Skip to main content

Pelajar -Belajar apa yang diajar atau belajar dari pemerhatian dan pengalaman

Assalamualaikum mula bicara, saya terfikir tentang topik diskusi ini sejak semalam.  Semalam saya yang dipenuhi dengan kelas pengajaran amali dari pagi hingga malam.  Penat usah ditanyakan lagi, dari pagi sampai 10.00 malam memang rasa nak pitam.  Pengalaman yang saya perolehi dari kelas semalam memberi saya inspirasi untuk berkongsi idea dan pandangan berkaitan topik di atas.
 
Pelajar bagi saya adalah individu yang mendaftar dengan sesuatu sekolah, institusi, pusat pengajaran atau kelas swasta untuk tujuan belajar atau menambah ilmu didada.  Sama ada proses pendaftaran tersebut dibuat oleh ibubapa atau sendiri tuan empunya badan turut boleh dibahagi kepada 2 kelompok.  Belajar dengan rela hati dan belajar dengan paksa rela.  Proses pembelajaran itu pula boleh dipengaruhi oleh perkara yang tersebut sebelum ini.  Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas, Istilah pelajar atau murid merujuk kepada sesiapa yang sedang atau dalam keadaan belajar.
 
Dari pemerhatian saya, pelajar sekarang tidak seperti pelajar dahulu.  Sangat bergantung kepada keadaan sekeliling, tidak seperti pelajar dahulu yang boleh dicampakkan ke mana sahaja dan tanpa kerisauan menerjah diminda.  Pelajar sekarang tidak mampu membuat sesuatu perkara tanpa tunjuk ajar atau panduan yang terperinci.  Mungkin ini disebabkan oleh orientasi cara penerapan pembelajaran yang kita praktik dan laksanakan?  Pelajar dahulu pula kita hanya perlu memberi sesuatu tugasan dan mereka akan berusaha secara logik untuk melaksanakan tugasan tersebut.  Ini dibuktikan dengan kaedah perlaksanaan tugasan yang hendak diberikan kepada pelajar.  Mesti ada tajuk tugasan, cara menyelesaikan tugasan dan perlaksanaannya, terlalu rigid dan terperinci contohnya langkah demi langkah cara menyelesaikan tugasan perlu diberi.  Umumnya (Saya petik dari apa yang ditulis oleh Sarina (http://sarinapraktikum.blogsport.com):
 

    “Pembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran”. Mengikut Robert M. Gagne (1970) dalam The Condition of Learning, pembelajaran merupakan “perubahan tingkahlaku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan”. 

    Mengikut Woolfolk (1980) dalam Educational Psychology for Teachers, pembelajaran dilihat sebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru.
 
Secara dasarnya, pembelajaran :
  • Satu proses yang berterusan,
  • Secara formal dan tak formal,
  • Secara formal melalui sekolah – membaca, menulis& mengira dsb.,
  • Secara tak formal melalui rakan sebaya, keluarga, media massa, persekitaran.
  • Mempunyai teori-teori atau mazhab pembelajaran,
  • Empat mazhab pembelajaran utama – behavioris, kognitif, sosial dan humanis.
Orientasi pembelajaran sebegini melahirkan insan yang henya belajar apa yang diajarkan sahaja.  Tidak berani untuk "explore" lebih jauh sesuatu perkara.  Matlamat mereka belajar, menduduki peperiksaan, lulus cemerlang dan berkerjaya.  Perkara lain tidak perlu dan tidak penting.  Walaupun mereka dilahirkan dalam generasi Y, yang kelihatan lebih kedepan dan mempunyai perasaan ingin tahu yang mendalam tetapi sebahagiannya tidak mengambarkan keadaan tersebut.  Tidak mampu melaksanakan tugasan dengan menggunakan kaedah logik akal. 
 
