Skip to main content

Posts

Perfumelah pulak...

Azam tahun 2009, kononnya nak beli sebotol perfume yang comel (dah aim lama sebenarnya perfume tu.... Tetiba bila semalam buat op bersih (nak membuang dan meminimisekan space) rumah, kejap-kejap jumpa botol perfume, kat sana perfume; kat situ perfume; meratalah perfume kat rumah sebenarnya. Bila dicongak-congak, rasa nak tergelaklah pulak; rerupanya by the end 2009 nie, aku dah beli hampir 15 botol perfume. Nie bukan kes, membazir tapi kes nak memotivasikan diri. kegilaan dengan koleksi perfume memang tahap cipanlah. Tapi sayangnya dah banyak yang ditong sampahkan oleh hubby (hem... zalimkan...). hai! nak buat camne dah nasib badan dapat hubby camtu. Apa yang dikatakan motivasi diri tu, bila nak sesuatu benda kita memang akan berusaha untuk mendapatkannya. Bila dapat satu, manusia tak pernah rasa puas; mesti nak cuba dapatkan yang lain (yang kononya lebih baik dari yang pertama). Ha... itulah kisahnya sampai jadi 15 botol perfume tu. Ala cam keretalah, mula-mula dapat kancilpun...

ziarah orang sakit..

Lama tak balik kampung... biarpun kampung halaman cuma sepelaung perjalanan. Bila sesekali balik berbagai permintaan dan harapan ibunda curahkan. Sesekali terfikir penatnya alahai nak melayan bonda seorang nie. Tapi bila memikirkan mungkin bonda ingin bermanja, ikut ajelah kehendaknya. Bila lagi nak berbakti dengan orang tua, betul tak? Permintaan bonda yang tak pernah padam setiap kali kepulanganku ke kg. halaman adalah keinginannya menziarahi orang2 tua di kampung. Alasan bonda, takut tak berkesempatan. Padahal adanya aku di kg. pun bonda juga yang kena memandu (anak sorang nie bukannya pandai bawa keretapun...). Selalunya bila datang bab untuk menziarah nie, aku akan ditugaskan untuk menyediakan buah tangan. Malangnya tiada apa yang boleh diusahakan sebagai buahtangan di dapur bonda. Nak membeli bahan di pekan, sepanjang hari hujan tak berhenti turun. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk membeli sahaja dadih yang kebetulan kilang pemperosesannya berada berhampiran rumah. K...

yahoo...

Alhamdulilah setelah berpinar bijik mata nie. Berkat usaha gigih dan tak kenal erti jemu (terpaksa) akhirnya data analysis berjaya aku masukkan. Tapi anaysis nya belum lagi lorr. Takpe janji satu beban dah berkurang. Huhu... nak gi makan besarlah malam nie. Sian Aiman dan Wawa semalam menangis. Balik nie mesti pujuk Aiman, terasa hati betul anak seorang tu.

kita pencipta sengketa...

Wah! apa punya topik nie... semacam aje. Betul ke kita nie pencipta sengketa? bukankah Allah mencipta isi alam ini untuk dinimati dan dikongsi bersama? Kita patut menginsafi diri...... muka tak tahu malu, berani pulak nak buat sempadan tanah, negeri jajahan; seolah alam ini kita yang ciptakan. Aduhai, betapalah tak insafnya kita ini. gambar yang terpapar disebelah adalah merupakan gambar kemusnahan Hiroshima. dimusnahkan atas dasar sengketa sesama insani. Betapalah tak malunya manusia ini, berebut sesuatu yang tak tentu menjadi haknya. Bangun dan bangkitlah! sedarlah apa yang berlaku disekeliling kita.

Kereta....

Kereta.... oh kereta..... Tadi sambil melilau di kedai buku, terserempak kawan lama. Hai lama tak jumpa, cerita kereta yang keluar pulak. Agaknya, kerana terlalu tak berpuas hati tak sempat bertanya khabar hal kereta diutarakan (kurang asam punya kawan). Saya hanya setakat boleh mendengar sahaja kerana kurang berminat mengenai topik ini. Topik berkaitan kereta ini sebenarnya menjadi isu hangat kebelakangan ini, didada-dada akhbar penuh dengan cerita berkaitannya. Maafkan saya yang kurang arif ini berbicara.... daripada bualan rakan-rakan dan juga pembacaan sekali imbas diakhbar saya cuma memahami satu isu. Kereta yang melebihi 15 tahun perlu dilakukan sesuatu dengannya, dengan alasan kereta terlebih umur ini sering menyebabkan kemalangan dijalanraya. Hai... terbayang di kepala otak ni, ada ke orang duk merempit dengan kereta tua nie. Bila bercakap tanpa fakta, ianya akan menyebabkan satu fenomena berlaku.... Renung-renungkanlah...... kereta sebagaimana sebenarnya yang ser...

Kejayaan itu tidak datang dengan mudah

Meneroka kisah silam para bijak pandai, cendiakawan, jutawan, hartawan dan sebagainya; meninggalkan satu momentum yang sukar diuraikan. Impian untuk menjadi seperti mereka sering berlegar difikiran. Oh.... alangkah.... Tapi pernahkah kita mengkaji tentang kepayahan, kesengsaraan, penderitaan yang terpaksa mereka susuri sebelum segalanya dapat mereka genggami. Bukan semudah yang dijangka, malahan mereka juga mungkin tidak pernah menjangkakan pengakhiran hidup mereka akan berada di mata dunia. Oleh itu, andai diri ditimpa musibah, jangan mudah rebah. Andai diri sering diduga, jangan mudah berduka. Andai diri dihimpit masalah, jangan terlalu mudah berasa gundah. Ciptaan dan perancangan dariNya amat tidak terduga. Setiap yang berlaku itu ada sebabnya. Setiap yang diduga ada ganjaran diakhirnya. jangan kita cuba meneroka dan meramal sesuatu yang pasti, tapi laluilah ia dengan mudah musabah diri. Orang yang berjaya itu permulaanya adalah duka, kecewa, gagal dan rebah.

Sakit itu satu anugerah...

Semalam, badan tetiba je sakit. Sakit sesangat, dan aku tahu puncanya kerana apa..... Betullah sakit itu satu anugerah; membuatkan kita menyedari diri. Tahu ada yang mengasihi dan memerhati segala yang kita lakukan. Bukankah, ini cuma satu dugaan yang sangat kecil dariNya? Dari kecederaan lama yang dialami; bukankah dapat bertahan begini lama, merupakan sesuatu yang patut aku syukuri? Tuhanku, beri aku sedikit lagi peluang untuk bertahan, masih banyak yang belum aku sempurnakan. Janjiku padaMu juga belum aku lunasi dengan sempurna. Aku tak boleh menangis, demi anak; kerana itu akan membuatkan mereka lemah. Aku perlu menjadi kuat; tersenyum dan ketawa dalam helaan sakit yang kutanggungi. Dalam detik waktu itu, munajatku perpanjangkan. Aku sedar kekuatan itu perlu ada. Telah banyak peluang dan rahmat kasihMu tercurah padaku. Kerana sepatutnya tempatku bukan di sini. Aku dirahmati dengan kekuatan dan kasihMu yang tak terhingga. Masihkah aku insan yang lemah ini tidak dapat m...