Skip to main content

Segalanya untukmu....

Tahun baru bermula dengan amat baik bagiku.  Tapi tidak selamanyaku harus mengharapkan yang terbaik bagi tahun ini.  Perlu bersedia untuk segala kemungkinan yang akan Allah perturunkan padaku.  Bagi menguji, menginsafkan diri dan mengsyukuri segala yang telah ku lalui.  Minggu kedua Januari, sakit demam yang agak pelik dan aneh telah menimpaku.  Aneh dan pelik kerana tidak pernah seteruk ini aku ditimpa sakit hanya kerana demam.  Kasihan anak dan suami yang turit sama dijangkiti simptom dan demam yang sama.  Kuliah dan tugasan agak terganggu.  Kasihan juga para pelajarku.  Maafkan saya....

Walaubagaimanapun, alhamdulilah.... segala tugasan yg diamanahkan telah berjaya dibuat mengikut ketetapan waktu yang diberi.  Cuma satu, yang agak menyeramkan VIVA belum tahu bila turn saya akan disembelih depan panel lain.  Ketika badan hampir "low bateri" tetiba saya menerima panggilan dari kampung.  Anak sulung yang baru sahaja atuknya ambil malam semalam, diserang demam panas yang teruk.  Mengikut kata adik, suhu badannya mencecah 39celcius dan Aiman meracau serta badannya menjadi kejang.  Oh! ya Allah musibah apa yang Kau turunkan pada hambamu ini.  Hati dipagut sayu, air mata secara dasarnya tidak menitik, tapi saya menangis di dalam hati.  Kerana kebetulan suami yang tidak berapa sihat perlu ke Penang utk mengendalikan satu event, saya terpaksa menyabarkan diri dan menenangkan hati.  Aiman... berikan sakitmu itu pada ibu sayang........

Memang diluar jangkaan, sebab Aiman tidak menunjukkan tanda-tanda tidak sihat sebelumnya.  Cuma saya baru menyedari pagi semalam ketika bangun pagi dan bersiap untuk ke sekolah, Aiman menangis, mengadu sakit kepala. Tapi ayahnya tidak bagi, saya terlalu melayan... kerana berangapan Aiman mencari alasan untuk tidak ke sekolah.  Ya! Allah pindahkan sakit itu padaku.....Ayah bergegas pulang ketika mendapat perkhabaran Aiman tidak sihat.  Sepanjang perjalanan, saya tidak mampu bersuara kerana hati, senantiasa berzikir dan berdoa utk Aiman.  Suasana sepi didalam kereta, ayahpun tidak berbicara, kelihatan tenang tapi ayah memandu agak laju dari biasa.

Aiman....,
Segalanya untukmu.... ibu ingin serahkan jiwa ibu; andai itu dapat mengembalikan senyum dan nakalmu.

Comments

  1. salam..
    puan..kuat kan semangat..
    sy bersimpati ngan keadaan puan..
    lahaulawala kuwatailla billa hil aliyil azim..
    moga puan di beri kekuatan..

    ReplyDelete
  2. aiman dh nakal kan.....siap sakit jiwa lg bler adik dpt byk present..nati besday aiman bt party jg yer,...makngah yani dh keje, leh la bg present.. :)

    ReplyDelete
  3. Hj Yaz Selamat...
    Thanks, Saya perlu kuat dan tabahkan...

    ReplyDelete
  4. Makngah Yani....
    Baik....sebenarnya saje je buat makan-makan aritu, bday wawa dah terlepaspun sebenarnya. Ini sajalah cara untuk kita saling berkumpul. Akak sebenarnya saya merindui saat-saat dulu, ada sangat banyak masa untuk berkumpul....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bila kerja bertimpa-timpa

  Beberapa minggu lagi saja (mungkin lagi 2 minggu rasanya) sesi kuliah akan membuka tirai. Maknanya bagi saya dan rakan yang lain dalam 1-2 bulan ini berbagai amanah tugas perlu diselesaikan, terutamanya berkaitan pendokumentasian bahan-bahan kerja dan pencapaian pada semester lepas. Pada masa ini juga, berbagai bengkel bagi pemantapan kerjaya akan diadakan oleh pihak berkaitan.    Pada masa yang sama kena pandai-pandai cari masa untuk menulis bahan penulisan ilmiah (atau dalam bahasa mudah journal). Kadang nampak luaran macam santai saja kerjaya pensyarah ini, tapi hakikatnya banyak beban tugasan yang perlu dilaksanakan disamping amanah hakiki mengajar anak bangsa. Untuk mingu ini saya baru sahaja menyiapkan tugasan E-TP, E-CF, OBE, dan bahan mengajar bagi semester hadapan. 4 kelas tutorial dan 1 kelas amali.    On going sedang menyiapkan QBS template. Sudah ini dinamakan amanah, jom kita enjoy dengan apapun tugasan yang diamanahkan pada kita. Mo...

Pekan Rabu, Kedah

Saya sukakan Pekan Rabu yang terdapat di negeri Kedah (eh! tempat lain ada pekan rabu ke ekk?). dari kecil, remaja, anak dara, mak dara sampai bila-bilapun Pekan Rabu tetap di hati. Actually Pekan Rabu cuma merupakan sebuah bangunan yang didirikan untuk para peniaga tempatan (terutama Melayu, memang majoriti Melayu pun) berniaga, memasarkan hasil jualan mereka. Kebanyakkan hasil jualan adalah terdiri daripada makanan, seperti kuih-muih lama (traditional), ikan pekasam (famous di sini), jeruk buah-buahan, baju melayu (jahitannya sangat kemas), baju kurung, barangan kraftangan dan pelbagai lagi. Hem! bak kata pepatah baru, "macam-macam ada!". Bercerita tentang kepuasan hati pelanggan. Sebagai pelanggan yang sangat cerewet (sayalah tu...). Bagi makanan traditional, dodol yang dijual adalah yang terbaik bagi saya (bagi zon utara). Lemak santannya, manis gula kabungnya, lembut teksturnya, memang tak boleh nak lawan. Kuih-muih traditional yang lain pula seperti putu beras, ba...

citer hari ke 6 raya 2011

Masih dalam mood raya lagi ke?? Jujur raya kali ini saya cuma merasakan kemeriahan raya pada malam raya sahaja, di mana dikala itu suara takbir raya kedengaran sayu diperdengarkan di stesen2 TV dan radio.  Bila pulang ke kampung (ala... sepelaung je dari rumah saya, adalah dalam anggaran 45 minit jauh perjalanan dari umah saya ke kampung).  Memang terasa pilu, sebabnya sepanjang perjalanan kami melewati kawasan perumahan, jalan utama (highway) dan kemudiannya menyusuri kawasan perkampungan (yang dah tentunya siap terpasang lampu2 panjut dan ada surau dan masjid yg mengalunkan takbir); peh! time tu memang rasa cam naak meraung menyembah kaaki ayahbonda. Keesokkan harinya, di pagi raya, kemeriahan itu semakin terhakis.  Don't know why? padahal rumah ibu di kampung seberang jalan aje, tersergam masjid.  Sepatutnya kemeriahan itu amat terasa.  Tapi tidak, tidak bagi saya.  Sebab pertamanya ialah biarpun masjid cuma seberang jalan aje dari rumah saya, suar...