Skip to main content

kambing Opah....kambing opah.....

 Seronok betul bebudak bila dapat tahu merah dan madunya dah selamat melahirkan anak.  @ ekor kambing yang comel.  Seekor berwarna merah dan seekor lagi berwarna putih.  melompat-lompat abang dan adikcam dia orang yang bersusah payah selama nie menjaga kekambing tu.  Tak apalah tumpang seronok opah dan wan.....
 Tengoklah lagak si abang.  Boleh pulak dia berkungfu dengan kambing-kambing opah.  nanti kalau opah nampak, opah kungfukan abang baru tau.....

Nielah kerja anak-anak saya bila balik kampung dan berkesempatan pulak menjengah ke kebun wan dan opah.  Habis kambing dibuat kawan berjalan-jalan keliling kebun.  Saya cuma memandang dari jauh sebab saya gelikan kambing. 
 Inilah rupa kandang kambingnya.  Cam rupa rumah betul.  tengok tu, ada tangga, semuanya completelah.  Masa adik nak kahwin tempohari, kami asyik menyakat supaya diadakan makan beradab dalam kandang kambing nie.  Merah padam muka adik, mungkin bimbang kami betul-betul kenalan dia.

yang kesiannya adalah opah dan wan, sekarang nie nak berjalan manapun dah macam susah sikit sebab ada cucu-cucu yang perlu dijaga.  Penatnya memang nampak pada raut wajah mereka berdua, tapi opah dan wan sentiasa senyum, ialah buat sesuatu yang disukai; jadinya hati mesti happy.

Comments

Popular posts from this blog

Bahagia Kasihmu

  Sebuah karya cinta yang telah diadaptasikan ke layar perak. Cerita berkisar tentang seorang gadis bernama Tasnim yang telah melalui zaman remaja di dalam sekolah Tunas Bakti, sebuah sekolah pusat pemulihan akhlak bagi wanita. Bila telah keluar dari sekolah tersebut Tasnim berazam untuk merubah corak kehidupannya yang suram kepada sebuah kehidupan yang lebih baik. Liku hidup baru yang ingin dicorakkannya tidak seindah yang dibayangkan. Banyak halangan dan rintangan yang terpaksa dilalui. Menarik cerita ini bagi bacaan santai anak muda.

Career vs rumahtangga

Career vs rumahtangga Ceramah Fiq tanyalah ustazah, Dewan besar 2, tingkat 3,  laman perdana. UiTM P.Pinang. Sinonim wanita dengan dapur, sumur dan bilik tidur (sorry lupa sebutan si penceramah).   Zaman firaun, menjadi hamba nafsu.   Kedatangan Islam memberi sinar kepada kaum wanita.   Allah menyuruh kaum wanita menutup aurat kerana faktor yang jelas, demi keselamatan kaum wanita, mengelakkan berlakunya maksiat, menutup aurat yang boleh menimbulkan ghairah kaum lelaki.   Juga mengelakkan fitnah. Dah kelaut sebenarnya saya nie,    Maaf saya malas nak menulis tangan, ada bawa buku nota dan pen, tapi disebabkan saya yakin dan percaya tulisan saya tu semulajadinya ke laut, jadi baiklah saya menaip je isi ceramah tu.   Apa salahnya wanita bekerjaya? Apa silapnya wanita bekerjaya.   Menurut penceramah carear women tu adalah bukan sekadar wanita yang bekerja untuk menyara hidup, tetapi lebih kepada wanita bekerjaya yang mempun...

Pedassssss.... biasa......

Ini tak tipu punya pedas Saya dah terjebak, anda bila lagi.  Kalau yang tak tahan pedas baik jangan dicuba-cuba kudapan ini.  Saya yang meminati kudapan ini pun hampir menangis dibuatnya.  Ini betul-betul pedas.  Jom bagi panas...