Skip to main content

Kucing kaya....

Kucing warisi harta RM39j

Nie gambar hiasan je tau.... bukan kucing nie yang dapat harta tu


Saya tertarik untuk membincangkan isu kaya-raya tetiba nie.  Untungnya badan..... Pernahkah nada semua membayangkannya, tetiba je dari kehidupan yang sedang-sedang bertukar kepada kehidupan yang tak disangka seperti ini.  Wah! mesti seronokkan?.  Tipu kalau ada yang kata "Saya tak pernah impikan sebuah kehidupan yang mewah", tipu sesangat...... cuma akan menjadi betul jika dilanda cinta, time tu akan ada ayat sebegini "saya tak pernah impikan sebuah kehidupan yang mewah, cukuplah jika abang ada disisi saya".  Ayat mabuk kepayang.....

Oh! saya tak dapat bayangkan jika kehidupan saya dilimpahi kekayaan.  Tak tahu kat mana nak perabis sebabnya saya nie orangnya sederhana sahaja, tidak goyah dengan sebarang tarikan duniawi.  Simple je, janji ada barangan asas untuk kehidupan harian sudah memandai.  Sebab itu saya cuma memakai handphone bila adik kandung saya membelikannya kepada saya.  Sebab utamanya saya bukan type yang suka bersembang di phone.  Cumanya sepanjang hayat ini saya amat mengimpikan sebuah kehidupan yang selesa untuk saya dan keluarga.  Rumah yang bersesuaian, ruang dapur yang besar, bilik yang besar dan ada kolam renang..  ahak...  Itu je tak melampau manapun impian saya.
Juga gambar hiasan, tiada kaitan dengan citer nie
Tetiba suatu hari ketika membelek-belek suratkhabar, saya terbaca sebuah artikel yang bila aje saya habis membacanya saya jadi menyampah gilerrr.  Nyesal lak membaca artikel tersebut.  Anda semua ingin tahu, oklah saya sharekan di sini bersama anda semua.  Ceritanya berlaku di Rome, bilamana seorang balu jutawan hartanah telah meninggal dunia.  Kehidupan mewah mereka tidak dikurniakan anak, menyebabkan balu jutawan ini telah membuat suatu tindakan yang tak berapa nak bijak, dia telah mewariskan sejumlah besar kekayaannya kepada seekor kucing yang terbiar.  Bukan RM100-RM200 tapi RM39 juta......

Hei! sangat melampau ini orang.....Kekayaan yang diwarisi kucing itu, termasuk wang tunai dan juga hartanah di Rome dan Milan serta tanah di Calabria.  Ish! kenapalah ini orang sudah tidak bertindak waras.  Apa sudah tiada makhluk bernyawa lain di muka bumi yang luas nie hinggakan kucing yang mendapat wasiat tersebut?.  At least bagi le kat tukang masak dia ke, tukang kebun dia ke, tak pun jururawat peribadi dia... ini kucing.... Lagi Sekali kucing.....  K.U.C.I.N.G..... juga yang kaya....

Nie pun sama cuma sekadar gambar hiasan


Apapun nasib baik kucing, kalau dia bagi dekat semut atau ulat gonggok tak ke haru hidup ini.  Tak apalah saya redha (dengan muka tak puas hatinya...) dah nasib kucing tu camtu nak buat camna.  Dapat bayangkan tak seekor kucing mentadbir harta tersebut.  Oh! tersangatlah tak masuk akalnya.... 

Comments

Popular posts from this blog

Bila kerja bertimpa-timpa

  Beberapa minggu lagi saja (mungkin lagi 2 minggu rasanya) sesi kuliah akan membuka tirai. Maknanya bagi saya dan rakan yang lain dalam 1-2 bulan ini berbagai amanah tugas perlu diselesaikan, terutamanya berkaitan pendokumentasian bahan-bahan kerja dan pencapaian pada semester lepas. Pada masa ini juga, berbagai bengkel bagi pemantapan kerjaya akan diadakan oleh pihak berkaitan.    Pada masa yang sama kena pandai-pandai cari masa untuk menulis bahan penulisan ilmiah (atau dalam bahasa mudah journal). Kadang nampak luaran macam santai saja kerjaya pensyarah ini, tapi hakikatnya banyak beban tugasan yang perlu dilaksanakan disamping amanah hakiki mengajar anak bangsa. Untuk mingu ini saya baru sahaja menyiapkan tugasan E-TP, E-CF, OBE, dan bahan mengajar bagi semester hadapan. 4 kelas tutorial dan 1 kelas amali.    On going sedang menyiapkan QBS template. Sudah ini dinamakan amanah, jom kita enjoy dengan apapun tugasan yang diamanahkan pada kita. Mo...

Bahagia Kasihmu

  Sebuah karya cinta yang telah diadaptasikan ke layar perak. Cerita berkisar tentang seorang gadis bernama Tasnim yang telah melalui zaman remaja di dalam sekolah Tunas Bakti, sebuah sekolah pusat pemulihan akhlak bagi wanita. Bila telah keluar dari sekolah tersebut Tasnim berazam untuk merubah corak kehidupannya yang suram kepada sebuah kehidupan yang lebih baik. Liku hidup baru yang ingin dicorakkannya tidak seindah yang dibayangkan. Banyak halangan dan rintangan yang terpaksa dilalui. Menarik cerita ini bagi bacaan santai anak muda.

ziarah orang sakit..

Lama tak balik kampung... biarpun kampung halaman cuma sepelaung perjalanan. Bila sesekali balik berbagai permintaan dan harapan ibunda curahkan. Sesekali terfikir penatnya alahai nak melayan bonda seorang nie. Tapi bila memikirkan mungkin bonda ingin bermanja, ikut ajelah kehendaknya. Bila lagi nak berbakti dengan orang tua, betul tak? Permintaan bonda yang tak pernah padam setiap kali kepulanganku ke kg. halaman adalah keinginannya menziarahi orang2 tua di kampung. Alasan bonda, takut tak berkesempatan. Padahal adanya aku di kg. pun bonda juga yang kena memandu (anak sorang nie bukannya pandai bawa keretapun...). Selalunya bila datang bab untuk menziarah nie, aku akan ditugaskan untuk menyediakan buah tangan. Malangnya tiada apa yang boleh diusahakan sebagai buahtangan di dapur bonda. Nak membeli bahan di pekan, sepanjang hari hujan tak berhenti turun. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk membeli sahaja dadih yang kebetulan kilang pemperosesannya berada berhampiran rumah. K...