Skip to main content

Posts

Mengenang nasib Melayu

MENGENANG MASA DULU by Dr. Mahathir bin Mohamad on Sunday, December 18, 2011 at 7:20pm.  (Nukilan ini saya ambil dari blog Insan yang saya hormati Tun Dr. Mahathir, moga menjadi ingatan, peringatan dan aspirasi buat kita generasi baru) Pulau Pinang negerinya baru Kapten Light menjadi Raja Bila terkenang zaman dahulu Duduk mengalir air mata 1. Pantun ini dikarang oleh “tukang karut” pasukan boria di Pulau Pinang di zaman British. 2. Kita jarang mendengar pantun ini sekarang, Tetapi semasa saya masih budak belasan tahun, saya sering mendengarnya. Sedikit sebanyak saya rasa sedih juga. Air mata tidak mengalir tetapi ia menghantui fikiran saya. 3. Orang Melayu Pulau Pinang pada zaman itu sudah hilang kedudukan mereka dalam pulau yang membangun dengan pantas hasil daripada pengisytiharannya sebagai pulau bebas cukai oleh British. Sementara deretan kedai dan rumah batu seperti mahligai diduduki oleh orang lain, mereka, orang Melayu terpaksa pindah melarikan dir...

Kucing kaya....

Kucing warisi harta RM39j Nie gambar hiasan je tau.... bukan kucing nie yang dapat harta tu Saya tertarik untuk membincangkan isu kaya-raya tetiba nie.  Untungnya badan..... Pernahkah nada semua membayangkannya, tetiba je dari kehidupan yang sedang-sedang bertukar kepada kehidupan yang tak disangka seperti ini.  Wah! mesti seronokkan?.  Tipu kalau ada yang kata "Saya tak pernah impikan sebuah kehidupan yang mewah", tipu sesangat...... cuma akan menjadi betul jika dilanda cinta, time tu akan ada ayat sebegini "saya tak pernah impikan sebuah kehidupan yang mewah, cukuplah jika abang ada disisi saya".  Ayat mabuk kepayang..... Oh! saya tak dapat bayangkan jika kehidupan saya dilimpahi kekayaan.  Tak tahu kat mana nak perabis sebabnya saya nie orangnya sederhana sahaja, tidak goyah dengan sebarang tarikan duniawi.  Simple je, janji ada barangan asas untuk kehidupan harian sudah memandai.  Sebab itu saya cuma memakai handphone bila adik kandu...

Apakah ini.....????

Den cukup tak suka kalau sesuatu sistem diubah tanpa ada pembaharuan yang akan menyenangkan lagi pengguna.  Apa kata anda?  Saya rasa semua orang pun akan bersetuju dengan statement saya ini.  Pembaharuan bermaksud penambah baikkan yang akan menyenangkan lagi kerja seseorang bukannya akan menyusahkan bin menyeksakan pengguna.

Sarapan apa?

Sarapan ringkas berhasiat Bagi yang mempunyai anak pasti, saat hendak melelapkan mata, fikiran terlebih dahulu menerawang merangka resepi atau sajian untuk keluarga untuk disediakan sebagai sarapan, makan tengahari dan malam keluarga keesokkan hari. Meletihkan, memenatkan dan sangat mencabar kreabiliti untuk menjadi seorang ibu sebenarnya. Beban akan lebih terasa seandainya anda juga punya tanggugjawab di tempat kerja.  Double plus extra beban jika anda bukan seorang yang pandai memasak seperti saya. Menu sudah terangka, masakan sudah tersedia tapi ada cabaran lain pulak yang menanti.  Cabaran untuk membentuk dan memastikan anak mengikut rutin harian bersarapan yang betul setiap pagi secara berterusan.  “Amalkan pengambilan sarapan yang berkhasiat paling tidak pun sediakan roti dan susu namun dalam kuantiti yang sedikit terlebih dulu bagi membiasakan diri anak mengambil makanan pada awal pagi.  Oh! saya pernah mengalami keadaan patah hati bila anak tak mahu menja...

Melayu.....

MELAYU OH MELAYU by Dr. Mahathir bin Mohamad on Tuesday, March 22, 2011 at 11:31am.1. (Perkongsian ilmu ini saya ambil dan kongsikan bersama anda dari laman blog Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, insan yang amat saya kagumi ketokohannya, moga intipati dari laman ini dapat menyedarkan kita semua; tentang nasib bangsa kita). Saya sedih. Saya amat sedih apabila mendengar seorang orang Melayu yang mendakwa dia kecewa kerana dia dilahir berbangsa Melayu.  Kekecewaannya disebabkan dia tidak dilahir hanya sebagai orang Islam.  Sesungguhnya tidak ada manusia yang dilahir tidak berbangsa. Mungkin ada yang tidak bernegara (stateless) tetapi mereka juga mempunyai bangsa, walaupun tidak diiktiraf oleh negara mereka sendiri. Jika dianya daripada kaum pendatang maka dianya akan menjadi bangsa kaum pendatang. Jika dianya dilahir dalam masyarakat Orang Asli sekalipun dia tidak dapat lari daripada menjadi anggota suku kaum berkenaan.  Sesuatu bangsa itu dikenali dengan tempa...

Pisang dan kisah di Lost World of Tambun, Perak

Kisahnya, kepala duk pening.  Pening yang dicari, so takdelah sakit ati.  Pening sesangat sebab dua tiga menjak nie, kepala teman asyik terbayang pisang aje.  Tidur pisang, makan pisang, main pisang, makna katanya pisang ajelah.  Disebabkan asyik terkenangkan pisang dua tiga menjak nie, so teman terfikirkan sesuatu.  Terfikir nak buat innovasi makanan berasaskan pisang.  So sesapa yang nak share idea, dipersilakanlah.  Bolehlah nanti kita majukan pisang untuk negara. Di waktu yang sama, hati terkinja-kinja nak gi jejalan.  Padahalnya satu innovasi makananpun tak terhasil lagi.....  Takpelah, kita buat slow-slow.  Nie ari nie teman nak bercerita jugak tentang Lost World of Tambun, Perak.  Sebabnya, dalam bebanyak dunia yang dah hilang la nie, anak teman kalau tanya pendapat nak gi mana, mesti tempat nie yang dia orang suggestkan. So apa keistimewaan tempat nie, marilah kita sharekan bersama (untung-untung lepas nie ...

Tahun baru yang haru

Saya tidak menjangkakan sebarang sambutan, pengharapan dan persediaan untuk tahun baru.  Tidak seperti ketika zaman kanak-kanak, tahun baru saya dipenuhi dengan berbagai azam dan semangat.  Ialah tahun baru bagi kanak-kanak amat berbeza kerana ianya disambut dengan persekolahan setelah sekian lama bercuti di akhir tahun dan bukan itu sahaja mereka juga akan bertukar kelas ke tingkatan yang lebih tinggi mengikut usia dan keputusan peperiksaan akhir tahun.  Bertemu rakan baru, cikgu baru dan pembelajaran baru.  Bagi yang telah berumur seperti saya (ops! saya masih muda lagi tau....; umur je yang semakin berganjak tapi teman still muda kay.....).   Tiada sebarang tarikan pada kedatangan tahun baru. Dalam leka tidak membuat sebarang persediaan, saya terlupakan sesuatu.   Saya lupa nak periksa baju sekolah anak-anak.  Nasib secara kebetulan semalam, sehari sebelum sekolah bermula saya terlintas menyuruh anak-anak mencuba semula baju sekolah lama ...