Skip to main content

Sakit itu satu anugerah...


Semalam, badan tetiba je sakit. Sakit sesangat, dan aku tahu puncanya kerana apa..... Betullah sakit itu satu anugerah; membuatkan kita menyedari diri. Tahu ada yang mengasihi dan memerhati segala yang kita lakukan. Bukankah, ini cuma satu dugaan yang sangat kecil dariNya? Dari kecederaan lama yang dialami; bukankah dapat bertahan begini lama, merupakan sesuatu yang patut aku syukuri?

Tuhanku, beri aku sedikit lagi peluang untuk bertahan, masih banyak yang belum aku sempurnakan. Janjiku padaMu juga belum aku lunasi dengan sempurna. Aku tak boleh menangis, demi anak; kerana itu akan membuatkan mereka lemah. Aku perlu menjadi kuat; tersenyum dan ketawa dalam helaan sakit yang kutanggungi.

Dalam detik waktu itu, munajatku perpanjangkan. Aku sedar kekuatan itu perlu ada. Telah banyak peluang dan rahmat kasihMu tercurah padaku. Kerana sepatutnya tempatku bukan di sini. Aku dirahmati dengan kekuatan dan kasihMu yang tak terhingga. Masihkah aku insan yang lemah ini tidak dapat menyedari hakikat kenapa kekuatan itu aku perolehi. Perjuanganku belum tamat.... Berikan aku sedikit waktu... Amin.. amin... rabia alamin....

Comments

Popular posts from this blog

Bahagia Kasihmu

  Sebuah karya cinta yang telah diadaptasikan ke layar perak. Cerita berkisar tentang seorang gadis bernama Tasnim yang telah melalui zaman remaja di dalam sekolah Tunas Bakti, sebuah sekolah pusat pemulihan akhlak bagi wanita. Bila telah keluar dari sekolah tersebut Tasnim berazam untuk merubah corak kehidupannya yang suram kepada sebuah kehidupan yang lebih baik. Liku hidup baru yang ingin dicorakkannya tidak seindah yang dibayangkan. Banyak halangan dan rintangan yang terpaksa dilalui. Menarik cerita ini bagi bacaan santai anak muda.

Career vs rumahtangga

Career vs rumahtangga Ceramah Fiq tanyalah ustazah, Dewan besar 2, tingkat 3,  laman perdana. UiTM P.Pinang. Sinonim wanita dengan dapur, sumur dan bilik tidur (sorry lupa sebutan si penceramah).   Zaman firaun, menjadi hamba nafsu.   Kedatangan Islam memberi sinar kepada kaum wanita.   Allah menyuruh kaum wanita menutup aurat kerana faktor yang jelas, demi keselamatan kaum wanita, mengelakkan berlakunya maksiat, menutup aurat yang boleh menimbulkan ghairah kaum lelaki.   Juga mengelakkan fitnah. Dah kelaut sebenarnya saya nie,    Maaf saya malas nak menulis tangan, ada bawa buku nota dan pen, tapi disebabkan saya yakin dan percaya tulisan saya tu semulajadinya ke laut, jadi baiklah saya menaip je isi ceramah tu.   Apa salahnya wanita bekerjaya? Apa silapnya wanita bekerjaya.   Menurut penceramah carear women tu adalah bukan sekadar wanita yang bekerja untuk menyara hidup, tetapi lebih kepada wanita bekerjaya yang mempun...

Pedassssss.... biasa......

Ini tak tipu punya pedas Saya dah terjebak, anda bila lagi.  Kalau yang tak tahan pedas baik jangan dicuba-cuba kudapan ini.  Saya yang meminati kudapan ini pun hampir menangis dibuatnya.  Ini betul-betul pedas.  Jom bagi panas...