Sebagai contohnya, saya pernah menugaskan seorang pelajar untuk memecahkan 10 biji telur dan seterusnya mengasingkan telur putih dan telur kuning.  Hasil pemerhatian saya, pelajar ini telah memecahkan 20 biji telur!  Rasa nak pengsan saya ketika itu.  Bila saya tanyakan kepada pelajar ini kenapa beliau perlu memecahkan 20 biji telur; jawapannya "sebab puan minta 10 biji telur kuning dan 10 biji telur putih".  Memang betul! pelajar ini faham dengan arahan yang saya berikan tetapi beliau tidak pandai menggunakan logik akal untuk melaksanakan tugas.  Bila saya tanya lagi "kenapa perlu sehingga 20 biji telur, bukankah awak boleh membuatnya dengan 10 biji  telur sahaja?.  Pelajar ini berkata, "saya tidak tahu cara untuk mengasingkan telur kuning dan telur putih".   Perasaan marah mula terasa tetapi kemudiaannya saya mula tersedar, pelajar ini tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya.  Mungkin ibubapanya bekerjaya, kurang masa bersama anak-anak yang mengakibatkan anak-anak tidak dapat belajar melalui pemerhatian atau pengalaman yang mereka lalui bersama ibubapa ketika melaksanakan aktiviti dirumah; contohnya aktiviti memasak bersama ibu.  Kemudiannya saya jatuh kasihan kepada pelajar ini, seorang pelajar universiti tidak tahu kaedah atau cara untuk mengasingkan telur putih dan telur kuning dari sebiji telur.  Bukankah ianya terlalu mudah sebenarnya?  Dalam hal sebegini siapa agaknya yang patut dipersalahkan?

Hakikatnya, kita mengalakkan pelajar untuk bertanya.  Bertanyalah apapun, bertanyalah selagi ada kekeliruan atau ketidak tahuan.  Jadi masalahnya, jika tidak tahu kaedah untuk mengasingkan kuning dan putih telur, bukankah pelajar itu boleh bertanya sebenarnya?  Jika beliau berfikir secara logikpun, sebenarnya 20 biji telur hendak dipecahkan? Bukankah itu suatu jumlah yang terlalu banyak sebenarnya.  Bagaimana agaknya pelajar sebegini hendak kita lepaskan ke dunia kerjaya?  Sesuatu perlu difikirkan, sesuatu perlu dilakukan; atau kemudiannya kita akan hidup dengan penuh kekesalan kerana kebijaksanaan bukan hanya diukur pada kepandaian intelektual tapi juga diukur dan dinilai dari sudut yang pelbagai.

Comments

Popular posts from this blog

Bahagia Kasihmu

  Sebuah karya cinta yang telah diadaptasikan ke layar perak. Cerita berkisar tentang seorang gadis bernama Tasnim yang telah melalui zaman remaja di dalam sekolah Tunas Bakti, sebuah sekolah pusat pemulihan akhlak bagi wanita. Bila telah keluar dari sekolah tersebut Tasnim berazam untuk merubah corak kehidupannya yang suram kepada sebuah kehidupan yang lebih baik. Liku hidup baru yang ingin dicorakkannya tidak seindah yang dibayangkan. Banyak halangan dan rintangan yang terpaksa dilalui. Menarik cerita ini bagi bacaan santai anak muda.

Career vs rumahtangga

Career vs rumahtangga Ceramah Fiq tanyalah ustazah, Dewan besar 2, tingkat 3,  laman perdana. UiTM P.Pinang. Sinonim wanita dengan dapur, sumur dan bilik tidur (sorry lupa sebutan si penceramah).   Zaman firaun, menjadi hamba nafsu.   Kedatangan Islam memberi sinar kepada kaum wanita.   Allah menyuruh kaum wanita menutup aurat kerana faktor yang jelas, demi keselamatan kaum wanita, mengelakkan berlakunya maksiat, menutup aurat yang boleh menimbulkan ghairah kaum lelaki.   Juga mengelakkan fitnah. Dah kelaut sebenarnya saya nie,    Maaf saya malas nak menulis tangan, ada bawa buku nota dan pen, tapi disebabkan saya yakin dan percaya tulisan saya tu semulajadinya ke laut, jadi baiklah saya menaip je isi ceramah tu.   Apa salahnya wanita bekerjaya? Apa silapnya wanita bekerjaya.   Menurut penceramah carear women tu adalah bukan sekadar wanita yang bekerja untuk menyara hidup, tetapi lebih kepada wanita bekerjaya yang mempun...

Pedassssss.... biasa......

Ini tak tipu punya pedas Saya dah terjebak, anda bila lagi.  Kalau yang tak tahan pedas baik jangan dicuba-cuba kudapan ini.  Saya yang meminati kudapan ini pun hampir menangis dibuatnya.  Ini betul-betul pedas.  Jom bagi panas...