Skip to main content

Pasport punya citer



Salam penuh kasih sayang.  Hari nie sepatutnya boleh je nak bangun lambat sikit.  Tapi terpaksa mengigihkan diri juga bangun awal sebab nak gi pejabat imigresen nak buat pasport anak-anak.

Yang ado..... ingatkan kitalah yg paling awal jam 7.58 imigresen dah penuh dengan lautan manusia.  Nampaknya terpaksalah setkan minda.  Bersabar...bersabar.... dan bersabar.  Bayangkan aje ini masa untuk bersantai.  Tapi saya tabik dan respect flow kerja kakitangan di sini kerana 8.30 pagi urusam dikaunter telah selesai.  Sekarang hanya menunggu masa untuk mengambil pasport sahaja.  Alhamdulilah terima kasih ALLAH kerana memudahkan urusan saya hari ini.

Tetiba dah terasa lapar.  Ha...ha....tak bekfest lagi rupanya.  Tak sempat nak panas punggung duduk nombor giliran sekali lagi dipanggil.  Kalau di kaunter pertama tadi penuh dengan gelak tawa tapi dikaunter kali ini seolah berdepan dengan singa tuoo.  Ha..ha... sorry ya adik kaunter.  Berurusan dengan orang kalau tak sudi nak pandang muka, tak mampu nak tersenyum dan tak pandai berbudi bahasa lebih baik cari keje lain dik senah oii.... "lebih baik jadi makcik cleaner ngadap lantai je".  Itu bukan saya yang kata tapi anak saya yang bersekolah rendah yang kata.  Sampaikan setelah selesai berurusan dan saya ucapan terima kasih, muka si penjaga kaunter tu masih lagi masam mencuka.  Dalam hati "amboi mak! garang dan tak mesra alamnya budak ni"
 
Sayang sekali rasanya bila perkhidmatan yang begitu efisen, cekap dan pantas diakhiri dengan layanan yang sekadar melepas batuk di tangga sahaja.  Ini kerana perkhidmatan selalunya akan dinilai oleh pelanggan bermula dari saat perkhidmatan diterima sehingga ianya berakhir.  Amat rugi sekali kerana pelanggan akan lebih mengingati akan perkhidmatan terakhir itu, sebagai suatu persepsi yang lebih diingati.  Diharap peningkatan kualiti perkhidmatan terutamanya perkhidmatan dibahagian hadapan dapat dipertingkatkan sebagai salah satu langkah untuk penghasilan suatu gaya kerja yang lebih cemerlang. 

Boleh ya.  Bukan minta banyakpun.  Bila budaya kerja cemerlang, bukan ke kita juga yang senang?  Untuk siapa? Untuk kita-kita jugakan......

Comments

Popular posts from this blog

Bahagia Kasihmu

  Sebuah karya cinta yang telah diadaptasikan ke layar perak. Cerita berkisar tentang seorang gadis bernama Tasnim yang telah melalui zaman remaja di dalam sekolah Tunas Bakti, sebuah sekolah pusat pemulihan akhlak bagi wanita. Bila telah keluar dari sekolah tersebut Tasnim berazam untuk merubah corak kehidupannya yang suram kepada sebuah kehidupan yang lebih baik. Liku hidup baru yang ingin dicorakkannya tidak seindah yang dibayangkan. Banyak halangan dan rintangan yang terpaksa dilalui. Menarik cerita ini bagi bacaan santai anak muda.

Career vs rumahtangga

Career vs rumahtangga Ceramah Fiq tanyalah ustazah, Dewan besar 2, tingkat 3,  laman perdana. UiTM P.Pinang. Sinonim wanita dengan dapur, sumur dan bilik tidur (sorry lupa sebutan si penceramah).   Zaman firaun, menjadi hamba nafsu.   Kedatangan Islam memberi sinar kepada kaum wanita.   Allah menyuruh kaum wanita menutup aurat kerana faktor yang jelas, demi keselamatan kaum wanita, mengelakkan berlakunya maksiat, menutup aurat yang boleh menimbulkan ghairah kaum lelaki.   Juga mengelakkan fitnah. Dah kelaut sebenarnya saya nie,    Maaf saya malas nak menulis tangan, ada bawa buku nota dan pen, tapi disebabkan saya yakin dan percaya tulisan saya tu semulajadinya ke laut, jadi baiklah saya menaip je isi ceramah tu.   Apa salahnya wanita bekerjaya? Apa silapnya wanita bekerjaya.   Menurut penceramah carear women tu adalah bukan sekadar wanita yang bekerja untuk menyara hidup, tetapi lebih kepada wanita bekerjaya yang mempun...

Pedassssss.... biasa......

Ini tak tipu punya pedas Saya dah terjebak, anda bila lagi.  Kalau yang tak tahan pedas baik jangan dicuba-cuba kudapan ini.  Saya yang meminati kudapan ini pun hampir menangis dibuatnya.  Ini betul-betul pedas.  Jom bagi panas...