Skip to main content

Makanan dalam pesawat

Makanan sesuai dalam pesawat

Oleh Suliati Asri
Harian METRO

Berikut tip memilih makanan ketika di pesawat yang mungkin dapat membantu ketika dalam penerbangan. - sumber Kompas.Com
 
1.  Jet lag.
Pilih makanan protein, tetapi dengan kuantiti yang sedikit. Makanan bertindak sebagai petunjuk waktu bagi tubuh.  Menurut kajian, lebih baik makan dalam kuantiti yang sedikit saat di dalam pesawat dan sampai di darat dalam keadaan masih sedikit lapar daripada makan dengan banyak di udara.
Dalam hal ini, pilihan terbaik adalah telur untuk bersarapan. Sementara waktu makan, pilih ayam, ikan tuna atau ikan lain dengan warna yang tidak terlalu terang.  Makan makanan protein tinggi ketika mendarat akan membuatkan tubuh anda aktif supaya mampu bertindak balas pada zon masa yang berbeza.
2. Mabuk perjalanan.
Jika anda mabuk dalam perjalanan, pilih makanan dan minuman yang mengandungi halia.  Ketika dalam penerbangan, mintalah apa juga minuman yang mengandungi halia. Namun, anda tidak perlu risau kerana kebanyakan makanan Asia mengandungi halia dan pasti di dalam setiap hidangan yang disajikan mengandungi halia.

3. Gangguan pencernaan.
Pilih makanan yang mengandungi bahan kentang, ikan kunyit dan nanas. Perjalanan udara dapat melemahkan proses pencernaan dan penyerapan zat.  Kentang mampu memberikan kesan antioksida. Sementara itu, kunyit pula boleh mengatasi masalah pencernaan. Nanas juga mampu mengatasi gangguan pencernaan kerana mengandungi enzim yang mampu mengurai makanan dalam perut.

Sayuran yang banyak serta bahan seperti beras merah mampu meningkatkan proses pencernaan. Sementara itu, protein yang terkandung di ikan lebih mudah dicerna daripada daging.  Jika anda mengalami masalah perut kembung dan masalah pencernaan, pilihlah makanan berasaskan laut seperti ikan dan berempah kunyit. Menu seperti kari juga boleh menjadi pilihan.

4. Kecemasan.
Mengunyah sebatang saderi sebelum menaiki pesawat dapat mengurangkan kecemasan. Ini kerana, saderi dapat memberikan kesan menenangkan pada sistem saraf pusat.  Dehidrasi juga boleh menyebabkan ketahanan, menangani masalah sakit kepala dan perasaan mudah marah. Justeru itu, minumlah banyak cairan ketika dalam penerbangan. Tapi, elak minuman ber–alkohol.

5.  Keletihan.
Terlalu lama di dalam pesawat boleh membuatkan tubuh mudah letih. Oleh itu, pilih makanan yang kaya dengan protein di campurkan dengan buahan dan sayuran.

Makanan yang mengandungi cili juga adalah pilihan tepat. Ini kerana cili mampu meningkatkan tidur yang lebih berkualiti. Semakin banyak tidur yang anda dapat selama di pesawat, lebih banyak tenaga untuk digunakan esok hari.

  • Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/21
  • Comments

    Popular posts from this blog

    Bahagia Kasihmu

      Sebuah karya cinta yang telah diadaptasikan ke layar perak. Cerita berkisar tentang seorang gadis bernama Tasnim yang telah melalui zaman remaja di dalam sekolah Tunas Bakti, sebuah sekolah pusat pemulihan akhlak bagi wanita. Bila telah keluar dari sekolah tersebut Tasnim berazam untuk merubah corak kehidupannya yang suram kepada sebuah kehidupan yang lebih baik. Liku hidup baru yang ingin dicorakkannya tidak seindah yang dibayangkan. Banyak halangan dan rintangan yang terpaksa dilalui. Menarik cerita ini bagi bacaan santai anak muda.

    Career vs rumahtangga

    Career vs rumahtangga Ceramah Fiq tanyalah ustazah, Dewan besar 2, tingkat 3,  laman perdana. UiTM P.Pinang. Sinonim wanita dengan dapur, sumur dan bilik tidur (sorry lupa sebutan si penceramah).   Zaman firaun, menjadi hamba nafsu.   Kedatangan Islam memberi sinar kepada kaum wanita.   Allah menyuruh kaum wanita menutup aurat kerana faktor yang jelas, demi keselamatan kaum wanita, mengelakkan berlakunya maksiat, menutup aurat yang boleh menimbulkan ghairah kaum lelaki.   Juga mengelakkan fitnah. Dah kelaut sebenarnya saya nie,    Maaf saya malas nak menulis tangan, ada bawa buku nota dan pen, tapi disebabkan saya yakin dan percaya tulisan saya tu semulajadinya ke laut, jadi baiklah saya menaip je isi ceramah tu.   Apa salahnya wanita bekerjaya? Apa silapnya wanita bekerjaya.   Menurut penceramah carear women tu adalah bukan sekadar wanita yang bekerja untuk menyara hidup, tetapi lebih kepada wanita bekerjaya yang mempun...

    Pedassssss.... biasa......

    Ini tak tipu punya pedas Saya dah terjebak, anda bila lagi.  Kalau yang tak tahan pedas baik jangan dicuba-cuba kudapan ini.  Saya yang meminati kudapan ini pun hampir menangis dibuatnya.  Ini betul-betul pedas.  Jom bagi panas...