perkampungan Melayu di Bayan Lepas; Permatang Damar Laut; Teluk Kumbar; Balik Pulau; Teluk Bahang; Gertak Sanggul; Kampung Seronok dan Kampung Binjai.
Seorang peguam yang arif dengan pentadbiran tanah di Pulau Pinang memberitahu Berita Harian, kebanyakan orang Melayu yang mewarisi lot itu langsung tidak menyedari tanahnya sudah digadai nenek moyang mereka kepada golongan ceti sebelum Perang Dunia Kedua kerana ingin mendapatkan pinjaman wang tunai. “Berikutan kegagalan melunaskan pinjaman, ceti mengambil alih tanah itu tanpa disedari, orang Melayu menumpang di tanah mereka sendiri dan ia diteruskan oleh waris mereka sehingga ke hari ini,” kata peguam berkenaan. Malahan, ada antara tanah berkenaan berkeluasan 72.8 hektar dengan nilai mencecah hingga RM350 juta berpindah milik kepada ceti kerana pemilik asalnya gagal melunaskan hutang yang hanya RM350 sejak tujuh dekad lalu. Keadaan itu berlaku kerana pada zaman sebelum merdeka, banyak pemilik asal lot tanah berkenaan menggadaikan tanah kepada ceti bagi mendapatkan wang untuk perbelanjaan majlis perkahwinan anak mereka
Oh! bangsaku. Bangkitlah! sedarlah! sejarah tidak dapat diulang semula tetapi hari yang mendatang harus kita bijak merencanakannya agar bangsa kita Melayu tidak terhakis di tanah air sendiri. Agar kita tidak lagi dijajah minda dan tidak lagi bertuankan kaum dan bangsa lain di bumi sendiri. Saya sayangkan bumi Malaysia, ini bumi yang dasarnya telah tertumpah keringat, darah dan air mata nenek moyang kita. Kita perlu memerdekakan minda dan diri kita, agar pengorbanan mereka yang terdahulu tidak menjadi sia-sia.
Comments
Post a Comment