Skip to main content

Perfumelah pulak...


Azam tahun 2009, kononnya nak beli sebotol perfume yang comel (dah aim lama sebenarnya perfume tu.... Tetiba bila semalam buat op bersih (nak membuang dan meminimisekan space) rumah, kejap-kejap jumpa botol perfume, kat sana perfume; kat situ perfume; meratalah perfume kat rumah sebenarnya. Bila dicongak-congak, rasa nak tergelaklah pulak; rerupanya by the end 2009 nie, aku dah beli hampir 15 botol perfume.

Nie bukan kes, membazir tapi kes nak memotivasikan diri. kegilaan dengan koleksi perfume memang tahap cipanlah. Tapi sayangnya dah banyak yang ditong sampahkan oleh hubby (hem... zalimkan...). hai! nak buat camne dah nasib badan dapat hubby camtu.

Apa yang dikatakan motivasi diri tu, bila nak sesuatu benda kita memang akan berusaha untuk mendapatkannya. Bila dapat satu, manusia tak pernah rasa puas; mesti nak cuba dapatkan yang lain (yang kononya lebih baik dari yang pertama). Ha... itulah kisahnya sampai jadi 15 botol perfume tu. Ala cam keretalah, mula-mula dapat kancilpun kira oraitlah, bila ada duit lebih sikit takkan nak ngadap kancil je kan nak juga pakai CRV (keta idaman aku da...).

Tak faham lagi, cam lelakilah, dah ada bini; terasa-rasa nak tambah lagi. Tak ngaku, potong jarilah....

Comments

Popular posts from this blog

Bahagia Kasihmu

  Sebuah karya cinta yang telah diadaptasikan ke layar perak. Cerita berkisar tentang seorang gadis bernama Tasnim yang telah melalui zaman remaja di dalam sekolah Tunas Bakti, sebuah sekolah pusat pemulihan akhlak bagi wanita. Bila telah keluar dari sekolah tersebut Tasnim berazam untuk merubah corak kehidupannya yang suram kepada sebuah kehidupan yang lebih baik. Liku hidup baru yang ingin dicorakkannya tidak seindah yang dibayangkan. Banyak halangan dan rintangan yang terpaksa dilalui. Menarik cerita ini bagi bacaan santai anak muda.

Career vs rumahtangga

Career vs rumahtangga Ceramah Fiq tanyalah ustazah, Dewan besar 2, tingkat 3,  laman perdana. UiTM P.Pinang. Sinonim wanita dengan dapur, sumur dan bilik tidur (sorry lupa sebutan si penceramah).   Zaman firaun, menjadi hamba nafsu.   Kedatangan Islam memberi sinar kepada kaum wanita.   Allah menyuruh kaum wanita menutup aurat kerana faktor yang jelas, demi keselamatan kaum wanita, mengelakkan berlakunya maksiat, menutup aurat yang boleh menimbulkan ghairah kaum lelaki.   Juga mengelakkan fitnah. Dah kelaut sebenarnya saya nie,    Maaf saya malas nak menulis tangan, ada bawa buku nota dan pen, tapi disebabkan saya yakin dan percaya tulisan saya tu semulajadinya ke laut, jadi baiklah saya menaip je isi ceramah tu.   Apa salahnya wanita bekerjaya? Apa silapnya wanita bekerjaya.   Menurut penceramah carear women tu adalah bukan sekadar wanita yang bekerja untuk menyara hidup, tetapi lebih kepada wanita bekerjaya yang mempun...

Pedassssss.... biasa......

Ini tak tipu punya pedas Saya dah terjebak, anda bila lagi.  Kalau yang tak tahan pedas baik jangan dicuba-cuba kudapan ini.  Saya yang meminati kudapan ini pun hampir menangis dibuatnya.  Ini betul-betul pedas.  Jom bagi panas...