Skip to main content

Kena lagi.......

Hai! apalah bebudak sekarang nie, tak tahu langsung adab sopan (just a few okay).  Even just a few, ianya sangat-sangat menyakitkan hati.  Saya baru beberapa hari yang sudah memarahi seorang pelajar.  Tak ada adab langsung.  Dia datang ke bilik saya bersama member untuk berjumpa dengan pensyarah.  It fine.... gi lah jumpa.  Masalahnya, dia sebagai peneman member ni, boleh selamba tarik kerusi kat depan meja saya, then duduk di situ.  Salam tidak, tegur tidak.... Susah sangat ke untuk mengucapkan salam?  Saya di depan tak dipandangnya, senyum pun tak, sombong tul.......  Hati saya dah terasa geram, yang paling tak tahan tu, dia boleh tetiba menyelak helaian assignment yang student hantar pada saya (assignment tersebut ada atas meja saya).

Saya tegur dia, dia buat tak heran, pandang muka saya pun tidak.  Saya tanya, "awak nie nama sapa?" Pun dia senyap.  saya tanya lagi, "Awak nie bangsa apa?pun dia buat dek juga.  Ha! apa lagi meletuslah gelora gunung berapi.  Ish! berasap betul saya dibuatnya.  Bayangkan duduk tempat orang tak minta permission, then kacau harta benda orang, pastu orang tanya tak jawab pulak tu.  Nie bukan tahap tak tahu adab.  Nie dah tahap betul punya melampau.     Saya bukannya minta dihormati sesangat, tapi pleaselah; jaga adab kamu sebagai seorang pelajar, adab kamu kepada seorang yang lebih tua daripada kamu, adab kamu sebagai seorang yang mempunyai susur galur sahsiah bangsa. 

Oh! tak pasal jer budak tu kena dengar ceramah free dari saya.  Dan hari ini ada yang kena lagi.....

Comments

  1. assalamualaikum,
    siapakah geranan budak itu puan?hehe

    ReplyDelete
  2. Lynda ...

    Adalah... Saya amat berharap budak tu baca statement saya. Nak tegur dah besar, tak tegur semakin membesar.... hai entahlah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bila kerja bertimpa-timpa

  Beberapa minggu lagi saja (mungkin lagi 2 minggu rasanya) sesi kuliah akan membuka tirai. Maknanya bagi saya dan rakan yang lain dalam 1-2 bulan ini berbagai amanah tugas perlu diselesaikan, terutamanya berkaitan pendokumentasian bahan-bahan kerja dan pencapaian pada semester lepas. Pada masa ini juga, berbagai bengkel bagi pemantapan kerjaya akan diadakan oleh pihak berkaitan.    Pada masa yang sama kena pandai-pandai cari masa untuk menulis bahan penulisan ilmiah (atau dalam bahasa mudah journal). Kadang nampak luaran macam santai saja kerjaya pensyarah ini, tapi hakikatnya banyak beban tugasan yang perlu dilaksanakan disamping amanah hakiki mengajar anak bangsa. Untuk mingu ini saya baru sahaja menyiapkan tugasan E-TP, E-CF, OBE, dan bahan mengajar bagi semester hadapan. 4 kelas tutorial dan 1 kelas amali.    On going sedang menyiapkan QBS template. Sudah ini dinamakan amanah, jom kita enjoy dengan apapun tugasan yang diamanahkan pada kita. Mo...

Pekan Rabu, Kedah

Saya sukakan Pekan Rabu yang terdapat di negeri Kedah (eh! tempat lain ada pekan rabu ke ekk?). dari kecil, remaja, anak dara, mak dara sampai bila-bilapun Pekan Rabu tetap di hati. Actually Pekan Rabu cuma merupakan sebuah bangunan yang didirikan untuk para peniaga tempatan (terutama Melayu, memang majoriti Melayu pun) berniaga, memasarkan hasil jualan mereka. Kebanyakkan hasil jualan adalah terdiri daripada makanan, seperti kuih-muih lama (traditional), ikan pekasam (famous di sini), jeruk buah-buahan, baju melayu (jahitannya sangat kemas), baju kurung, barangan kraftangan dan pelbagai lagi. Hem! bak kata pepatah baru, "macam-macam ada!". Bercerita tentang kepuasan hati pelanggan. Sebagai pelanggan yang sangat cerewet (sayalah tu...). Bagi makanan traditional, dodol yang dijual adalah yang terbaik bagi saya (bagi zon utara). Lemak santannya, manis gula kabungnya, lembut teksturnya, memang tak boleh nak lawan. Kuih-muih traditional yang lain pula seperti putu beras, ba...

citer hari ke 6 raya 2011

Masih dalam mood raya lagi ke?? Jujur raya kali ini saya cuma merasakan kemeriahan raya pada malam raya sahaja, di mana dikala itu suara takbir raya kedengaran sayu diperdengarkan di stesen2 TV dan radio.  Bila pulang ke kampung (ala... sepelaung je dari rumah saya, adalah dalam anggaran 45 minit jauh perjalanan dari umah saya ke kampung).  Memang terasa pilu, sebabnya sepanjang perjalanan kami melewati kawasan perumahan, jalan utama (highway) dan kemudiannya menyusuri kawasan perkampungan (yang dah tentunya siap terpasang lampu2 panjut dan ada surau dan masjid yg mengalunkan takbir); peh! time tu memang rasa cam naak meraung menyembah kaaki ayahbonda. Keesokkan harinya, di pagi raya, kemeriahan itu semakin terhakis.  Don't know why? padahal rumah ibu di kampung seberang jalan aje, tersergam masjid.  Sepatutnya kemeriahan itu amat terasa.  Tapi tidak, tidak bagi saya.  Sebab pertamanya ialah biarpun masjid cuma seberang jalan aje dari rumah saya, suar...