Attitude..attitude..attitude...... Sangat menyakitkan hati bila bercakap tentang attitude bebudak zaman sekarang nie. Bukan semua, tetapi yang sebilangan kecil itulah yang mencurahkan dakwat hitam pada kekawan yang putih bersih. Ini pengalaman saya, pengalaman yang saya alami selama menjadi seorang tenaga pengajar di IPTA.
Baru first year dah pandai buat hal dan timbulkan masalah..... hancur! tak terasa kesian langsung pada ibu bapa yang mengeluarkan kos (yang dah tentu bukan sedikit) untuk pendaftaran kemasukkan para pelajar ini. Terlupa aku janji yang dibuat dengan pihak IPTA. Pada hal bukan ada sapa paksa pun untuk belajar, bukan ada sapa suruh pun pilih sekian2 course, tak de sapa pun yang letak senapang gajah kat batang hidung kalau tak nak sign aku janji. But they're start to create the problem to their members, group members, lecturer and of coz faculty and top management also.
Bagi saya, student yg tak berattitude camnie, please look back at yourself. Fikirkan balik tindakan anda. Jika merasa belajar merupakan suatu bebanan, cakap dengan ibu ayah serta pihak faculty, you want to drop certain subject or maybe you can change to other courses. Jangan buang masa belajar sesuatu yang anda tak minat untuk mempelajarinya. Jangan buang masa untuk menyiapkan tugasan yang anda paksa rela untuk menyudahkannya dan jangan buang masa lecturer memberi ilmu yang tak mungkin akan anda hargai. Tiada makna, buatlah camnepun jika diteruskan juga benda atau perkara yang anda tidak minati, sama cam anda membinasakan diri sendiri.
Bagi saya student yang berattitude adalah student yang meminati setiap apa yang mereka lakukan. Melaksanakan tugasan dengan sepenuh hati dan kerelaan (tade paksa rela); datang ke kelas seawal yang mungkin (kalau boleh mereka ingin berada di kelas sebelum lecturer masuk class lagi) seolah nak jumpa kekasih hati lagaknya. Berpakaian kemas dan nampak keceriaan dan keihlasan untuk belajar. Oh! saya mudah jatuh sayang pada student yang camnie (tapi nak jumpa selalunya memang payah). Bagaimana pula dengan yang tidak berattitude?? disebaliknyalah pulak. Sampai kekadang kita sendiri nak pandang muka dia orang pun menyampah. Bukan kita jeww... rasa camtu, tukang kebun pun boleh rasa yang sama. Ah! nyampah betul dibuatnya. Bukan setakat menyampah, nak mengajar pun boleh buat mood down. Boleh mematahkan semangat kita yang berkobar2 nak ngajar nie. Saya selalu menyabarkan hati dan memujuk diri kerana bimbang ilmu yang dicurahkan itu tidak menjadi "berkat" pada student.
Comments
Post a Comment