Skip to main content

kemuliaan bersedekah


Assalamualaikum, salam jumaat penghulu segala hari.  Kerosakkan komputer office menyebabkan saya mempunyai masa sengang untuk membaca.  Tak mengelat dan menyalahi amalan kerja rasanya.  Sebab sebagai pendidik dalam pengajaran, suka juga saya tekankan aspek kerohanian dan isu semasa yg boleh dijadikan iktibar kepada anak didik saya.  Bagi saya tugas pendidik bukan setakat memberi ilmu sahaja tetapi juga perlu berusaha untuk membentuk suatu jati diri gemilang dalam diri pelajar.

Terbaca artikel berkaitan kemuliaan bersedekah ini.  Tiba ingatan mengimbau akan sikap individu yang sering agak berat dalam melaksanakannya terutama untuk ahli keluarga sendiri.  Ini bukan sikap anda pembaca ya, tapi sikap sebilangan dari diri kita.  Mungkin kerana merasakan amalan bersedekah tidak wajar diberi kepada ahli keluarga terutama keluarga terdekat seperti ibu ayah.  Walhal saya pernah terbaca artikel lain berkaitan sedekah yang mengutamakan pemberian itu kepada ahli keluarga terlebih dahulu.


Ada juga segolongan yang beranggapan jika bersedekah atau jika asyik bersedekah bila pula masanya untuk mengumpul harta.  Ermm... sedihnya.  Sedangkan sebenarnya amalan bersedekah itu merupakan ibu pengeras untuk menambah rezeki yang ada.  Kesian orang sebegini.  Nak berjalan ada duit, rumah terbina aset di sana sini, kereta tak cukup dgn. 2-3 buah, makan mewah, belanja mewah.  Tapi bila ibubapa, adik beradik sakit perlukan bantuan.  Hati terasa berat nak menghulur. "Eh! manalah aku ada duit".  Tidakkah sedih hati yang memerlukan bila mendengarnya?  Sedangkan pemberian sedekah atau bantuan kepada mereka yang sangat berharap adalah lebih berkat.

Saya pernah bertembung dgn. Seorang yang bekerjaya profesional tapi ada hari-hari tertentu, beliau akan menaiki motor kapcai yang dikiri kanan dan raganya penuh dengan bungkusan makanan.  Beliau akan meronda dengan kapcainya mencari orang untuk disedekahkan makanan yang beliau bawa.  Sejuk hati melihat perilaku individu ini.  Moga Allah menganugerahkan beliau dengan kehidupan yang lebih baik.

Panjang saya bercerita, apapun terima kasih majalah NUR edisi Jun 2004.  Kerana mengeluarkan rencana berkaitan sedekah ini.  Moga kita sedar setiap rezeki yang kita perolehi ada hak kepada yang lain.




Comments

Popular posts from this blog

Bahagia Kasihmu

  Sebuah karya cinta yang telah diadaptasikan ke layar perak. Cerita berkisar tentang seorang gadis bernama Tasnim yang telah melalui zaman remaja di dalam sekolah Tunas Bakti, sebuah sekolah pusat pemulihan akhlak bagi wanita. Bila telah keluar dari sekolah tersebut Tasnim berazam untuk merubah corak kehidupannya yang suram kepada sebuah kehidupan yang lebih baik. Liku hidup baru yang ingin dicorakkannya tidak seindah yang dibayangkan. Banyak halangan dan rintangan yang terpaksa dilalui. Menarik cerita ini bagi bacaan santai anak muda.

Career vs rumahtangga

Career vs rumahtangga Ceramah Fiq tanyalah ustazah, Dewan besar 2, tingkat 3,  laman perdana. UiTM P.Pinang. Sinonim wanita dengan dapur, sumur dan bilik tidur (sorry lupa sebutan si penceramah).   Zaman firaun, menjadi hamba nafsu.   Kedatangan Islam memberi sinar kepada kaum wanita.   Allah menyuruh kaum wanita menutup aurat kerana faktor yang jelas, demi keselamatan kaum wanita, mengelakkan berlakunya maksiat, menutup aurat yang boleh menimbulkan ghairah kaum lelaki.   Juga mengelakkan fitnah. Dah kelaut sebenarnya saya nie,    Maaf saya malas nak menulis tangan, ada bawa buku nota dan pen, tapi disebabkan saya yakin dan percaya tulisan saya tu semulajadinya ke laut, jadi baiklah saya menaip je isi ceramah tu.   Apa salahnya wanita bekerjaya? Apa silapnya wanita bekerjaya.   Menurut penceramah carear women tu adalah bukan sekadar wanita yang bekerja untuk menyara hidup, tetapi lebih kepada wanita bekerjaya yang mempun...

Pedassssss.... biasa......

Ini tak tipu punya pedas Saya dah terjebak, anda bila lagi.  Kalau yang tak tahan pedas baik jangan dicuba-cuba kudapan ini.  Saya yang meminati kudapan ini pun hampir menangis dibuatnya.  Ini betul-betul pedas.  Jom bagi panas...