Skip to main content

hantu mak limah vs hantu buku....

 Anak sapalah nie??? ke mana buku dibuang kalau tidak pada mata yang memandang....  Ada buku, makan dulu, perut kenyang, cari tandas (ahak!!! pantun ala Karim Singh Walia).


 Nielah penangannya, kalau anak dan mak hantu buku.  Untung gak tak jadi hantu lain.  Tang bab duit tu memanglah parah sikit, sebab anak saya akan  naik hantu bila nampak kedai buku.  Kalau time pesta buku, lagikan pulak.....


                                          Tetiba saya teringatkan zaman saya kecik dulu.  Saya suka membaca sejak kecil klagi.  Mungkin disebabkan masa kecil-kecil dulu kalau ibu saya nak gi shopping saya dan abang akan ditinggalkan di perpustakaan yang berhampiran.  Kekadang tu dari pagi sampai menjelang malam barulah ibu akan gi ambik.  Hai, biasalah bila orang pompuan nie bershopping memang tak ingat dunia.  Ibu akan meminta staff yang ada untuk menjaga kita orang.  Tak pasal jer staff tu kena dapat kerja tambahan.

Apapun, memang saya suka ditinggalkan sedemikian.  Ralit diulit buku-buku yang pelbagai.  Perut laparpun boleh ditahan.  Itu cite time kecik.  Bila dah mula bersekolah.  Saya memofferkan diri untuk menjadi pustakawan.  Ala cam pengawaslah jugak tapi mengawas dalam zon perpustakaan jer, keluar dari zon tu dah tak ada kuasa.  Bestnya.  cikgu tak kisah jika saya meminjam buku dalam kuantiti yang banyak.  Sayang cikgu tu,  Nama dah lupa yang saya ingat cikgu tu Lelaki dan bermisai, kulit sawa matang.  Ha! baru ingat cikgu tu nama Awang.  Terima kasih cikgu Awang.  Bila dah dapat bawa balik buku bebanyak tu, memang tak gi main luarlah jawabnya.  Asyik membaca jer.  Bagusnya nasib periksa tak pernah kantoi.  Ialah membaca jer kojenya.  Saya meminjam buku yang banyak dari sekolah sebab time tu susah nak jumpa novel, atau bahan bacaan dipasaran.  Ada tu adalah tapi tak sebanyak sekarang nie.  Lagipun saya tak nak membazir. 
Tapi bebudak sekarang nie, cam anak saya.. saya terpaksa lebihkan duit untuk bahan bacaan mereka sebabnya saya sendiri tak ada masa nak bawa mereka ke perpustakaan negeri yang berhampiran.  Kerja pagi balik malam, nak tinggal anak kat library cam tu jer sekarang nie kan banyak kes budak hilang.  Tak harap pulak nak biar jauh dari pandangan mata.  Tengoklah si abang tu, asyik betul membaca.  Selalunya kalau bawa mereka keluar.  Saya akan ajak mereka ke kedai buku dulu, jadi bila dah dapat buku bolehlah saya nak mencuci mata kat kedai lain pulak.  Time menunggu makanan, mereka akan mula membaca buku yang baru dibeli itu.  Untuk menggelakkan kebosanan dan kelaparan yang tahap gaban.




Comments

Popular posts from this blog

Bahagia Kasihmu

  Sebuah karya cinta yang telah diadaptasikan ke layar perak. Cerita berkisar tentang seorang gadis bernama Tasnim yang telah melalui zaman remaja di dalam sekolah Tunas Bakti, sebuah sekolah pusat pemulihan akhlak bagi wanita. Bila telah keluar dari sekolah tersebut Tasnim berazam untuk merubah corak kehidupannya yang suram kepada sebuah kehidupan yang lebih baik. Liku hidup baru yang ingin dicorakkannya tidak seindah yang dibayangkan. Banyak halangan dan rintangan yang terpaksa dilalui. Menarik cerita ini bagi bacaan santai anak muda.

Career vs rumahtangga

Career vs rumahtangga Ceramah Fiq tanyalah ustazah, Dewan besar 2, tingkat 3,  laman perdana. UiTM P.Pinang. Sinonim wanita dengan dapur, sumur dan bilik tidur (sorry lupa sebutan si penceramah).   Zaman firaun, menjadi hamba nafsu.   Kedatangan Islam memberi sinar kepada kaum wanita.   Allah menyuruh kaum wanita menutup aurat kerana faktor yang jelas, demi keselamatan kaum wanita, mengelakkan berlakunya maksiat, menutup aurat yang boleh menimbulkan ghairah kaum lelaki.   Juga mengelakkan fitnah. Dah kelaut sebenarnya saya nie,    Maaf saya malas nak menulis tangan, ada bawa buku nota dan pen, tapi disebabkan saya yakin dan percaya tulisan saya tu semulajadinya ke laut, jadi baiklah saya menaip je isi ceramah tu.   Apa salahnya wanita bekerjaya? Apa silapnya wanita bekerjaya.   Menurut penceramah carear women tu adalah bukan sekadar wanita yang bekerja untuk menyara hidup, tetapi lebih kepada wanita bekerjaya yang mempun...

Pedassssss.... biasa......

Ini tak tipu punya pedas Saya dah terjebak, anda bila lagi.  Kalau yang tak tahan pedas baik jangan dicuba-cuba kudapan ini.  Saya yang meminati kudapan ini pun hampir menangis dibuatnya.  Ini betul-betul pedas.  Jom bagi panas...