Skip to main content

Posts

citer hari ke 6 raya 2011

Masih dalam mood raya lagi ke?? Jujur raya kali ini saya cuma merasakan kemeriahan raya pada malam raya sahaja, di mana dikala itu suara takbir raya kedengaran sayu diperdengarkan di stesen2 TV dan radio.  Bila pulang ke kampung (ala... sepelaung je dari rumah saya, adalah dalam anggaran 45 minit jauh perjalanan dari umah saya ke kampung).  Memang terasa pilu, sebabnya sepanjang perjalanan kami melewati kawasan perumahan, jalan utama (highway) dan kemudiannya menyusuri kawasan perkampungan (yang dah tentunya siap terpasang lampu2 panjut dan ada surau dan masjid yg mengalunkan takbir); peh! time tu memang rasa cam naak meraung menyembah kaaki ayahbonda. Keesokkan harinya, di pagi raya, kemeriahan itu semakin terhakis.  Don't know why? padahal rumah ibu di kampung seberang jalan aje, tersergam masjid.  Sepatutnya kemeriahan itu amat terasa.  Tapi tidak, tidak bagi saya.  Sebab pertamanya ialah biarpun masjid cuma seberang jalan aje dari rumah saya, suar...

Brader... apahal lu nie??

Tumbuk bini????  Suka hati jewkan.  Itulah, time suka, time bercinta cam nak kendong je bini tu.  Bila dah lama kawin, jangankan memuji nak pandangpun kekadang naik menyampah.  Dah lama kawin, dah lama hidup bersama; menyampahnya tahap gaban.  Padahal bini tu punyalah cun melecun cam Rozita Che Wan.  Duk terasa kat hati, bini dah cam muka kapal selam pecah kena bom atom.  Adeh! suka hati je ko jang, ngata bini gitu.  Bini tu sampai tua sambut ko balik kerja kat muka pintu tu pun; duk kena marah.  Ada juga yang sound bini, "awak nie nape?? buang tebiat ke pa.... lain kali jangan buat saya camnie".  "Boleh mati cepat saya kalau selalu camnie, terkejut... sakit jantung saya cam nampak hantu pontianak". Ter"emo..."lah pulakkan. Nie ha, teringat teman tetiba satu citer kat suratkhabar nie: Hanya kerana meminta wang untuk membelikan baju raya bagi anak-anaknya, seorang suri rumah patah tulang hidung ditumbuk suaminya.  Entah apalah ...

Anak dunia akhir zaman

Petikan akhbar dari harian metro, 23hb. 8.2011. Anak gadis pukul ibu OKU kerana hidang makanan tak sedap Ya! Allah..... apa nak jadi dunia sekarang nie????  membaca tajuk berita ini sahaja membuatkan saya terpana.  Belum lagi membacanya, bila membaca hati beristirafar panjang.  Moga anak saya tidak akan terdorong bersikap sebegini.  Moga anak kita tidak sebegini......  Inilah petanda dunia akhir zaman, hilang rasa hormat; bila hamba melahirkan tuan.....  Mengikut cerita yang disampaikan dalam petikan akhbar terbabit (METRO), dalam kejadian itu, ibu malang berusia 46 tahun berkenaan dikatakan menyediakan makanan untuk keluarganya seperti biasa sebelum anak gadisnya berusia 16 tahun menjamah makanan terbabit. Setelah merasa masakan ibunya, gadis terbabit mengamuk dan memaki-hamun ibunya sambil mengatakan makanan terbabit tidak sedap.  Udahlah bukan si anak yang memasak, dah dibagi makan tak tahu pulak nak bersyukur.  Entah apa yang merasuk fikir...

