Skip to main content

MInggu terakhir kuliah...


Bila setiap kali minggu terakhir kuliah akan menjelang tiba, saya selalu berada dalam keadaan tidak senang duduk kerana asyik memikirkan corak pembelajaran para pelajar. Dah abis ke cover study? Note lengkap ke tidak ? Small note camne pulak? Past year question dah cuba buat ke tidak? Ulangkaji...Assignment....

Untuk menjadi pelajar cemerlang... bukannya susah. tepuk dada tanya diri, aku ingin berada dalam kategori yang mana? Secara dasarnya secara persoalan yang timbulkan di atas perlu disiapkan sebelum minggu terakhir kuliah bermula. Tujuannya supaya, hari-hari seterusnya anda sebagai pelajar boleh memfokuskan diri anda untuk mengulangkaji pelajaran tanpa ada unsur lain yang mengganggu. Konsentrasi amat penting dalam pembelajaran.

Saya mempunyai beberapa tip untuk memudahkan pembelajaran, tapi kenalah datang berguru dengan saya. Pintu bilik pejabat saya sentiasa terbuka bagi yang inginkan khidmat nasihat dalam pembelajaran. Okay apapun, untuk para pelajar semua, moga berjaya dalam peperiksaan yang bakal ditempuhi dengan bukan sekadar markah cukup makan sahaja....

Comments

Popular posts from this blog

Bahagia Kasihmu

  Sebuah karya cinta yang telah diadaptasikan ke layar perak. Cerita berkisar tentang seorang gadis bernama Tasnim yang telah melalui zaman remaja di dalam sekolah Tunas Bakti, sebuah sekolah pusat pemulihan akhlak bagi wanita. Bila telah keluar dari sekolah tersebut Tasnim berazam untuk merubah corak kehidupannya yang suram kepada sebuah kehidupan yang lebih baik. Liku hidup baru yang ingin dicorakkannya tidak seindah yang dibayangkan. Banyak halangan dan rintangan yang terpaksa dilalui. Menarik cerita ini bagi bacaan santai anak muda.

Career vs rumahtangga

Career vs rumahtangga Ceramah Fiq tanyalah ustazah, Dewan besar 2, tingkat 3,  laman perdana. UiTM P.Pinang. Sinonim wanita dengan dapur, sumur dan bilik tidur (sorry lupa sebutan si penceramah).   Zaman firaun, menjadi hamba nafsu.   Kedatangan Islam memberi sinar kepada kaum wanita.   Allah menyuruh kaum wanita menutup aurat kerana faktor yang jelas, demi keselamatan kaum wanita, mengelakkan berlakunya maksiat, menutup aurat yang boleh menimbulkan ghairah kaum lelaki.   Juga mengelakkan fitnah. Dah kelaut sebenarnya saya nie,    Maaf saya malas nak menulis tangan, ada bawa buku nota dan pen, tapi disebabkan saya yakin dan percaya tulisan saya tu semulajadinya ke laut, jadi baiklah saya menaip je isi ceramah tu.   Apa salahnya wanita bekerjaya? Apa silapnya wanita bekerjaya.   Menurut penceramah carear women tu adalah bukan sekadar wanita yang bekerja untuk menyara hidup, tetapi lebih kepada wanita bekerjaya yang mempun...

Pedassssss.... biasa......

Ini tak tipu punya pedas Saya dah terjebak, anda bila lagi.  Kalau yang tak tahan pedas baik jangan dicuba-cuba kudapan ini.  Saya yang meminati kudapan ini pun hampir menangis dibuatnya.  Ini betul-betul pedas.  Jom bagi panas...