Saya sebenarnya bawa sekumpulan pelajar untuk mengkaji tentang budaya dan peradaban (terutama sekali dari segi pemakanan) kalum yang terdapat di Melaka.
Hebatkan! ini merupakan antara salah-satu kerja kursus yang perlu mereka penuhi dalam silibus pengajaran mereka. Asyik bercerita dalam kelas jer, mana best! so saya bawa mereka mengalaminya sendiri.
Dataran Portugis |
Melaka.... oh! Melaka kami datang lagi dengan seribu pengharapan. Kan betul saya dah kata, saya memang sangat sukakan negeri Melaka (tapi cik abang tak pula dapat orang Melaka).
Kali ini saya tidak datang bersendirian mahupun bersama keluarga. saya datang dengan membawa sekumpulan rombangan cik Kiah dan pak Kassim ke negeri yang amat bersejarah ini. marah bebudak tu kalau tahu saya mengelarkan mereka sedemikian.... ha..ha..ha...
Para pelajar yang hyper aktif |
Saya sebenarnya bawa sekumpulan pelajar untuk mengkaji tentang budaya dan peradaban (terutama sekali dari segi pemakanan) kalum yang terdapat di Melaka.
Si biru, merah dan putih |
Perjalanan kami bermula pada pukul 3.00 petang, naik-naik bas dah diberi makanan dan minuman (terasa cam atas flight pula, yang tukang berinya pulak mesti terasa diri mereka cam steward/dess atas tu kan...).
Bas terpaksa berhenti beberapa kali kerana memberi peluang para pelajar menunaikan solat dan membuang toksin2 yang mana patut, makan dan merehatkan urat saraf (yang kejur dalam bas yang pada mula awal perjalanan amat panas sekali....).
Ada lagi.... dah namanya bebudak pengurusan makanan, tetiba jer dadih pun ada disediakan. Saya agak kagum kerana dimaklumkan ianya dibuat oleh seorang pelajar lelaki. Malahan difahamkan beliau berniaga produk dadih tersebut (hem... bangat!! suka budak camnie; tak nyusahkan mak bapak). So lepas nie kalu nak order bolehlah menghubungi saya.... (bantu kami membantu mereka.....)
Di Melaka para pelajar ini perlu melakukan tugasan (beberapa tugasan) antaranya mengkaji budaya peradaban, sejarah, keaslian dan peradaban masyarakat Melayu, Chetti, Baba Nyonya dan Portugis (antara kaum yang terbesar di Melaka) untuk melengkapkan assignment mereka bagi subjeks Menu Planning dan Basic Eastern.
Apa istimewanya Melaka? Kenapa Melaka? Ok.... kita mula dengan sejarah. Melaka diasaskan oleh Parameswara pada 1396. Nama Melaka mengikut versi cerita yang ada berasal dari sebatang pokok.. (tak tahu buka buku sejarah baca......; nie sekolah rendahpun ada belajar).
Kehebatan Melaka juga disemarakkan lagi dengan adanya pelabuhan yang mana kemudiannya menjadi tumpuan pedagang2 luar datang membawa barangan untuk diperdagankan. Hu..Hu.... rasa cam cikgu sejarah pulak, tapi serius saya memang suka subjeks sejarah.
Kami ke Dataran Portugis (atau lebih dikenali dengan "Lisbon Kecil" ). Untuk mendapatkan clear picture tentang kaum tersebut. Oh! turun saja bas saya dah rasa cam nak terjun ke pantai. Cantik pemandangannya. Dataran Portugis nie ditubuhkan hasil perjanjian portugis, dengan dilengkapi muzium, kedai makan, kadai cenderamata dan perkampungan Portugis.
Pemandangan di Dataran Portugis |
Saya juga membawa para pelajar ini ke IKS pembuatan dodol yang terdapat di sana. Dodolnya memang sangat enak dan ianya merupakan perniagaan warisan 4 generasi.
Licin..habis licin dodol yang dijamu dibedal dek pelajar yang muka seposen. Lawaknya... siap ada yang letakkannya dalam poket (sedap sangatlah tu), saya cuma terbayang kalaulah tetiba dodol tu terbuka dari sarung plastiknya hem.........
Penginapan kami terletak di sebuah kawasan perumahan yang agak baru dibuka dan dikenali sebagai homestay. Kemudahan asasnya amat tip-top, sebab macam-macam ada.... sangat selesa sampaikan mesin basuhpun ada disediakan. atas keselesaan itulah kami mengadakan bbq pada sebelah malamnya. Bukan itu saja, "thousands hand" untuk para pelajar yang telah berani untuk turut sama memasak sarapan dan bekalan sepanjang berada di sana.
Langkah diteruskan ke kawasan perlancongan yang terkenal di Melaka. Kerana masa yang tak begitu mengizinkan saya tidak memberi banyak masa kepada para pelajar untuk berada lebih lama di sana. Saya sempat membeli belacan dan sejenis makanan (yang tak pernah saya jumpa di tempat lain) yang namanya saya dah lupa. Anak-anak pula membeli cenderamata untuk kenangan.
Masa untuk pulang (kerana kuliah masih belum tamat...), berlaku sedikit masalah apabila driver dan driver dan driver naik hot bila tak tahu jalan ke tempat lawatan dan pemandu pelancong (yang ado.....) tak dapat memberi gambaran yang tepat mengenai arah yang hendak dituju. Bukan itu sahaja perjalanan yang sepatutnya bermula pada pukul 9.00 pagi menjadi 11.00 pagi (driver mogok.....). Takpe...takpe (esok saya ada lesen memandu saya sendiri akan drive bas tu; biar dia orang tak de job). Cumanya saya tersa ralat bercampur kesian kepada para pelajar dan teman yang turut serta. Ialah...datang jauh-jauh tapi tak dapat ke mana sangat.
Kami tiba ke Penang hampir pukul 9.30 mlm. Amat penat bercampur tak puas hati. Baju pun dah masam....
saya dan pelajar |
Keesokkannya ketika di kelas, satu post mortem diadakan, semasa class berjalan saya perasan ada yang terangguk-angguk (cam faham jer apa yang orang ajarkan....) dan ada juga yang duduk tegak tapi mata tertutup rapat (agaknya cuba memahami apa yang saya cuba sampaikan). Saya sendiri dah rasa nak pitam kepenatan. Apapun... lepas nie, jom kita buat event lagi........
Comments
Post a Comment