Skip to main content

Posts

5 Avenger- isu bank punya hal

xminta banyak Cuma minta bank2 boleh apply semula kegunaan buku2 akaun untuk pelanggan. Ketelusan tu penting. Macam saya yang bukan orang ada2 nie, melihat dan membelek buku akaun bank boleh berikan semangat buat kami untuk terus menyimpan. Membelek buku akaun tu kadang2 lebih dari membelek gambar kekasih hati uolls. Bayangkanlah betapa kami amat menyayangi dan menghargai buku2 simpanan bank nie. Bukan mahalpun kosnya, jika dibandingkan dengan jumlah simpanan yang dibuat oleh penyimpan. Sistem yang banyak digunapakai sekarang seperti tidak menghargai pelanggan. Jenuh minta penyata baru dapat itupun diprint dalam helaian kertas saja. Begitu juga sistem penyimpanan wang di bank yang perlu disertakan dengan kad pengenalan orang yang ingin kita masukkan wang ke akaun simpanannya. Terutama bila kita ingin menyimpan untuk anak2. Tolonglah! nak simpan wang aje kut, bukannya apapun. Kalau anak duk jauh atau tinggal di asrama tunggu cuti sekolahlah baru boleh menyimpan. Yang bank in kat ...

Career vs rumahtangga

Career vs rumahtangga Ceramah Fiq tanyalah ustazah, Dewan besar 2, tingkat 3,  laman perdana. UiTM P.Pinang. Sinonim wanita dengan dapur, sumur dan bilik tidur (sorry lupa sebutan si penceramah).   Zaman firaun, menjadi hamba nafsu.   Kedatangan Islam memberi sinar kepada kaum wanita.   Allah menyuruh kaum wanita menutup aurat kerana faktor yang jelas, demi keselamatan kaum wanita, mengelakkan berlakunya maksiat, menutup aurat yang boleh menimbulkan ghairah kaum lelaki.   Juga mengelakkan fitnah. Dah kelaut sebenarnya saya nie,    Maaf saya malas nak menulis tangan, ada bawa buku nota dan pen, tapi disebabkan saya yakin dan percaya tulisan saya tu semulajadinya ke laut, jadi baiklah saya menaip je isi ceramah tu.   Apa salahnya wanita bekerjaya? Apa silapnya wanita bekerjaya.   Menurut penceramah carear women tu adalah bukan sekadar wanita yang bekerja untuk menyara hidup, tetapi lebih kepada wanita bekerjaya yang mempun...

Camne kau menulis ya?

Saya sering ditanya soalan camnie.  Soalan yang agak sukar untuk dijawab sebab penerimaannya boleh jadi pelbagai.  Negatif, positif, berlagak bagus semua boleh jadi campuran yang unik.  Senang citer camnielah, nak menulis kena bermula dengan membaca.  Dalam Al-Quran pun ada sebut "Bacalah olehmu walau dengan sepotong ayat".   Membaca, faedahnya sangat banyak.  Disamping (kalau citer novel terutamanya) boleh buat kita berangan; kita belajar sesuatu yang baru, mengembara walau jejak tak sampai, belajar gaya penulisan, menjadi chef walau tak diiktiraf, pakar dalam hal yang kita minat (seperti berkebun, menyulam, politik dan sebagainya).  Bukankah beruntung sebenarnya kalau amalan yang satu ini kita kekalkan dalam diri?  Untungnya sekarang membaca boleh direalisasikan dimana sahaja.  Ingat masa kecil dulu, saya akan sangat teruja kalau hari saya terjumpa bahan bacaan.  Tak kiralah senaskah suratkhabar yang ditinggalkan di perhentia...

Tasik Temenggor, Perak

Keterujaan dalam mengikuti episod kembara para pelajar ke perkampungan orang asli menyebabkan persiapan barangan saya menjadi serba tak kena.   Cukup tak cukup?   Lengkap tak lengkap?   Perlu tak perlu?   segalanya menyebabkan beg kembara saya hampir 6-7 kali saya kemaskini.   Paling merisauka n adalah berkenaan dengan kemudahan tandas.   Kemudahan asas yang amat penting terutamanya ketika dalam keadaan darurat.  Penulisan ini, saya buat dalam waktu senggang dalam perjalanan ke sana, masih di atas perut bas.   117 pelajar dan 8 org pensyarah dari UiTM Pulau Pinang berserta 4   buah bas.   Agenda aktiviti termasuklah beramah mesra dengan penduduk perkampungan orang asli, memberi sumbangan dan membersihkan kawasan sekitar yang telah dipilih terlebih awal. Bas yg dikatakan akan bertolak jam 8.00 pagi menghadapi sedikit masalah akibat salah faham pengisian borang permohonan kenderaan.   Ini membolehkan saya dan peserta yang ...