Skip to main content

Lukis gambar karekatur

Betul ke tajuk bicara kali nie?? Karekatur ? Muka kartun? Karektor?? Hem... apa sajalah labu, janji bahagia.  Saya tertarik dengan aksi si gadis manis nie yang sibuk melukis di khalayak umum.  Selamba jer muka dia.  Kalau saya, part paling tak suka kalau di "usha" time melukis sebabnya bab melukis nie saya memang hancur.  Lukis tak pelah lagi, sampai kat bab mewarna, langsung tak nampak bayang lukisan yang dicoretkan tadi.  Memang hancur leburlah......

 Tengok tu... selamba jer kan.  Paling saya jeles, bila dia boleh melakarkan wajar pelanggan dalam jangka masa yang singkat.  Cantik hasil lukisannya dan upah yang diambil untuk melukis tersebut memang mampu miliklah.
 Betul tak??? Cantikkan?????  kalaulah saya diberi kelebihan seperti gadis nie, kan best???? Dulu ada gak mengasah bakat melukis nie, sampai habislah dinding rumah dikerjakan.  Nasib baik my mum ok.  Tapi al-kisahnya, walaupun habis dinding rumah saya kerjakan, hasilnya tetap hampeh.
 Tengok tak sampai setengah jam wajah anak gadis saya dahpun siap.  nak jadi princess..... nasib baik dia tak minta nak jadi ikan duyung ke ikan sepat.

sebenarnya saya pun ada hati gak nak minta dia lukiskan muka saya, tapi takut tak sempat.

 Ini pulak muka hero saya.  wish nak jadi spiderman.  Ha..ha.. macam-macam bebudak sekarang.  saya dulu wish nak jadi kaya jer.  Alhamdulilah, walaupun belum sampai tahap jutawan, hidup saya beruang.....Bukan beruang kutub utara atau selatan yea.
Lukisan yang dihasilkan. 


 Suka betul hero sorang nie, bila tengok gambar dia jadi spiderman.  Mulalah dalam kereta asyik berangan.  Tengoklah tangan tu, dah ala-ala spiderman.  habislah rumah bersarang labah-labah nanti.

Anak gadis yang jelita, bersama kembarnya si puteri yang baik hati. Kalau anda semua nak dapatkan khidmat melukis nie, pergi aje kat Bukit Merah lake town water parks.   

Comments

Popular posts from this blog

Bahagia Kasihmu

  Sebuah karya cinta yang telah diadaptasikan ke layar perak. Cerita berkisar tentang seorang gadis bernama Tasnim yang telah melalui zaman remaja di dalam sekolah Tunas Bakti, sebuah sekolah pusat pemulihan akhlak bagi wanita. Bila telah keluar dari sekolah tersebut Tasnim berazam untuk merubah corak kehidupannya yang suram kepada sebuah kehidupan yang lebih baik. Liku hidup baru yang ingin dicorakkannya tidak seindah yang dibayangkan. Banyak halangan dan rintangan yang terpaksa dilalui. Menarik cerita ini bagi bacaan santai anak muda.

Career vs rumahtangga

Career vs rumahtangga Ceramah Fiq tanyalah ustazah, Dewan besar 2, tingkat 3,  laman perdana. UiTM P.Pinang. Sinonim wanita dengan dapur, sumur dan bilik tidur (sorry lupa sebutan si penceramah).   Zaman firaun, menjadi hamba nafsu.   Kedatangan Islam memberi sinar kepada kaum wanita.   Allah menyuruh kaum wanita menutup aurat kerana faktor yang jelas, demi keselamatan kaum wanita, mengelakkan berlakunya maksiat, menutup aurat yang boleh menimbulkan ghairah kaum lelaki.   Juga mengelakkan fitnah. Dah kelaut sebenarnya saya nie,    Maaf saya malas nak menulis tangan, ada bawa buku nota dan pen, tapi disebabkan saya yakin dan percaya tulisan saya tu semulajadinya ke laut, jadi baiklah saya menaip je isi ceramah tu.   Apa salahnya wanita bekerjaya? Apa silapnya wanita bekerjaya.   Menurut penceramah carear women tu adalah bukan sekadar wanita yang bekerja untuk menyara hidup, tetapi lebih kepada wanita bekerjaya yang mempun...

Pedassssss.... biasa......

Ini tak tipu punya pedas Saya dah terjebak, anda bila lagi.  Kalau yang tak tahan pedas baik jangan dicuba-cuba kudapan ini.  Saya yang meminati kudapan ini pun hampir menangis dibuatnya.  Ini betul-betul pedas.  Jom bagi panas...