uish..... bapak ganas hamba Allah nie

4 hari kurung kekasih suami Oleh Mohd Firdaus Ibrahim, Muhaamad Hafis Nawawi dan Anas Hassan Tetiba saya terasa nak berkongsi artikel nie bersama anda semua.  Dalam kita mengejar duniawi jangan pulak kita lupa sifat insani.  Moga bekalan dunia dan akhirat berada dalam imbangan yang betul. am@hmetro.com.my GOMBAK: Tangannya digari, kepalanya dibotakkan manakala sebatang gigi depan dicabut dengan playar ketika dikurung selama empat hari di sebuah rumah.  Itu nasib seorang wanita berusia 31 tahun yang diculik isteri kekasihnya yang berang dengan tindakan mangsa menjalin hubungan sulit dengan suaminya.  Sumber polis berkata, sepanjang dijadikan tahanan, mangsa didera dan tidak diberikan makanan, malah suspek meminta wang tebusan daripada suaminya atau mangsa akan dibunuh.  Dari Abî Hurairah –radhiyallâhu ‘anhu- ia berkata: “Rasulullâh – shallallâhu ‘alaihi wa sallam – bersabda: ‘Siapa menipu dan merusak (hubungan) seorang hamba sahaya dari tuannya, maka i...

Bicara hati....

Attitude..attitude..attitude...... Sangat menyakitkan hati bila bercakap tentang attitude bebudak zaman sekarang nie.  Bukan semua, tetapi yang sebilangan kecil itulah yang mencurahkan dakwat hitam pada kekawan yang putih bersih.  Ini pengalaman saya, pengalaman yang saya alami selama menjadi seorang tenaga pengajar di IPTA.  Baru first year dah pandai buat hal dan timbulkan masalah..... hancur! tak terasa kesian langsung pada ibu bapa yang mengeluarkan kos (yang dah tentu bukan sedikit) untuk pendaftaran kemasukkan para pelajar ini.  Terlupa aku janji yang dibuat dengan pihak IPTA.  Pada hal bukan ada sapa paksa pun untuk belajar, bukan ada sapa suruh pun pilih sekian2 course, tak de sapa pun yang letak senapang gajah kat batang hidung kalau tak nak sign aku janji.  But they're start to create the problem to their members, group members, lecturer and of coz faculty and top management also. Bagi saya, student yg tak berattitude camnie, please look back at...

Berkat ramadhan...

Lega rasa hati, first days ramadhan menjelma bagi tahun 2011.  Urusan kerja saya dapat dilaksanakan dengan begitu mudah sekali.  Tiada langsung birokrasi, malahan individu2 yg perlu saya temui memberi kerjasama dengan begitu baik sekali.  Maka, hajat di hati utk segera pulang ke Penang berbunga mekar dalam hati.  Selepas selesai segala urusan saya bergegas mendapatkan bas utk pulang ke Penang.  Terasa lama perjalanan kali ini, sebab saya asyik terbayangkan anak yang menangis ketika saya memberitahu mereka yang saya akan pergi lama dan hanya akan pulang di pagi raya.  Niat utk mengusik, tetapi bila melihat mereka menangis saya jadi tergamam.  Ish! terasa jahatnya mulut nie kerana membuatkan air mata si anak menitik. Seminggu berpuasa saya mendapat panggilan dari teman.  Teman saya meminta agar saya dapat meluangkan masa utk memberi ceramah di USM.  Hu..hu..hu.... terasa diri ini terlalu kerdil utk menyampaikan ceramah tersebut.  Teringa...

Lagi isu halal-sosej babi

  Tak habis-habis dengan isu halal (berkaitan logo halal).  Kita berada di dalam negara Islam yang mana umat islamnya terpaksa berwaspada ketika membeli barangan keperluan harian.  Kenapakah perkara seperti ini boleh terjadi?  Dimanakah kesilapan kita?  Membaca artikel di dalam harian metro ini memberi satu lagi gambaran jelas berkaitan isu halal di negara kita. Oleh Muhammad Saufi Hassan saufi@hmetro.com.my   KUALA LUMPUR: “Saya pernah menetap di Sepanyol dan setahu saya perkataan ‘chorizo’ merujuk kepada sosej diperbuat daripada babi, jadi saya hairan bungkusan produk itu turut tertera logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).”   Itu kata seorang wanita dikenali sebagai Aira, 30-an dalam aduannya kepada Harian Metro semalam, berhubung penjualan sosej disyakinya diperbuat daripada babi di sebuah pasar raya, di sini.   Semakan Harian Metro mengenai perkataan ‘chorizo’ di Wikipedia mendapati ia merujuk kepada beberapa jenis s...