Skip to main content

Posts

Bila kerja bertimpa-timpa

  Beberapa minggu lagi saja (mungkin lagi 2 minggu rasanya) sesi kuliah akan membuka tirai. Maknanya bagi saya dan rakan yang lain dalam 1-2 bulan ini berbagai amanah tugas perlu diselesaikan, terutamanya berkaitan pendokumentasian bahan-bahan kerja dan pencapaian pada semester lepas. Pada masa ini juga, berbagai bengkel bagi pemantapan kerjaya akan diadakan oleh pihak berkaitan.    Pada masa yang sama kena pandai-pandai cari masa untuk menulis bahan penulisan ilmiah (atau dalam bahasa mudah journal). Kadang nampak luaran macam santai saja kerjaya pensyarah ini, tapi hakikatnya banyak beban tugasan yang perlu dilaksanakan disamping amanah hakiki mengajar anak bangsa. Untuk mingu ini saya baru sahaja menyiapkan tugasan E-TP, E-CF, OBE, dan bahan mengajar bagi semester hadapan. 4 kelas tutorial dan 1 kelas amali.    On going sedang menyiapkan QBS template. Sudah ini dinamakan amanah, jom kita enjoy dengan apapun tugasan yang diamanahkan pada kita. Mo...
Recent posts

Amanah pendidik

Assalamualaikum dan salam penuh ukhwah. Sambutan hari guru baru sahaja berlalu.  Saban tahun disambut dengan begitu meriah dan bagi saya disambut dengan cara yang agak berlebih-lebihan. sedikit perkongsian yang saya ambil dari http://mrscd.wordpress.com/2008/03/23/pendidik-dalam-islam/ MUKADIMAH   Para Nabi a.s adalah seafdal-afdal makhluk di sisi Allah s.w.t dan diikuti oleh Ulama’ (ahli ilmu) kerana Ulama’ itu ialah pewaris para Nabi. Para Nabi a.s tidak mewariskan mereka dengan dinar atau dirham akan tetapi dengan ilmu. Rasulullah s.a.w adalah pendidik yang teragung. Baginda mendidik umatnya melalui Al-Quran dan As-Sunnah. Allah s.w.t berfirman: “ Ya Tuhan kami, utuslah untuk mereka seorang Rasul dari kalangan mereka, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat engkau dan mengajarkan kepada mereka Al-Kitab (Al-Quran) dan Al Hikmah (As-Sunnah) serta mensucikan mereka. Sesunguhnya Engkaulah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”. (Surah Al-Baqarah : 129)   Ole...

Di situ aku bersujud

Di situ aku bersujud hasil karya Nurulhuda lebih merupakan kepada penceritaan berkaitan pengalaman dan perjalanan hidup yang beliau tempuhi.  Nostalgia di zaman kanak-kanak, dimana beliau tinggal bersama kedua atuk dan nenek yang kuat beribadah dan malam yang dipenuhi dengan solat tahajud dan bacaan kitab suci dari kedua datuk dan nenek ini menjadi peneman tidur malam beliau.  Suasana dan persekitaran yang Islamik di mana ketika itu beliau membesar di negeri Johor banyak membentuk diri beliau. Perpindahan keluarga ke Utara tanahair juga mewarnakan lagi lanskap liku hidup beliau dimana solat menjadi keutamaan di sekolah.  Kemudiaannya beliau belajar di MRSM, Pusat Persediaan Pelajar dan seterusnya dapat menempatkan diri belajar ke Negara asing; banyak menguji jati diri beliau dan solat menjadi keutamaan dalam penceritaan buku ini.  Di kelilingi sahabat-sahabat yang baik, membantu dalam susah dan senang kehidupan di rantauan.  Beruntungnya beliau kerana di...

Pedassssss.... biasa......

Ini tak tipu punya pedas Saya dah terjebak, anda bila lagi.  Kalau yang tak tahan pedas baik jangan dicuba-cuba kudapan ini.  Saya yang meminati kudapan ini pun hampir menangis dibuatnya.  Ini betul-betul pedas.  Jom bagi panas...

Allah Loves Me

Allah Loves Me Hasil kisah benar yang dilalui oleh penulis buku ini.  Pengalaman hidup yang dilalui dari kecil, remaja dan hingga kini digarap dengan begitu teliti.  Sukar untuk mencari helaian yang membosankan untuk dibaca dalam buku ini.   Tinggal bersama ibubapa yang berantakkan dan anak terutamanya penulis sering menjadi mangsa menyebabkan penulis lebih selesa menghabiskan zaman kecilnya bersama nenek kesayangan.  Aneh buat anak kecil ini (penulis) didera (secara lisan atau fizikal) sedari kecil oleh ibu kandung menyebabkan penulis perlu berusaha untuk kekal hidup.  Perpindahan ke ladang, aktiviti memancing dan waktu senggang yang diisi bersama nenek banyak mewarnai kehidupan beliau. Zaman remaja dan dewasa juga tidak begitu indah.  Jatuh bangun tanpa ada yang peduli menyebabkan penulis sering berpindah randah dan menukar kerja.  Penglibatan dalam angkatan tentera juga tidak begitu mengujakan penulis tapi memberi kemahiran yang...

Tuhan Sayang Aku

Tuhan Sayang Aku Hasil garapan penulisan pengalaman beberapa orang tokoh saudara baru.  Hasil perkongsian yang baik.  Para penulis ini tidak lokek untuk bercerita kisah mereka sebelum dan selepas mereka bergelar saudara Islam.  Kebanyakkannya mempunyai susur-galur pengalaman yang pahit, kehidupan yang agak sukar, keluarga yang berpecah belah, tiada arah tuju dan kekurangan kasih sayang serta perhatian keluarga. Pengalaman dan kisah yang berbeza bagaimana mereka boleh mendapat hidayah dan dibukakan hati untuk belajar sesuatu tentang agama Islam.  Hampir kesemuanya merasa sesuatu yang berbeza apabila mula mendekati Islam.  Perubahan kehidupan, dikecam pada awalnya dan bagaimana kemudian mereka menjadi kuat dan diberi kelebihan untuk membantu saudara baru yang lain.   Ada antara mereka yang kita kenali merupakan insan seni dan menjadi pendakwah hebat.  Inspirasi yang harus dikongsi bagaimana mereka yang dulunya tiada pengetahuan langsung...

5 Avenger- isu bank punya hal

xminta banyak Cuma minta bank2 boleh apply semula kegunaan buku2 akaun untuk pelanggan. Ketelusan tu penting. Macam saya yang bukan orang ada2 nie, melihat dan membelek buku akaun bank boleh berikan semangat buat kami untuk terus menyimpan. Membelek buku akaun tu kadang2 lebih dari membelek gambar kekasih hati uolls. Bayangkanlah betapa kami amat menyayangi dan menghargai buku2 simpanan bank nie. Bukan mahalpun kosnya, jika dibandingkan dengan jumlah simpanan yang dibuat oleh penyimpan. Sistem yang banyak digunapakai sekarang seperti tidak menghargai pelanggan. Jenuh minta penyata baru dapat itupun diprint dalam helaian kertas saja. Begitu juga sistem penyimpanan wang di bank yang perlu disertakan dengan kad pengenalan orang yang ingin kita masukkan wang ke akaun simpanannya. Terutama bila kita ingin menyimpan untuk anak2. Tolonglah! nak simpan wang aje kut, bukannya apapun. Kalau anak duk jauh atau tinggal di asrama tunggu cuti sekolahlah baru boleh menyimpan. Yang bank in kat ...