xminta banyak
Cuma minta bank2 boleh apply semula kegunaan buku2 akaun untuk
pelanggan. Ketelusan tu penting. Macam saya yang bukan orang ada2 nie, melihat
dan membelek buku akaun bank boleh berikan semangat buat kami untuk terus
menyimpan. Membelek buku akaun tu kadang2 lebih dari membelek gambar kekasih
hati uolls. Bayangkanlah betapa kami amat menyayangi dan menghargai buku2
simpanan bank nie. Bukan mahalpun kosnya, jika dibandingkan dengan jumlah
simpanan yang dibuat oleh penyimpan. Sistem yang banyak digunapakai sekarang
seperti tidak menghargai pelanggan. Jenuh minta penyata baru dapat itupun
diprint dalam helaian kertas saja.
Begitu juga sistem penyimpanan wang di bank yang perlu
disertakan dengan kad pengenalan orang yang ingin kita masukkan wang ke akaun
simpanannya. Terutama bila kita ingin menyimpan untuk anak2. Tolonglah! nak
simpan wang aje kut, bukannya apapun. Kalau anak duk jauh atau tinggal di
asrama tunggu cuti sekolahlah baru boleh menyimpan. Yang bank in kat mesin tu
tak payah citerlah, saya menyentuh cara penyimpanan wang di kaunter. Hilang
kepercayaan untuk bank in duit, kerap sangat duit yang di bank in xwujud, lesap
tak dapat dikesan.
Begitu juga dengan yang ada loan di bank. Heran betul bila bank
agak sukar untuk mengeluarkan penyata pembayaran loan pelanggan. Banyak pula
prosedur yang perlu diikuti. Bagi sajalah, atau hantar penyata setahun sekali
ke alamat pelanggan pun dah kira ok. Tak adalah peminjam tu pula yang terpaksa
buat kiraan dan agakan baki pinjaman. Ada juga yang bila diminta penyata
menggenakan kos tertentu. Minta penyata baki pinjamanpun nak kena charge. What
the.... atau nie niat sengaja supaya pelanggan terlepas pandang then uolls
boleh cepat2 kenakan charge denda. Bab ngantar surat denda lambat bayar laju
pula.
Marketing Insurans (phone calls) link with bank. Please stop it.
Bukan setakat saya saja yang terkena, diluar sana mungkin banyak lagi. Mudahnya
mengaut untung. Hilang keyakinan diri pada bank bila tiada hitam putih dokumen
yang di sign oleh pelanggan, tapi tetiba dapat penyata duit telah dipotong
untuk insuran sekian2. Hairan bagaiman pihak bank begitu mudah membuat potongan
pada simpanan pelanggan. Aduan telah dibuat tetapi pemotongan tetap dibuat ke
akaun untuk beberapa bulan seterusnya sedangkan dokumen dari insuran diterima
setelah pemotongan dibuat hampir sebulan. Paling best bila pihak insuran
menghantar notis menyatakan wang tidak akan dikembalikan kerana pembatalan
insuran lambat dibuat dari tempoh yang sepatutnya. Jelas dan nyata mereka tidak
mahu bertolak ansur. Tolong selepas ini pastikan pihak bank mendapat keizinan
bertulis dari pelanggan terlebih dahulu. Geram betul bila pihak bank lebih
percayakan wakil insuran dari pelanggan.
Saya bercakap sebagai seorang yang "zero knowledge"
berkaitan sistem perbankan hari ini. Level masyarakat marhaen gitu. Jawapan
yang selalu dibagi adalah semua boleh dilihat atau di check melalui sistem
online. Pleaselah..... bukan semua tempat dapat cover kelajuan internet tahap
tinggi tau. Kekadang capaian internet di kawasan bandarpun tersemput-semput.
Paling penting bukan semua orang mampu nak ada kemudahan tersebut. Nak
menyimpanpun perlu dicatu2. Kami ingin hak kami sebagai pengguna dan pelanggan
aka penyimpan dilindungi dan dihargai. Buat apalah nak disorok2kan penyata pelanggan
tu. Jujur, telus dan mesra pengguna please. Tak minta banyakpun.
Comments
Post a Comment