semalam sambutan hari ibu telah berlangsung. Hem... pagi-pagi lagi anak-anak sidik dua orang tu, dah telephone wish "happy mother days". Wah... terharunyer, "ibu... abang adik ada hadiah surprise untuk ibu", hem ialah tu. malam telah menjelang, tapi satu bayang hadiah dan surpise pun tak nampak. Sedangkan anak-anak sidik nie asyik tergelak2 jer sepanjang hari... Lastly, " abang-adik jom masuk tidur". Tiba2, "ibu tunggu jap kami ada surprise nak bagi ibu". Terus depa lari masuk bilik, bila keluar tangan dua2 diletak kan kebelang seolah ada pegang something. Bila keluar dari bilik terus mereka meluru padaku. "Ibu abang-adik nak hadiahkan kasih-sayang kami kat ibu....". Huh...Huh.... meleleh air mata den dibuatnyer. Terharu betul, just imagine budak umur 8 dan 6 tahun cakap camtu. Huh... huh.... (nangis dua makna, tak dapat hadiahlah den nampak gayanyer....). Tak apa kasih sayang anak tu pun dah lebih dari cukup. Untuk abang dan adik, ibu pun sayang abang dan adik sepenuh hati ibu........
Beberapa minggu lagi saja (mungkin lagi 2 minggu rasanya) sesi kuliah akan membuka tirai. Maknanya bagi saya dan rakan yang lain dalam 1-2 bulan ini berbagai amanah tugas perlu diselesaikan, terutamanya berkaitan pendokumentasian bahan-bahan kerja dan pencapaian pada semester lepas. Pada masa ini juga, berbagai bengkel bagi pemantapan kerjaya akan diadakan oleh pihak berkaitan. Pada masa yang sama kena pandai-pandai cari masa untuk menulis bahan penulisan ilmiah (atau dalam bahasa mudah journal). Kadang nampak luaran macam santai saja kerjaya pensyarah ini, tapi hakikatnya banyak beban tugasan yang perlu dilaksanakan disamping amanah hakiki mengajar anak bangsa. Untuk mingu ini saya baru sahaja menyiapkan tugasan E-TP, E-CF, OBE, dan bahan mengajar bagi semester hadapan. 4 kelas tutorial dan 1 kelas amali. On going sedang menyiapkan QBS template. Sudah ini dinamakan amanah, jom kita enjoy dengan apapun tugasan yang diamanahkan pada kita. Mo...
Comments
Post a Comment