Skip to main content

Di situ aku bersujud


Di situ aku bersujud hasil karya Nurulhuda lebih merupakan kepada penceritaan berkaitan pengalaman dan perjalanan hidup yang beliau tempuhi.  Nostalgia di zaman kanak-kanak, dimana beliau tinggal bersama kedua atuk dan nenek yang kuat beribadah dan malam yang dipenuhi dengan solat tahajud dan bacaan kitab suci dari kedua datuk dan nenek ini menjadi peneman tidur malam beliau.  Suasana dan persekitaran yang Islamik di mana ketika itu beliau membesar di negeri Johor banyak membentuk diri beliau.

Perpindahan keluarga ke Utara tanahair juga mewarnakan lagi lanskap liku hidup beliau dimana solat menjadi keutamaan di sekolah.  Kemudiaannya beliau belajar di MRSM, Pusat Persediaan Pelajar dan seterusnya dapat menempatkan diri belajar ke Negara asing; banyak menguji jati diri beliau dan solat menjadi keutamaan dalam penceritaan buku ini.  Di kelilingi sahabat-sahabat yang baik, membantu dalam susah dan senang kehidupan di rantauan.  Beruntungnya beliau kerana dikelilingi sahabat yang menitik beratkan hal berkaitan solat.  Bekerja sementara di kilang semasa belajar dirantauan, kemudian bekerja di sebuah kedai makan milik muslim di rantauan, ketika berlibur, menghadiri kuliah ada diselitkan kisah berkaitan solat.  

Keutamaan mengerjakan solat sentiasa diletak ditempat yang teratas dalam diri beliau.  Dan ini dipraktikkan pada anak-anak beliau juga.  Ketika pulang ke tanah air dan berumahtangga serta bekerjaya, beliau mengarap kisah berkaitan solat di dalam setiap urusan harian dan bagusnya cara penceritaan penulis membuatkan kita merasa solat itu bukan suatu alasan dan beban.

Bahan bacaan yang menarik, santai dan nostalgik.  Penceritaan juga tidak terlalu berat membuatkan pembaca tidak merasa bosan.  Buku ini saya beli dengan harga RM20.00.


Comments

Popular posts from this blog

Bahagia Kasihmu

  Sebuah karya cinta yang telah diadaptasikan ke layar perak. Cerita berkisar tentang seorang gadis bernama Tasnim yang telah melalui zaman remaja di dalam sekolah Tunas Bakti, sebuah sekolah pusat pemulihan akhlak bagi wanita. Bila telah keluar dari sekolah tersebut Tasnim berazam untuk merubah corak kehidupannya yang suram kepada sebuah kehidupan yang lebih baik. Liku hidup baru yang ingin dicorakkannya tidak seindah yang dibayangkan. Banyak halangan dan rintangan yang terpaksa dilalui. Menarik cerita ini bagi bacaan santai anak muda.

Career vs rumahtangga

Career vs rumahtangga Ceramah Fiq tanyalah ustazah, Dewan besar 2, tingkat 3,  laman perdana. UiTM P.Pinang. Sinonim wanita dengan dapur, sumur dan bilik tidur (sorry lupa sebutan si penceramah).   Zaman firaun, menjadi hamba nafsu.   Kedatangan Islam memberi sinar kepada kaum wanita.   Allah menyuruh kaum wanita menutup aurat kerana faktor yang jelas, demi keselamatan kaum wanita, mengelakkan berlakunya maksiat, menutup aurat yang boleh menimbulkan ghairah kaum lelaki.   Juga mengelakkan fitnah. Dah kelaut sebenarnya saya nie,    Maaf saya malas nak menulis tangan, ada bawa buku nota dan pen, tapi disebabkan saya yakin dan percaya tulisan saya tu semulajadinya ke laut, jadi baiklah saya menaip je isi ceramah tu.   Apa salahnya wanita bekerjaya? Apa silapnya wanita bekerjaya.   Menurut penceramah carear women tu adalah bukan sekadar wanita yang bekerja untuk menyara hidup, tetapi lebih kepada wanita bekerjaya yang mempun...

Pedassssss.... biasa......

Ini tak tipu punya pedas Saya dah terjebak, anda bila lagi.  Kalau yang tak tahan pedas baik jangan dicuba-cuba kudapan ini.  Saya yang meminati kudapan ini pun hampir menangis dibuatnya.  Ini betul-betul pedas.  Jom bagi panas...