Skip to main content

Pekan Rabu, Kedah


Saya sukakan Pekan Rabu yang terdapat di negeri Kedah (eh! tempat lain ada pekan rabu ke ekk?). dari kecil, remaja, anak dara, mak dara sampai bila-bilapun Pekan Rabu tetap di hati. Actually Pekan Rabu cuma merupakan sebuah bangunan yang didirikan untuk para peniaga tempatan (terutama Melayu, memang majoriti Melayu pun) berniaga, memasarkan hasil jualan mereka.


Kebanyakkan hasil jualan adalah terdiri daripada makanan, seperti kuih-muih lama (traditional), ikan pekasam (famous di sini), jeruk buah-buahan, baju melayu (jahitannya sangat kemas), baju kurung, barangan kraftangan dan pelbagai lagi. Hem! bak kata pepatah baru, "macam-macam ada!".

Bercerita tentang kepuasan hati pelanggan. Sebagai pelanggan yang sangat cerewet (sayalah tu...). Bagi makanan traditional, dodol yang dijual adalah yang terbaik bagi saya (bagi zon utara). Lemak santannya, manis gula kabungnya, lembut teksturnya, memang tak boleh nak lawan. Kuih-muih traditional yang lain pula seperti putu beras, bahulu, cucur bederam (dimasak atau disediakan di premis yang menjualnya) memang terbaik. Kalau musim dekat raya,meriahnya Pekan Rabu ini, sangat mengujakan. Tapi satu nasihat dari saya, jangan bawa anak-anak kecil masa tersebut. Nanti akan menghilangkan mood nak bershopping atau mood nak memborong anda. Ikan pekasam yang terdapat di sini sememangnya adalah hasil tangan yang diperturunkan dari nenek-moyang peniaga. Dari satu generasi ke satu generasi rasa ikan pekasam ini tidak akan berubah. Begitu juga dengan baju Melayu, selalunya saya akan borong berpasang-pasang untuk suami, bapa, bapa mertua dan anak. Walaupun bukan saya yang memakainya, saya sukakan jahitannya yang kemas dan halus. Kualiti kainnya pun tak boleh dipertikaikan.



Kalau ke Pekan Rabu, duit saya akan mengalir laju, kerana barangan di sini selalunya akan saya borong dalam kuantiti yang banyak unutk dijadikan sebagai buah-tangan pada sahabat taulan. Rasa yang enak perlu dikongsi bersama, rezeki yang ada patut juga dikongsi. rasanya tak lama lagi saya akan dinobatkan sebagai ikon Pekan Rabu (jangan dinobatkan sebagai Maskot Pekan Rabu sudahlah....). Setiap tahun, bila menjelangnya ramadan dan hampir tibanya raya, memang hati saya dipanggil-panggil unutk ke sana. Rasanya macam tak lengkap puasa dan raya jika tak singgah ke sana. Moga tahun ini dan tahun-tahun seterusnya, saya dapat lagi ke Pekan Rabu. Anda pembaca, tunggu apa lagi, jomlah serbu Pekan Rabu.

 





 


 



 



Comments

Popular posts from this blog

Bahagia Kasihmu

  Sebuah karya cinta yang telah diadaptasikan ke layar perak. Cerita berkisar tentang seorang gadis bernama Tasnim yang telah melalui zaman remaja di dalam sekolah Tunas Bakti, sebuah sekolah pusat pemulihan akhlak bagi wanita. Bila telah keluar dari sekolah tersebut Tasnim berazam untuk merubah corak kehidupannya yang suram kepada sebuah kehidupan yang lebih baik. Liku hidup baru yang ingin dicorakkannya tidak seindah yang dibayangkan. Banyak halangan dan rintangan yang terpaksa dilalui. Menarik cerita ini bagi bacaan santai anak muda.

Career vs rumahtangga

Career vs rumahtangga Ceramah Fiq tanyalah ustazah, Dewan besar 2, tingkat 3,  laman perdana. UiTM P.Pinang. Sinonim wanita dengan dapur, sumur dan bilik tidur (sorry lupa sebutan si penceramah).   Zaman firaun, menjadi hamba nafsu.   Kedatangan Islam memberi sinar kepada kaum wanita.   Allah menyuruh kaum wanita menutup aurat kerana faktor yang jelas, demi keselamatan kaum wanita, mengelakkan berlakunya maksiat, menutup aurat yang boleh menimbulkan ghairah kaum lelaki.   Juga mengelakkan fitnah. Dah kelaut sebenarnya saya nie,    Maaf saya malas nak menulis tangan, ada bawa buku nota dan pen, tapi disebabkan saya yakin dan percaya tulisan saya tu semulajadinya ke laut, jadi baiklah saya menaip je isi ceramah tu.   Apa salahnya wanita bekerjaya? Apa silapnya wanita bekerjaya.   Menurut penceramah carear women tu adalah bukan sekadar wanita yang bekerja untuk menyara hidup, tetapi lebih kepada wanita bekerjaya yang mempun...

Pedassssss.... biasa......

Ini tak tipu punya pedas Saya dah terjebak, anda bila lagi.  Kalau yang tak tahan pedas baik jangan dicuba-cuba kudapan ini.  Saya yang meminati kudapan ini pun hampir menangis dibuatnya.  Ini betul-betul pedas.  Jom bagi panas...