Skip to main content

Posts

Berkat ramadhan...

Lega rasa hati, first days ramadhan menjelma bagi tahun 2011.  Urusan kerja saya dapat dilaksanakan dengan begitu mudah sekali.  Tiada langsung birokrasi, malahan individu2 yg perlu saya temui memberi kerjasama dengan begitu baik sekali.  Maka, hajat di hati utk segera pulang ke Penang berbunga mekar dalam hati.  Selepas selesai segala urusan saya bergegas mendapatkan bas utk pulang ke Penang.  Terasa lama perjalanan kali ini, sebab saya asyik terbayangkan anak yang menangis ketika saya memberitahu mereka yang saya akan pergi lama dan hanya akan pulang di pagi raya.  Niat utk mengusik, tetapi bila melihat mereka menangis saya jadi tergamam.  Ish! terasa jahatnya mulut nie kerana membuatkan air mata si anak menitik. Seminggu berpuasa saya mendapat panggilan dari teman.  Teman saya meminta agar saya dapat meluangkan masa utk memberi ceramah di USM.  Hu..hu..hu.... terasa diri ini terlalu kerdil utk menyampaikan ceramah tersebut.  Teringa...

Lagi isu halal-sosej babi

  Tak habis-habis dengan isu halal (berkaitan logo halal).  Kita berada di dalam negara Islam yang mana umat islamnya terpaksa berwaspada ketika membeli barangan keperluan harian.  Kenapakah perkara seperti ini boleh terjadi?  Dimanakah kesilapan kita?  Membaca artikel di dalam harian metro ini memberi satu lagi gambaran jelas berkaitan isu halal di negara kita. Oleh Muhammad Saufi Hassan saufi@hmetro.com.my   KUALA LUMPUR: “Saya pernah menetap di Sepanyol dan setahu saya perkataan ‘chorizo’ merujuk kepada sosej diperbuat daripada babi, jadi saya hairan bungkusan produk itu turut tertera logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).”   Itu kata seorang wanita dikenali sebagai Aira, 30-an dalam aduannya kepada Harian Metro semalam, berhubung penjualan sosej disyakinya diperbuat daripada babi di sebuah pasar raya, di sini.   Semakan Harian Metro mengenai perkataan ‘chorizo’ di Wikipedia mendapati ia merujuk kepada beberapa jenis s...

Betul ke kita tak kisah mkn di tempat yg kotor??

‘Tak kisah gerai makan kotor’ Amat mengejutkan.  Saya seperti dikejutkan dari mimpi yg indah apabila membaca artikel ini di Harian Metro.  Tahniah kepada Harian Metro kerana berjaya menyingkap permasalah dan sikap rakyat kita ini.  Selalu ketika mengajar para pelajar di IPTA saya sering menegaskan betapa perihal pentingnya menjadi seorang yang cerewet ketika mnjamu selera di luar rumah.  Kebersihan peniaga, pekerja, persekitaran dan bagaimana makanan tersebut dipamerkan sering saya tekankan ketika mengajar.  Tetiba bil baca artikel nie, perasaan kecewa menghantui diri.  Kita makan dan bayar atas perkhidmatan yang ditawarkan dan sewajarnyalah kita mendapat layanan dan perkhidmatan yang sewajarnya.  Ambillah sedikit masa anda untuk membaca artikel ini.     KUALA LUMPUR: Keadaan persekitaran di beberapa gerai makan sekitar bandar raya ini yang kotor, terutama di kawasan Masjid India masih tidak mematahkan selera orang ramai menikmati pelbagai ju...

Gastrik boleh puasa juga tau.....

Gastrik boleh puasa Ini penyakit bermusim.  Bila puas je dia timbul, habis puasa lenyaplah ia.  Satu alasan yang selalu diguna pakai oleh sang pemonteng puasa nie.  Jadi untuk anda yang ada penyakit nie atau sekadar inginkan pengetahuan mengenainya mungkin artikel ini dapat membantu anda. TIDAK sampai dua minggu kita akan menyambut kedatangan Ramadan. Ketika inilah ramai wanita berusaha bersungguh-sungguh menggantikan puasa yang tertinggal tahun lalu supaya tidak dikenakan denda (fidyah).  Walaupun Islam menyarankan supaya penggantian puasa ini dilakukan seawal mungkin, tetapi tindakan pada saat akhir ini masih ada kelebihannya. Setidak-tidaknya ia boleh melatih perut (dan badan) untuk bersedia menempuh puasa sebulan. Mungkin ada yang tersenyum, kenapa orang dewasa juga perlu berlatih puasa, bukankah ia biasanya dilakukan kanak-kanak? Betul, kanak-kanak dilatih puasa ketika Ramadan, tetapi orang dewasa berlatih sebelum Ramadan menjelma supaya mereka boleh menjala...

Selesai yang belum sudah....

Ingatkan bila dah abis VIVA, amanlah sikit dunia nie, tapi yang adoooo.....  memang yang adoooo... sebabnya ada pembetulan yang perlu dibuat dan ada time constraint kat situ.  Paling menyakitkan hati , bila perisian SPSS (utk. menbuat analysis) dah expired.  Kena install yang baru pulak.  Seksa betul nak ngabiskan belajar nie.  Nie dah masuk hampir sebulan dari tarikh VIVA, tapi regressionnya yang adooo... Nak nangispun ada nie.  Sebabnya hati memberontak nak habiskan awal tapi kudrat tak terdaya.  Tambahan pula bila kuliah telah bermula.  Oleh itu, anak-anakku sekelian, kalau nak belajar baiklah fokus jer terus.  Jangan stop di mana-mana perhentian nanti akan melambatkan proses pembelajaran.  Ish! cam apa jerkan.  kekadang rasa bila dah selesai masalah nie, nak jer terus sambung PHd. tapi kekangan kerja pula menghambat.  Takpelah kita buat satu-satu.  Ada rezeki, dapatlah sambung satu step lagi, insyallah.

Pekan Rabu, Kedah

Saya sukakan Pekan Rabu yang terdapat di negeri Kedah (eh! tempat lain ada pekan rabu ke ekk?). dari kecil, remaja, anak dara, mak dara sampai bila-bilapun Pekan Rabu tetap di hati. Actually Pekan Rabu cuma merupakan sebuah bangunan yang didirikan untuk para peniaga tempatan (terutama Melayu, memang majoriti Melayu pun) berniaga, memasarkan hasil jualan mereka. Kebanyakkan hasil jualan adalah terdiri daripada makanan, seperti kuih-muih lama (traditional), ikan pekasam (famous di sini), jeruk buah-buahan, baju melayu (jahitannya sangat kemas), baju kurung, barangan kraftangan dan pelbagai lagi. Hem! bak kata pepatah baru, "macam-macam ada!". Bercerita tentang kepuasan hati pelanggan. Sebagai pelanggan yang sangat cerewet (sayalah tu...). Bagi makanan traditional, dodol yang dijual adalah yang terbaik bagi saya (bagi zon utara). Lemak santannya, manis gula kabungnya, lembut teksturnya, memang tak boleh nak lawan. Kuih-muih traditional yang lain pula seperti putu beras, ba...

Istimewanya wanita.....

     Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.  Wanita yang memerah susu binatang dengan lafaz "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.      Wanita yang menguli tepung gandum dengan lafaz "bismillah", Allah akan berkati rezekinya.  Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah.  Wanita yang hamil akan mendapat pahala seolah berpuasa pada siang hari.      Wanita yang hamil akan mendapat pahala seolah beribadat pada malam hari.  Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.  Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, di...